CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 644|Reply: 0

{SARAWAK] 12102020 Satu kes baru

[Copy link]
Post time 13-10-2020 01:13 AM | Show all posts |Read mode
COVID-19: 1 KES POSITIF YANG BAHARU DIREKODKAN DI SARAWAK (12/10/2020)

Hari ini 12 Oktober 2020, satu (1) kes positif COVID-19 dikesan di Daerah Kota Samarahan, Sarawak. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 752 kes.


A. Kes COVID-19 Yang Baharu Dikesan (1 kes Import B)
Kes Ke-752 ini merupakan seorang lelaki warganegara tempatan yang bekerja sebagai seorang penyelia di sebuah syarikat pembinaan di Kuching. Kes ini pernah melakukan perjalanan ke Kota Kinabalu, Sabah pada 20 September 2020 dan balik ke Sarawak melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada 1 Oktober 2020.


Semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, kes ini telah menjalani saringan ujian rT-PCR dan diberikan arahan kuarantin di rumah selama 14 hari.


Keputusan ujian saringan COVID-19 yang dijalankan pada 1 Oktober 2020 telah didapati negatif.


Pada 9 Oktober 2020 iaitu pada hari ke-10, kes ini telah menjalani saringan ujian rT-PCR COVID-19 dan keputusan ujian yang telah dijalankan oleh Hospital Umum Sarawak telah mengesahkan kes ini positif COVID-19.


Kes ini tidak mengalami atau menunjukkan sebarang tanda dan gejala jangkitan COVID-19. Kes ini juga telah dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.


Kes ini telah mendapat jangkitan semasa berada di Sabah iaitu kawasan berisiko tinggi dengan COVID-19.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.832056 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list