View: 1830|Reply: 9
|
TYT celebrates 84th birthday with full SOP compliance
[Copy link]
|
|
KUCHING (Oct 10): The 84th birthday celebration of the Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud this morning was no less grand compared to previous years despite having to comply with standard operating procedures (SOPs) amidst the Covid-19 pandemic.
Held at the State Legislative Assembly Building Complex ground this morning, the parade by the armed forces consisted of 106 members from the 13th Battalion of the Royal Malay Regiment, led by Major Mohd Safiq Jamaluddin.
Every member of the armed forces wore face masks among other SOP compliance.
The number of attendees and guests were also limited, keeping the venue uncrowded. Each attendee and guest were required to not only wear face masks at all times but also were required to check in by either scanning QR codes or manually filling up a log book with contact details before entering the venue.
Health officers and staff were also on duty monitoring each entry point into the venue to ensure each attendees and guests have their body temperature scanned and hand sanitisers applied.
The parade was accompanied by 50 brass band members from the 1 Division Malaysian Infantry led by Warrant Officer II Mohamad Suffian Abdullah.
Tun’s arrival together with Toh Puan Raghad were welcomed by Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Local Government and Housing Minister Dato Sri Dr Sim Kui Hian and wife Datin Enn Ong Siok Ean, State Secretary Datuk Amar Jaul Samion and Eastern Field Commander Lt Gen Datuk Zakaria Yadi.
This was followed by the Sarawak state anthem ‘Ibu Pertiwiku’ with several shots of cannon salute while several helicopters performed a flyby salute.
After that, Tun carried out a line inspection of the armed forces.
A prayer was later held, led by the state Grand Imam Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.
Several cultural and dance performances were next, with performers from the Sarawak Cultural Village showcasing their ‘Wonderful Sarawak’ dance routine, and Dance Academy members performing their ‘A Celebration’ routine.
Also present during the birthday celebration were Sarawak Legislative Assembly Speaker Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, state ministers and their assistant ministers, and heads of state and federal departments.
By Nigel Edgar on October 10, 2020, Saturday at 1:13 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Sambutan Hari Jadi TYT Ke-84 disambut penuh istiadat dalam normal baharu
KUCHING: Meskipun disambut dengan normal baharu sebagai pematuhan kepada Prosedur Pengendalian Standard (SOP), sambutan Hari Jadi Yang Terutama (TYT) Ke-84 Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kali ini berjalan dengan penuh istiadat.
Sambutan yang diadakan di Dataran Perbarisan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini menyaksikan ketibaan Taib yang ditemani isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib sekitar jam 10.15 pagi.
Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan isteri, Datin Sri Enn Ong Siok Ean, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion dan Pengalima Medan Timur Leftenan General Datuk Zakaria Yadi dan isteri.
Sebagai permulaan acara, tembakan das meriam dan terbang lalu empat buah helikopter diadakan sebagai tanda ketibaan beliau.
Sebaik sahaja tiba atas pentas khas, Taib menerima tabik hormat DiRaja sebelum nyanyian lagu Ibu Pertiwiku dimainkan dan diikuti Istiadat Pemeriksaan Kawalan Kehormat Utama.
Taib kemudian mengadakan pemeriksaan Kawalan Kehormat Utama yang terdiri daripada seramai 103 anggota lain-lain pangkat dan tiga pegawai dari Batalion ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Mohd Safiq Jamaluddin.
Kawalan Kehormat Utama itu diringi pancaragam gabungan 1 Divisyen Infantri Malaysia dengan kekuatan seramai 50 anggota diketuai oleh Pegawai Waran II Mohamad Suffian Abdullah.
Antara kemuncak majlis ialah upacara simbolik sambutan perayaan hari lahir Taib serta persembahan-persembahan dan juga tarian kebudayaan Sarawak.
Persembahan kebudayaan diadakan adalah 'Wonderful Sarawak' oleh penari dari Kampung Budaya Sarawak dan 'A Celebration' daripada Dance Academy.
Turut hadir, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Speaker DUN, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar serta menteri-menteri kabinet negeri.
