CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1819|Reply: 4

Jangan Ambil Remeh Jika Kena Gigitan Anjing Gila! Hampir 100% Mati Sebab Tak Dap

[Copy link]
Post time 1-10-2020 11:28 PM | Show all posts |Read mode



Penyakit anjing gila ataupun rabies merupakan sejenis penyakit yang jarang berlaku di Malaysia. Ia merupakan sejenis penyakit yang mempengaruhi sistem saraf dan otak seseorang.
Tanda penyakit rabies muncul dengan perlahan, oleh sebab itu, apabila penyakit ini dikenal pasti, terkadang ia sudah terlambat untuk pesakit.
Penyakit rabies berlaku di seluruh dunia kecuali di Antartika. Namun, hampir 95% kematian disebabkan oleh rabies berlaku di benua Asia ataupun Afrika.
Ramai yang tahu penyakit anjing gila terjadi apabila seseorang itu digigit ataupun dicakar oleh anjing yang membawa virus rabies.
Namun, tahukah anda virus anjing gila juga boleh disebarkan oleh haiwan lain seperti musang, rakun, serigala, monyet dan kelawar?
Apabila seseorang itu sudah mula menunjukkan simptom anjing gila, pesakit mungkin sudah tidak ada peluang lagi untuk hidup.
Hampir 100% pesakit yang menunjukkan simptom rabies akan meninggal dunia.


Apa yang terjadi sekiranya terkena penyakit rabies?






Pesakit selalunya dijangkiti penyakit anjing gila setelah digigit binatang yang mempunyai virus rabies.
Walau bagaimanapun, penyakit ini masih boleh menjangkiti manusia menerusi cakaran ataupun luka yang terdedah kepada air liur haiwan tersebut.
Apabila seseorang itu digigit haiwan, virus rabies perlukan masa untuk bergerak daripada tempat jangkitan ke otak pesakit. Tempoh masa ini dipanggil tempoh inkubasi (incubation period).
Tempoh inkubasi mungkin berbeza-beza mengikut pesakit. Selalunya ia memakan masa selama 2-3 bulan, tetapi tempoh masa berbeza dari 1 minggu hingga 1 tahun.
Sebagai contoh, individu yang digigit pada bahagian kaki mempunyai tempoh inkubasi yang lebih panjang berbanding individu yang digigit pada bahagian tangan.
Simptom atau tanda awal penyakit rabies menyerupai simptom demam biasa. Antara simptomnya termasuklah rasa lemah, tidak selesa, demam ataupun pening kepala.
Simptom ini mungkin akan berlaku selama beberapa hari.
Apabila penyakit ini mula jadi semakin teruk, pesakit akan mengalami kecelaruan mental (delirium), tingkah laku yang abnormal, halusinasi, takut terhadap air (hydrophobia) dan insomnia.


Penyakit rabies boleh dirawat dengan vaksinasi





Post-exposure prophylaxis atau PEP merupakan rawatan yang akan dijalankan serta-merta ke atas pesakit setelah digigit haiwan yang mempunyai virus rabies.
Rawatan ini akan menghalang kemasukan virus ke dalam sistem saraf pusat. PEP dilakukan dengan cara:

  • Membasuh dan merawat kawasan luka gigitan secepat mungkin
  • Mengambil vaksin rabies serta-merta. Vaksin rabies diberikan sebanyak 4 kali kepada pesakit pada hari 0, 3, 7 dan 14
  • Pemberian rabies immunoglobulin (RIG) kepada pesakit. Suntikan ini akan memberikan pelindungan kepada pesakit ketika vaksin mula bertindak
Kombinasi vaksin dan globulin yang diberikan kepada pesakit dapat membantu menghalang penyakit ini daripada terus merebak.
Pemberian vaksin merupakan sesuatu yang sangat efektif. Malah, jarang sekali vaksin yang diberikan tidak berfungsi ataupun tidak dapat melawan penyakit rabies.
Walau bagaimanapun, individu yang lewat mendapatkan rawatan mungkin tidak dapat diselamatkan walaupun dengan pemberian vaksin.
Digigit anjing liar? Apa yang patut anda lakukan?

