View: 18957|Reply: 140
|
"Kuih Tinggal Satu Tapi Lokek" - Uncle Kentang Tak Jadi Sedekah Pada P
[Copy link]
|
|
Aktivis kebajikan, Kuan Chee Heng atau lebih popular sebagai Uncle Kentang meluahkan rasa kesal terhadap seorang peniaga yang disifatkannya kedekut.
Gambar hiasan
Dalam satu kemas kininya baru-baru ini, dia mendakwa peniaga berkenaan terlalu berkira apabila enggan menyedekahkan baki sekeping kuih walaupun sedang bersiap untuk menutuo gerainya.
"Makcik jual nais tepi jalan rugi besar tak pandai tambat hati pelanggan.
"Dalam bekas kuih ada sekeping yang tinggal. Makcik pun dah berkemas untuk tutup gerai. Makcik ini tak pandai niaga. Yang sekeping kuih itu patutnya sedekah kat saya. Tak payahlah lokek," tulisnya.
Sikap berkira ditunjukkan peniaga berkenaan membuatkan Kuan membatalkan hasratnya untuk bersedekah kepada makcik berkenaan.
"unca untuk laris niaga adalah bersedekah, ingat tu," ujarnya. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Betul, ada peniaga yang berkira amat. Ada sekali tu mak aku nak tapau bihun goreng 2 bungkus. Makcik tu kata bihun goreng tu kalau buat 2 bungkus ada balance lagi. Dia tanya mak aku nak tak yg balance tu, mak aku ok je. So dia buat 2 bungkus size biasa & satu bungkus lagi kecik. Tapi bila bayar kira 3 bungkus harga sama. Mak aku jenis malas nak bising2, dia bayar je la. Aku ingatkan mak aku je kena. Rupanya jiran2 pon sama gak. Nasib baik bisnes makcik tu dah bungkus. |
|
|
|
|
|
|
|
Ko nak sedekah tak payah tunggu orang buat baik ye uncle kentang. Mana tahu makcik tengah sesak nak pakai duit, dia ingat at least sorg lg beli kuih boleh la tambah 50 sen. 50 sen org miskin dgn org kaya jauh beza ye uncle. Lgpun mentaliti org sesak duit ni lain, 50 sen pun sgt berharga. So whateva the reason makcik tu tak sedekah kalau ko nak buat baik buat je. Selalu simpan sangka baik kat semua org. Iols pun selalu tgk kuih/bihun dah tinggal sejemput tp kalau org tak pelawa x payah nak masuk medsoc sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
awkward rasa baca post nih, bukan ke kita tak patut expect lebih dari yg ape kita bayar? kalau orang bagi lebih tu rezeki, org tak bagi lebih kenapa nak meroyan? ramai je peniaga murah hari bagi lebih kadang extra sebungkus nasi la sampai tak larat nak abeskan, ye la kalau kita beli 2 bungkus nasi tu maksudnya mmg nak 2 jeee |
|
|
|
|
|
|
|
Eh ko nak sedekah kene tgu mcik tu bagi kuih free kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Iolls pn setuju kalo nk bisnes maju xleh bkira sgt..dulu selalu beli kt satu kedai sbb husband suka asam pedas die tp perasan kalo byr mesti nk ltk sen sen kt blkg tu. Mcm 15.30, 13.70.. iolls ok je kalo die nak roundup or rounddown sen tu. Tp bila die still ltk2 tu yg trus cop die berkira hahahah. Smpai skrg ktorg pgl kedai tu kedai 15.30 |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni siapa nak sound orang pasal sedekah? makcik tu peniaga. dia bukan malaikat tahu isi hati pembeli.
terpulang kat makcik tu nak sedekah ke x? kalau ada 10 orang suka pau boleh gulung tikar kedai nasi lemak.
kadang2 hidup kena ada timbang rasa duduk dalam situasi peniaga. jangan duk fikir orang lain kedekut lah apa. |
|
|
|
|
|
|
|
harap lepas ni pergi kfc tengok dapat ke tak seketul ayam , tengok kfc tambat hati customer ke x? |
|
|
|
|
|
|
|
Isu macam ni tak bahas kan pun takpe. |
|
|
|
|
|
|
|
betul la uncle...ni minta sambal lebih pun minta dua posen.
aku minta tak nak kacang, bawa bekas sendiri, taknak pula dia tolak duit kertas bungkus dgn kacang tu.
mmg akak boikot dah makcik nasi lemak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa jadi macam tu? Makcik tu mungkin nak makan kuih baki tu.
