View: 1673|Reply: 5
|
Penumpang Mabuk Didakwa Lakukan Serangan Lepas Kentut Dalam Kereta
[Copy link]
|
|
Seorang penumpang Uber yang mabuk didakwa melakukan serangan selepas kentut di dalam kenderaan berkenaan.
Mirror melaporkan, James Mallett melepaskan kentut ketika Aleksander Bonchev memandu ke kelab malam Chasers di Kingswood, Bristol.
Bonchev yang stres dengan sikap beberapa penumpangnya sebelum itu akhirnya 'meletup' dan menghalau Mallett keluar dari kenderaannya, lapor Bristol Live.
Gambar hiasan
Bagaimanapun, sebaik turun dari kenderaan itu, Mallett menyerang mangsa yang membalas pukulannya untuk mempertahankan diri.
Pendakwa David Scutt berkata, sebelum kejadian, Bonchev menerima panggilan supaya menjemput Mallett dan tiga penumpang lain untuk dibawa ke kelab malam berkenaan.
Bonchev menganggap tindakan Mallett yang 'melepaskan angin' di dalam kenderaannya sebagai melampau sebelum berlaku pergaduhan itu.
Selepas terjatuh akibat ditumbuk pemandu berkenaan, lelaki terbabit dipujuk rakan wanitanya supaya beredar dari situ sebelum ditahan polis bertugas selepas didapati mabuk dan cedera di wajahnya.
Mahkamah dimaklumkan Mallet bertindak agresif terhadap anggota terbabit dan mendakwa diserang pemandu Uber berkenaan.
Difahamkan, Bonchev yang membalas serangan tertuduh patah sebatang jari menyebabkannya hilang rumah kerana tidak boleh meneruskan pekerjaannya. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pening jugak baca pasal ni.. sampai hilang rumah, mungkin dgn kerja uber ni utk dia bayar rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Situasi yang benar2 boleh bawa gaduh oleh sesiapa saja double malang buat pemandu uber |
|
|
|
|
|
|
|
Duduk rumah je lah time2 covid ni. Sibuk je nak berjimba kat kelab malam. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab itulah islam mengharamkan arak
|
|
|
|
|
|
|
| |
|