CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1216|Reply: 7

COVID-19: Sembilan kes, satu kluster baru di Sarawak

[Copy link]
Post time 10-10-2020 09:13 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Satu lagi kluster baharu iaitu Kluster Taman Putrajaya dikesan di Daerah Bintulu hasil pengesanan aktif yang dijalankan ke atas kontak rapat kes yang telah disahkan positif COVID-19.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kes indeks bagi kluster ini adalah kes ke-733 yang telah disahkan positif COVID-19 pada 8 Oktober 2020.

Indeks kes katanya mempunyai sejarah perjalanan ke negeri Perak dan Kuala Lumpur pada 24 hingga 27 September lalu.

“Pengesanan kontak secara aktif telah dijalankan sebaik sahaja kes indeks disahkan telah dijangkiti COVID-19.

“Setakat jam 12.00 tengah hari 10 Oktober 2020, seramai 56 kontak rapat telah disaring dan daripada jumlah tersebut, empat orang kontak rapat telah didapati positif, dua negatif saringan pertama dan 50 orang lagi masih menunggu keputusan ujian.

“Ini menjadikan jumlah kes di dalam kluster ini adalah seramai lima orang termasuk kes indeks,” katanya pada sidang media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) di sini, hari ini.

Terdahulu Uggah yang juga pengerusi JPBNS memaklumkan terdapat sembilan kes positif baharu direkodkan di Sarawak hari ini dengan lima daripadanya di Daerah Kuching dan empat di Bintulu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 751 kes.

Daripada lima kes di Kuching, empat merupakan anggota keselamatan yang balik bertugas dari Sabah pada 28 September lalu bagi membantu dalam pilihan raya negeri tersebut.

Kesemua mereka telah dikuarantin di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) sekembali di sini dan ujian saringan pertama pada 29 September didapati negatif.

Saringan ulangan hari ke-10 telah dilakukan pada 8 Oktober dan keempat-empat kes ini telah positif COVID-19 pada 10 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi rawatan lanjut.

Satu lagi kes di Kuching melibatkan seorang lelaki warganegara Indonesia yang telah membuat saringan COVID-19 sebelum masuk kerja di sebuah hospital swasta di sini dan ujian didapati positif pada hari yang sama.

“Manakala empat kes di Bintulu, masing-masing merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 ke-733 yang dikesan hasil pengesanan kes secara aktif terhadap semua kes indeks ini.

“Satu daripada empat kes ini merupakan seorang kerani sebuah syarikat insurans, dua lagi kes adalah anak kepada kes ke-733 yang menuntut di sebuah universiti awam tempatan dan satu lagi merupakan cucu saudara kepada kes ke-733,” katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2020 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati2 fc.. Jangan keluar tanpa ada keperluan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2020 09:23 PM | Show all posts
sarah82 replied at 10-10-2020 09:21 PM
Hati2 fc.. Jangan keluar tanpa ada keperluan.
Terimakasih kak ...

akak tu pun haaa ... jager diri bebaik...

kalo COD apa2 pun pasti kan sembur sanitizer ke apa dulu yer


Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2020 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 10-10-2020 09:23 PM
Terimakasih kak ...

akak tu pun haaa ... jager diri bebaik...

Kena beli pistol sembur sanitizer la selepas ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2020 09:26 PM | Show all posts
sarah82 replied at 10-10-2020 09:24 PM
Kena beli pistol sembur sanitizer la selepas ni..
hati2 juga tau...
kalo ada dekat2 dengan api ke apa ...


Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2020 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 10-10-2020 09:26 PM
hati2 juga tau...
kalo ada dekat2 dengan api ke apa ...

Terbakar jenuh... Rimas hidup skrg.. X kisah kena dok rumah.. Tpi byk cekadak bila nak keluar segala bagai tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-10-2020 09:40 PM | Show all posts
sarah82 replied at 10-10-2020 09:31 PM
Terbakar jenuh... Rimas hidup skrg.. X kisah kena dok rumah.. Tpi byk cekadak bila nak keluar sega ...

FC lagi la happy ... dok rumah ... relax jer ... aman jer ... kan kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2020 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 10-10-2020 09:40 PM
FC lagi la happy ... dok rumah ... relax jer ... aman jer ... kan kan

Hahaha.. Kak sarah tak happy bab keluar ja.. Yg lain.. Mmg kak sarah suka dok rumah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.050760 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list