CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 766|Reply: 0

[SABAH] Kegiatan haram ambil kulit kayu bakau tangar ganggu ekosistem paya bakau

[Copy link]
Post time 13-10-2020 06:25 PM | Show all posts |Read mode
KINABATANGAN: Ketua Konservator Hutan, Datuk Mashor Mohd Jaini berkata kegiatan haram pengambilan kulit kayu bakau tangar telah menyebabkan gangguan ekosistem paya bakau.

“Jika kegiatan ini tidak dibendung dengan segera, ia boleh memusnahkan habitat semulajadi hutan bakau dan menjejaskan sumber ekonomi nelayan tempatan. Kos untuk memulihkan kerosakan ini juga adalah sangat tinggi," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menggesa kerjasama semua pihak, terutama penduduk yang mendiami pesisiran pantai supaya segera melaporkan kepada Jabatan Perhutanan Sabah jika mengesan kehadiran pihak yang mencurigakan di kawasan mereka.

“Pengambilan kulit bakau tangar secara haram adalah menyalahi Enakmen Hutan 1968,” katanya.

Mashor berkata mereka yang melakukan dan rakan subahat akan dikenakan tindakan dan hukuman yang berat.

“Di samping itu, kegiatan sedemikian merupakan jenayah rentas sempadan yang mengancam keselamatan dan kedaulatan negara,” tegasnya.

Dalam operasi bersepadu telah dijalankan oleh pasukan Penguatkuasa Jabatan Perhutanan Sabah Daerah Kinabatangan dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 (Tiger Platoon) di kawasan Hutan Simpan Trusan Kinabatangan Sungai Pitas dan Sungai Inarab.

Operasi pada 8 Oktober hingga 10 Oktober lepas telah berjaya mengesan aktiviti haram pengambilan kulit kayu bakau tangar.

Berdasarkan kepada kesan dan modus operandi yang ditemui di lokasi kejadian, kegiatan haram ini disyaki telah dilakukan oleh suspek dari negara jiran.

Hasil daripada operasi bersepadu berjaya menemui lebih kurang 105 ikat kulit kayu bakau tangar dengan anggaran berat 12,500 kilogram, 12 khemah haram dan sejumlah bekalan makanan suspek.

Semasa serbuan dibuat, semua suspek telah melarikan diri ke kawasan hutan dan semua barang exhibit telah dirampas dan khemah haram dimusnahkan.

Sehubungan dengan itu, Mashor berkata walapun dalam keadaan penularan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat, Pasukan Penguatkuasa Jabatan akan sentiasa menjalankan operasi untuk melindungi  hutan, termasuk hutan bakau yang merupakan khazanah negeri Sabah yang amat bernilai dari segala ancaman pencerobohan dan pemusnahan.

“Jabatan Perhutanan Sabah juga amat menghargai bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam melindungi kekayaan sumber alam Sabah,” katanya.

Yusop Teppo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 1.033502 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list