CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 886|Reply: 0

Jumpa pihak pentadbiran sekiranya tidak puas hati SOP sekolah, bukan media sosia

[Copy link]
Post time 10-10-2020 09:17 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menyatakan rasa kesal dan terkilan dengan laporan seorang warganet di Lawas yang mendakwa beberapa sekolah rendah di sana dikatakan menyediakan Prosedur Pengendalian Standard (SOP) sekadar seperti melepas batuk di tangga.

Presiden KGBS, Ahmad Malie (gambar) berkata, warganet berkenaan membuat dakwaan sebuah sekolah rendah agama menyediakan SOP bagi mengekang wabak COVID-19 hanya sekadar ada.

"Berdasarkan maklumat diperolehi dari sekolah berkenaan KGBS difahamkan bahawa pihak pentadbir dan guru-guru sekolah tersebut telah berusaha dengan terbaik menyediakan kelengkapan serta arahan selaras dengan SOP keselamatan disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Dalam isu ini, KGBS tidak mahu ia menjadi polemik semata-mata. Apa yang penting KGBS mengharapkan agar mana-mana warganet yang terjumpa atau ternampak sebarang kekurangan serta kelemahan pihak sekolah menangani SOP, adalah lebih baik mereka berjumpa dan berbincang dengan pihak pentadbiran atau guru sekolah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad berkata, dengan demikian ia membantu meningkatkan lagi prosedur yang sedia ada daripada melaporkannya dalam akhbar sehingga menimbulkan kegusaran masyarakat setempat khususnya ibu bapa murid sekolah terbabit.

Beliau menegaskan, dalam keadaan sekarang, kesatuan berharap agar mana-mana warganet yang kurang berpuas hati dengan prosedur SOP disediakan pihak sekolah, untuk tampil memberi teguran terbaik serta memberi bantuan sewajarnya demi kebaikan bersama.

"Kesatuan menegaskan, bukan menjadi budaya kita untuk mencari kesalahan orang lain pada masa pandemik COVID-19 ini, tetapi apa yang lebih penting adalah semangat kerjasama untuk kita mantapkan agar dapat menangani pandemik ini dengan cara lebih berkesan," tegasnya.

Beliau berkata, bagaimanapun sebagai sebuah kesatuan yang sentiasa menjaga kebajikan ahli-ahlinya sudah pasti KGBS mempertahankan maruah ahli khususnya guru-guru di sekolah berkenaaan yang diperlekehkan warganet.

"Kesatuan yakin bahawa pentadbir dan guru-guru di sekolah tersebut telah berusaha dengan terbaik bagi memastikan sekolah berkenaan akur serta mematuhi SOP yang ditetapkan KPM.

"Kita pada masa yang sama berharap masyarakat terutama ibu dan bapa yang anaknya bersekolah di sekolah itu tidak terpengaruh dengan laporan bersifat negatif berkenaan," katanya sambil memberitahu sekiranya adalah masalah harus tampil berjumpa pihak sekolah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.089299 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list