Polis menahan warga emas yang sengaja menyembunyikan gelang merah jambu dengan lilitan kain putih di Damansara Damai, pada Ahad.
Astro Awani melaporkan, polis melakukan pemeriksaan sebaik menerima maklumat orang ramai yang melihat seorang lelaki memakai gelang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berlegar-legar di kawasan lot kedai kawasan berkenaan.
Kredit foto: AWANI/IPD PJ
"Setibanya di lokasi, polis menahan lelaki berusia 63 tahun terbabit selepas didapati dia cuba menyorokkan gelang KKM itu.
"Semakan mendapati lelaki itu datang dari Sabah untuk urusan perniagaan, dan keputusan ujian saringan COVID-19 adalah negatif," kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal.
Pun begitu, dia tetap diarahkan menjalani kuarantin di rumah bermula 28 September hingga 11 Oktober depan dan polis akan mendapatkan permohonan reman terhadapnya di Mahkamah Petaling Jaya, pada Selasa. - CARI |