Selesai acara di dataran, sambutan diteruskan dengan Majlis Istiadat Pengurniaan Pingat dan Pangkat Negeri oleh Tun Taib kepada para penerima bertempat di Dewan Lapau DUN.
Acara sambutan kelahiran Yang di-Pertua Negeri itu telah dimulakan pada Jumaat dengan Majlis Kesyukuran di Masjid India Bandar Kuching, yang dihadiri Abang Johari.
|
|
|
|
|
|
|
|
TYT Tun Pehin Sri Abdul Taib Periksa Kawalan Kehormat Sempena Hari Lahir Beliau Yang Ke-84
KUCHING: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pagi tadi memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) sempena Sambutan Hari Lahir beliau ke-84 di Dataran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
KKU tersebut terdiri daripada seramai 103 anggota lain-lain pangkat dan tiga pegawai dari Battalion ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai oleh Mejar Mohd Safiq Jamaluddin.
KKU berkenaan juga diringi oleh pancaragam gabungan 1 Division Infantri Malaysia dengan kekuatan seramai 50 anggota diketuai oleh PWII Mohamad Suffian Abdullah.
Antara kemuncak majlis ialah upacara simbolik sambutan perayaan hari lahir Tun Pehin Sri Abdul Taib serta persembahan-persembahan dan juga tarian kebudayaan negeri Sarawak.
Tetdahulu, ketibaan Tun Pehin Sri Abdul Taib dan Toh Puan Rahgad di Dataran disambut oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion dan Panglima Medan Timur Leftenan Jeneral, Datuk Zakaria Yadi.
Ia disusuli dengan tembakan das meriam dan terbang lalu empat buah helikopter menandakan ketibaan beliau.
Selepas itu, Tun Pehin Sri Abdul Taib naik ke atas pentas khas dan menerima Tabik Hormat DiRaja dan seterusnya lagu Ibu Pertiwiku dimainkan diikuti dengan Istiadat Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama.
Tun Pehin Sri Abdul Taib kembali ke pentas diikuti dengan bacaan doa oleh Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi, Imam Besar Negeri Sarawak.
Selepas itu, diadakan ialah persembahan kebudayaan daripada Kampung Budaya Sarawak berjudul -Wonderful Sarawak dan A Celebration oleh the Dance Academy
Turut hadir adalah Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Amar Mohd. Asfia Awang Nasar, Menteri-menteri dan Menteri Muda Kabinet Negeri Sarawak serta tetamu kehormat yang lain. -EDISI UKAS
|
|
|
|
|
|
|
|
October 11102020
KUCHING: Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Lahir ke-84 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berlangsung di Masjid India Bandar Kuching, malam kelmarin.
Ketibaan Tun Pehin Sri Abdul Taib serta Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib disambut oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta isteri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tuanku Bujang sebelum kedua-dua pasangan tetamu kenamaan menunaikan solat Maghrib bersama jemaah lain pada malam tersebut.
Tun Taib sambut majlis kesyukuran
SELAMAT HARI JADI… Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memotong kek sempena Hari Jadi Ke-84 beliau sambil disaksikan yang lain di Kuching, semalam. • Foto PENERANGAN
Majlis pada malam itu diteruskan dengan bacaan Surah Yasin dan ceramah khas yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Mufti Negeri Sarawak, Ustaz Mual Suaud.
Sejurus selepas selesai solat Isyak berjemaah, majlis diteruskan dengan bacaan doa kesyukuran dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Sahibul Fadillah Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.
Majlis pada malam tersebut juga dimeriahkan dengan kehadiran barisan Menteri Kabinet Negeri Sarawak dan dif-dif kenamaan yang bukan beragama Islam yang turut menyertai jamuan makan malam.
Antara tetamu kenamaan yang hadir pada malam tersebut adalah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dato Sri Michael Manyin Jawong, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Keseniaan/ Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion.
Turut hadir Menteri Muda (Hal Ehwal Islam & DBKU), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Mufti Negeri Sarawak, Sahibus Samahah Datu Kipli Yassin dan Yang Di-Pertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|