 Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 3 Oktober yang dihadiri menteri positif Covid-19.
Kredit Foto: FMT
Setelah seorang menteri kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) disahkan positif Covid-19, hashtag 'KlusterMenteri' kini trending di Twitter dengan lebih 13,000 kicauan menggunakan hashtag tersebut.
Rata-rata komen menyalahkan ahli politik yang dikatakan menjadi penyebab statistik Covid-19 di Malaysia menjadi yang tertinggi dalam sejarah.
Kredit foto: Facebook
Terdahulu, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengesahkan beliau didapati positif Covid-19.
Untuk rekod, angka Covid-19 di Malaysia meningkat dengan mendadak melepasi angka ketika PKP dilaksanakan sejurus tamat Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dengan kes-kes positif yang kini tersebar ke seluruh Semenanjung yang majoritinya dibawa dari Sabah.
Kredit foto : Twitter H2O
Kredit foto : Twitter
Kredit foto : Twitter
Kerajaan Malaysia menerusi MKN yang diketuai Perdana Menteri Muhyiddin Yasin hanya mewajibkan saringan wajib Covid-19 setelah berakhirnya PRN Sabah iaitu bermula 27 September.
Selain ahli politik kerajaan, tidak ketinggalan ahli politik dari pihak pembangkang turut sama didapati positif. - CARI |