Ujian datang banyak cara.. Uncle Kentang {:cryrun |
|
|
|
|
|
|
|
setuju dgn uncle ni..
nak meniaga ni kena menang hati customer.. kalau customer suka, kau jual mahal pun dia sanggup datang..
dulu ada kawan iols ayah dia kerja kantin kilang, selalu buat air berjag2, bila customer datang, tuang air terus siap.. habis je waktu meniaga (kilang ada bunyik loceng), air2 lebih tu dia sedekah terus sbb dah habis waktu, even sebenarnya boleh je jual lg..
bila ayah dia dah habis tender, orang baru yg amik alih, jenis buat air bila ada order.. mmg lgsg takde sedekah la cite dia.. sampai HR kilang tu contact ayah dia balik utk masuk tender for free.. pekerja semua mintak ayah dia balik (ni aku tahu sbb aku jumpa HR tu kat wedding)
kadang bukan apa, kalau ikut logik, mesti semua tak beli sbb nak tunggu air free tu kan, tp sbb kan ayah dia jenis tak berkira, pekerja2 situ pun segan la nak amik kesempatan.. (ini kilang zaman dulu, sebelum lambakan pekerja asing), orang melayu kan penuh adat sopan santun..
lepas tu ayah dia masuk tender ke kilang lain, kali ni ayah dia kan buat satu tong air kordial.. mmg rajin bersedekah.. hidup tak kaya raya, tp disayangi semua.. even bisnes kecik pun, takde sebab nak kedekut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju... Kaka norm suka peniaga yang xberkira kuah.. Xberkira sambal... Xberkira nasi.. Mmg akan dtg lg dan lg.. Yg jenis sambal, kuah dgn kerak goreng pun nk caj smpi rm1(seriously?) mmg kaka norma pangkah besar2 xkan dtg lg... Macam sedap sgt...
Yeah! Puas hati dpt luah hari ni... First day pkpd. Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin makcik tu nak makan... dari pagi jual.. yg lebih acik nak ngap |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap: dia ni siapa nak sound orang pasal sedekah? makcik tu peniaga. dia bukan malaikat tahu isi hati pembeli.terpulang kat makcik tu nak sedekah k ...
Believe it or not ada je staff KFC even mekdi yang baik hati bagi kaka extra masa dh nk tutup biz..
Siap ckp xpela.. On the house.. Since they know they will throw it anyway...
True story. Hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
lol.. dah makcik tu meniaga...
entah2 satu tu untuk makcik tu mkan...kot dari pagi dia x makan...
klu ko baik hati...ko beli jek la tiga2...kenapa dah nampak kuih tu satu blance ko nak amik dua jek..?
nak harap makcik tu sedekah dulu....ko dah kenapa pakcik kentang....???
klu aku walaupun asalnya nak kuih dua jek...tapi klu tgk baki peniaga tu satu jek...aku amik jugak tiga2...kira mcm tolong makcik tu meniaga...peniaga tepi2 jalan ni bukan untuk mereka jadi kaya raya...kadang2 demi kelangsungan hidup..... |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 14-10-2020 04:47 PM
dia ni siapa nak sound orang pasal sedekah? makcik tu peniaga. dia bukan malaikat tahu isi ...
Mungkin tinggal sekeping kuih tu makcik tu nak makan ke..kan..lagipun kalau meniaga kuih ni bukan semua kuih penjual tu yang punya..ada orang hantar..dia tukang jual je..dapat lah untung 10sen 2 |
|
|
|
|
|
|
|
apasal uncle tak ambik 3 ja kuih tu bagi habis?
kenapa nak tunggu makcik tu sedekah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nasi lemak ke makan berat tu mybe penjual tu buat sendiri..so kalau dia kedekut tu boleh lah dicerca gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
tu lah senang2 kecam. lepas tu nak sedekah bersyarat. kalau nak bg , bagi je lah. xperlu tunggu kuih sekeping. cuba suruh dia pergi kfc? ada berani minta baki seketul ayam?
dan mungkin juga sekeping kuih tu rosak ke apa jd dia mmg xnak jual. hanya tuan badan je tahu cerita sebenar.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|