CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4102|Reply: 14

Selain COVID-19, Inilah 5 Pandemik Paling Menakutkan Dalam Sejarah Dunia

  [Copy link]
Post time 29-9-2020 12:22 PM | Show all posts |Read mode
Credit : indianexpress.com






Ketika anda membaca artikel ini, seluruh penduduk dunia masih lagi "berperang" dengan wabak pandemik Covid 19 yang telah meragut banyak nyawa.


Umum tahu wabak itu mula tercetus di Wuhan, China pada November 2019 dan semenjak ia merebak ke seluruh dunia saban hari masyarakat dunia dipersembahkan dengan berita mengenai penularan wabak ini termasuklah terpaksa "berkurung" dirumah selama sebulan lebih bermula Mac lalu ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dikuatkuasakan di seluruh Malaysia bagi memutuskan rantaian wabak ini.







Kesan dari pandemik ini amat jelas dapat kita lihat dari segi kesihatan dan juga ekonomi. Hingga kini, ramai yang telah terkorban dan tak kurang juga jutaan masyarakat dunia hilang pekerjaan dek kerana dibuang kerja kerana ketidakstabilan ekonomi dunia.
Namun mungkin ramai yang masih belum tahu, ini bukanlah kali pertama masyarakat dunia berdepan pandemik yang menyeramkan seperti ini. Terdapat beberapa pandemik lain yang telah meragut ribuaan nyawa dan memberi kisah hitam dalam sejarah sebelum ini.
Berikut adalah 5 wabak maut yang paling menakutkan dalam sejarah dunia dipetik dari ajar.com.my.


5
Taun / Kolera









  • Tahun 1817 – sekarang
  • 1.3 juta – 4 juta kes setiap tahun.
  • Ratusan ribu terbunuh seluruh dunia.
Taun atau kolera adalah salah satu penyakit bawaan air dan makanan yang utama. Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria. Mereka yang dijangkiti akan mengalami cirit-birit. Gejala yang teruk boleh membawa maut kerana dehidrasi yang teruk.
Penyakit ini bermula di Sungai Ganges di India pada tahun 1817 dengan skala yang sangat besar. Apabila sambutan festival tamat, peserta membawa jangkitan taun balik ke rumah mereka dan menyebarkan ke tempat – tempat lain sekitar India. Ratusan ribu orang India kemudian mati akibat jangkitan tersebut.
Taun seterusnya berjangkit daripada pelabuhan ke pelabuhan. Kuman itu merebak dari tong air yang tercemar ataupun sisa kumbahan pesakit, yang selanjutnya dibawa pula oleh mereka yang lalu lalang.
Pada tahun 1820, taun merebak ke Thailand, Indonesia sehingga membunuh 100 000 orang di kepulauan Jawa sahaja. Wabak ini kemudian merebak ke China, Jepun dan Eropah.

Sesampainya penyakit itu di Britain, rakyat umum telah pun mengalami panik sehingga tersebar berita bahawa lebih ramai orang mati di hospital berbanding di rumah – rumah mereka. Orang ramai percaya bahawa pesakit dibawa ke hospital untuk dibunuh dan dibedah siasat, sehingga akhirnya menyebabkan mogok besaran di Liverpool.





Pandemik kolera telah berlaku sebanyak tujuh atau lapan kali sepanjang sejarah, dan walaupun kita kini miliki perubatan moden, ia tetap merupakan wabak pembunuh yang digeruni.



4
AIDS










  • Tahun 1981 – Sekarang.
  • Membunuh 35 juta orang seluruh dunia.
Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) telah membunuh lebih daripada 25 juta orang sejak ia pertama kali dikenal pasti pada tahun 1981.

AIDS disebarkan oleh Virus HIV ( human immunodeficiency virus) yang menyerang imuniti manusia, secara spesifiknya, sel CD4.
Virus tersebut merebak melalui pemindahan cecair badan seperti darah, air mani, cecair faraj, cecair anus dan susu badan. Kes terbanyak adalah penyebaran HIV menerusi hubungan kelamin yang tidak selamat, perkongsian jarum dan melahirkan anak.
Setelah beberapa tempoh, HIV membunuh begitu banyak sel CD4 sehingga tubuh manusia tidak lagi mampu melawan jangkitan dan penyakit, selanjutnya membawa kepada fasa paling teruk jangkitan iaitu AIDS. Pesakit AIDS terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.