Menurut KKM, jika anda digigit anjing liar, anda perlu lakukan langkah-langkah ini dengan kadar segera untuk mengelakkan daripada dijangkiti rabies:

  • Cuci luka gigitan dengan sabun dan air bersih yang mengalir.
  • Berjumpa dengan doktor dalam kadar yang segera. Doktor akan menentukan sama ada anda memerlukan suntikan rabies ataupun tidak.
  • Ikuti arahan doktor dan ambil suntikan anti rabies mengikut jadual sekiranya diperlukan.
Jika anda ternampak ada anjing ataupun kucing liar di kawasan kediaman anda, sila laporkan kepada pihak berkuasa tempatan lebih-lebih lagi jika ia berkelakuan pelik dan cuba menggigit anda.
Sebagai satu langkah untuk mengelakkan penyakit anjing gila, pastikan anda melakukan vaksinasi kepada haiwan peliharaan anda.
Pastikan anda sentiasa memberi amaran kepada anak anda untuk tidak menyentuh kucing ataupun anjing yang berkeliaran di kawasan perumahan.
Selain itu, elakkan daripada mendekati binatang liar seperti kelawar, rakun, dan musang. Untuk pengetahuan anda, rabies juga boleh disebarkan melalui gigitan kelawar.
Walau bagaimanapun, tidak seperti gigitan anjing liar, gigitan kelawar lebih sukar untuk dirasai dan dikenal pasti.
Jika anda terjumpa kelawar yang sudah mati, elakkan daripada menyentuh haiwan tersebut.



Kesimpulan




Penyakit anjing gila merupakan satu penyakit yang amat berbahaya. Disebabkan ia tidak ada penawar, hanya pencegahan sahaja yang boleh melindungi anda dan ahli keluarga daripada rabies.
Oleh itu, elakkan daripada menyentuh haiwan yang sakit dan laporkan apa-apa kejadian yang melibatkan gigitan anjing kepada pihak berkuasa tempatan.
Salah satu tanda penyakit rabies yang popular ialah pembentukan buih pada bahagian mulut haiwan yang telah dijangkiti.
Selain itu, satu lagi simptom yang diketahui ramai ialah rasa takut tercekik ataupun takut terhadap air.
Di Malaysia, 99% kes rabies berpunca daripada gigitan anjing dan 40% mangsa penyakit anjing gila merupakan daripada kalangan kanak-kanak.
Oleh itu, sentiasalah pantau keberadaan anak anda. Jangan lupa ingatkan mereka untuk menjauhi sebarang haiwan liar yang mereka nampak sama ada hidup ataupun mati.




Sumber : hellodoktor.com








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2020 12:34 AM | Show all posts
vokuru dengar cerita ada spesis drakula
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2020 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kwsn rumah ai pun ada byk anjing..kdg2 tu risau jugak tibe2 dia buat hal ke apa tp so far xde nak kacau..setakat bertentang mata gitu..pernah kena ikut ngn anjing and pernah kena guard ngn anjing..ai tukar laluan,dia pun konar ikut laluan ai..terasa mcm ada bodyguard gitu..{:smile
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2020 10:03 AM | Show all posts
nice info.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2020 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sis pernah difollow anjing liar time jogging pagi2 ditaman kt area rumah ni, masa tu sis tahu kalo sis lari anjing akan lagi agresif so what sis do , sis azan kat situ terus anjing tu slowdown n patah semula ajak geng2 dia, tq Allah to saved me,lepas tu sis rasa nak nangis ketakutan apa akan jd kalo sis diserang oleh ajing yg gila tu beramai ramai, lepas tu sis tobat x joging pagi2 kalo nak jogging tggu ari terang dulu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.061388 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list