View: 2380|Reply: 5
|
American Quran – Satu Usaha Membuka Mata Warga Amerika
[Copy link]
|
|
Tragedi serangan 911 pada 11 September 2001 merupakan satu malapetaka besar kerana telah membuka kebencian dunia Barat terhadap Islam.
Menara kembar World Trade Center (WTC) bangunan tertinggi di dunia ketika itu di New York, runtuh selepas dilanggar pesawat American Airlines yang didakwa dirampas kumpulan pengganas. WTC akhirnya ranap dan sekitar 3,000 jiwa melayang dalam tragedi dianggap sebagai serangan besar ke atas AS. AS turut mendakwa pada hari tersebut dua lagi pesawat dirampas bagi menyerang Pentagon dan Rumah Putih.
Dalam tragedi dianggap sebagai “serangan ke atas AS” itu, 19 anggota al-Qaeda berasal dari beberapa negara Timur Tengah dijadikan “kambing hitam” sebagai terdakwa melakukan rampasan pesawat komersial berkenaan dan dituduh menyerang AS. Sehingga ke hari ini, dakwaan tersebut tidak begitu jelas tujuan dan matlamatnya.
Bahkan, di internet termasuk di media sosial, banyak teori konspirasi ditimbulkan berkaitan dakwaan oleh AS itu bahawa al-Qaeda bertanggungjawab di sebalik serangan berkenaan.
Namun nasi telah menjadi bubur, selepas serangan dilakukan ramai warga Barat mengatakan ini semuanya adalah salah Al Quran yang mengajar orang Islam supaya cenderung kepada keganasan.Sandow Birk ialah seorang artis yang menghasilkan projek seni American Quran di bawah.
Projek American Quran mengambil masa sembilan tahun untuk disiapkan dengan 427 ilustrasi kesemuanya merangkumi 114 surah. Tujuan beliau menghasilkan ilustrasi di bawah ialah bagi menghasilkan Al Quran yang lebih menarik untuk warga Amerika. Beliau juga dipetik berkata;
“Given the global situation the Quran may be the most important book on Earth, but few Americans know anything about it. I’m attempting to create visual metaphors that make it more accessible to Americans, more relevant to American life.”
“Historically, the Quran has been as influential to the world as the Bible, having shaped the world for more than 1,000 years.World events of the past decade and longer — from 9/11 to the wars in Afghanistan, Iraq, Iran, Kuwait, Somalia, Israel, and the ‘Arab Spring’ of last year — reaffirm the Quran’s continued importance and influence on global politics, yet it still being misunderstood and unfamiliar by Western culture”
Untuk menghasilkan karya American Quran, Sandow Birk mengkaji rekaan Al Quran purba dan melawat Indonesia, Maghribi dan India bagi melihat kepelbagaian Islam yang selama ini dikaitkan dengan bangsa Arab. Beliau kemudian melakukan pameran di balai seni bagi memulakan perbincangan mengenai teks agama dan bagaimana persepsi Islam di mata rakyat Amerika Syarikat.
The American Quran kini ditawarkan dalam bukunya sendiri dan boleh dibeli dari toko-toko buku atas talian.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Interesting. Mane nk tgk? Ker kena gugel? |
|
|
|
|
|
|
|
harap islamophobia ni tak prejudis lagi dengan orang islam. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh ke lukis gambar makluk hidup kat alquran? |
|
|
|
|
|
|
| |
|