Asal usul AIDS dianggap berpunca daripada monyet di Afrika. Berkemungkinan darah daripada monyet yang dijangkiti virus masuk ke dalam rongga luka pemburu, atau apabila pemburu memakan monyet tersebut. Sesetengah teori konspirasi mengatakan ia berpunca daripada hubungan kelamin manusia dengan monyet.
Ketika penyakit tersebut pertama kali meletus di Amerika Syarikat, ia dipanggil GRID atau gay – related immune deficiency, kerana kebanyakan jangkitannya adalah oleh lelaki homoseks.
Sehingga kini, masih tiada ubat yang boleh mengubati AIDS. Epidemik AIDS telah meragut lebih kurang 35 juta orang seluruh dunia, dan kini dianggarkan 70 juta orang menghidap penyakit tersebut.



3
Black Death (Maut Hitam)








  • Tahun 1340 – 1771
  • Membunuh 75 juta orang seluruh dunia
Maut Hitam, atau Wabak Hitam, merupakan antara pandemik maut paling dahsyat dalam sejarah manusia.
Ia bermula di Asia Tengah dan merebak ke Eropah pada akhir tahun 1340. Sebanyak 75 juta nyawa dianggarkan mati akibat wabak maut ini. Di Eropah saja, satu pertiga populasi manusia temui ajal mereka sehingga ia mengubah lanskap sejarah benua tersebut hingga sekarang.





Nama wabak itu datang daripada bintik – bintik hitam pada kelasi yang mengembara pada laluan Sutera dan singgah di pelabuhan Sicilian.
Mereka yang dijangkiti wabak ini mengalami simptom yang dipanggil ‘buboes’. Ia tumbuh di bahagian kulit sekitar leher, ketiak dan kelamin yang kemudian bernanah dan mengeluarkan darah. Kulit pesakit kemudian ditutupi tempelan – tempelan hitam. Kebanyakan pesakit mati empat ke lima hari setelah jangkitan, dengan kadar kematian setinggi 30 hingga 75 peratus.



Keseluruhan populasi bandar mati disinggahi wabak hitam dan dikatakan warga Eropah menghabiskan masa mereka menanam orang mati.



2
Selesema Sepanyol








  • 1918 – 1919
  • Membunuh 50 ke 100 juta orang hanya dalam masa kurang 2 tahun.
  • Menjangkiti kira – kira 500 juta orang di seluruh dunia iaitu kira – kira satu pertiga penduduk Bumi ketika itu.
Selesema Sepanyol adalah antara insiden paling ngeri dalam sejarah manusia, yang malangnya, dilupakan ramai orang.
Pandemik Selesema Sepanyol membunuh lebih ramai orang daripada Hitler, senjata nuklear, dan segala pengganas dalam sejarah, digabungkan sekali.
Walaupun namanya wabak Sepanyol, ia bukanlah berasal daripada Sepanyol. Ia dinamakan demikian kerana Sepanyol adalah negara neutral dalam Perang Dunia Pertama (1914 – 1918) yang bermaksud ia bebas melaporkan tahap keterukan pandemik ini.



Mereka yang menghidap penyakit ini kelemasan dan batuk tanpa henti kerana paru – paru mereka dipenuhi cecair. Muka mereka berubah daripada biru, kepada ungu dan kaki mereka menjadi hitam. Mereka yang bernasib baik cumalah mati lemas akibat paru – paru mereka.
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak berjabat tangan, tinggal di rumah, dan dilarang meludah.
Pada ketika Selesema 1918 melanda, doktor dan saintis tidak pasti apa penyebabnya, dan bagaimana merawatnya. Ia kemudian lesap secepat ia timbul, tanpa penjelasan yang memuaskan.
Sungguhpun ia merupakan antara wabak maut paling dahsyat dalam sejarah, tetapi ia juga dianggap ‘dilupakan’, kerana Selesema Sepanyol ini berlaku ketika Perang Dunia Pertama sudahpun meletus. Berita tentang penyebaran wabak ini dicensor oleh tentera yang juga bukan saja terbunuh dek peluru, tetapi juga wabak ini. 1918 bukanlah tahun yang menyenangkan untuk penduduk global.


1
Cacar Air (SmallPox)






  • 430 Sebelum Masihi (?) – 1979
  • Membunuh 300 juta penduduk dunia pada abad ke 20 sahaja.

Cacar air merupakan penyakit yang menghantui manusia sejak dari zaman Empayar Mesir pada abad ke tiga Masihi. Asal – usulnya tidak diketahui.
Ia merupakan penyakit yang sangat menakutkan. Tiga daripada sepuluh orang yang menghidapnya mati. Mereka yang terselamat diselaputi kulit mereka dengan parut. Buku – buku sejarah dipenuhi dengan kes kematian cacar air.
Tamadun seperti Aztec dan Orang Asli Amerika tumbang akibat penyakit ini sehingga populasi mereka berkurangan sebanyak 90 peratus yang akhirnya membuat mereka ditawan orang putih. Raja – raja Eropah juga tewas akibat penyakit cacar.
Sebab kenapa cacar air begitu bahaya dan mendatangkan maut adalah kerana ia disebarkan melalui udara. Kadar penyebarannya sangat cepat.
Kulit pesakit dipenuhi dengan bintil – bintil di muka, tangan dan lengan. Selang dua hari, bintik – bintik itu dipenuhi cecair dan nanah, yang kemudian pecah.
Cacar air kemudian akhirnya berjaya ditewaskan apabila manusia menemui vaksin.






Melihat dari kisah sejarah di atas, semua pandemik ini akan berakhir bila tiba masanya cuma jalan paling cepat kita perlu mencipta vaksin bagi mengurangkan penularannya.






Apa yang dapat kita lakukan buat masa ini adalah sama-sama kita jaga kita, ikut SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan banyakkan berdoa semoga wabak ini segera berlalu pergi. - CARI









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2020 02:22 PM | Show all posts
sepupu iollss penah kena cacar tu ksian habis 1 badan dri kepala sampai kaki tumbuh bijik2 rapat2 tu..bila masuk spital pun xbleh buat apa last2 sehari sebelum meninggal jumpa arwah ni nangis2 siap soh bapak iollss bagi doa utk mati sbab sheollss da xtahan sgat sakitnya..tup2 esoknya meninggal..da lama da kes ni da 21 tahun lpas..arwah kalu hidup da umo 38 tahun insha Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 03:31 PM | Show all posts
Semoga kita selamat dan dihindari penyakit2 ini.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie: sepupu iollss penah kena cacar tu ksian habis 1 badan dri kepala sampai kaki tumbuh bijik2 rapat2 tu..bila masuk spital pun xbleh buat apa last2 sehar ...


Sedihnyaa mati muda lg.. umur2 mcm tu bdk skrg tgh sibuk bertiktok ootd bagai
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 12:25 AM | Show all posts
masa kecik dulu, bukak buku,

tang black death, aka bubonic plague ni dasyat woo cerita dia.

tak sangka bila dah besar ni dapat tengok benda serupa. menakutkan
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2020 11:29 AM | Show all posts
semua pernah dengar n tahu kecuali black death. tak pernah dengar black death. good info .

skrg covid 19 pulak. semoga cepat2 dapat jumpa penawarnya.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2020 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Adeh xdpt bayangkan kalau teori konspirasi tu betul..dgn monyet pun jadi
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Good read. Thx tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2020 10:45 AM | Show all posts
selsema sepanyol tu lebih kurang mcm covid kot noh
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 01:52 AM | Show all posts
mamajawie replied at 29-9-2020 02:22 PM
sepupu iollss penah kena cacar tu ksian habis 1 badan dri kepala sampai kaki tumbuh bijik2 rapat2 tu ...

Puncanya datang dari mana?
makanan?Minuman?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 11:01 AM | Show all posts
Nokiaman replied at 4-12-2020 01:52 AM
Puncanya datang dari mana?
makanan?Minuman?

xtau la badol..doktor pun xpasti

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 08:22 PM | Show all posts
mamajawie replied at 4-12-2020 11:01 AM
xtau la badol..doktor pun xpasti

Uikssss 1 in millions kot..
Jarang sekali dengar pasal nie...
Still in 80s kan....
tetiba muncul gitu jer.....
Nasib baik ko tak sebut kena kemeyan ke apa tadi...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mamajawie at 5-12-2020 12:18 AM
Nokiaman replied at 4-12-2020 08:22 PM
Uikssss 1 in millions kot..
Jarang sekali dengar pasal nie...
Still in 80s kan....


Bukan time 80s..ni time awal 2000 tp mmg fmily arwah da berabih beribu ubatkan arwah smpai panggil ostad tokmoh doktor pakar pun xde cure..last2 arwah xtahan sbb gelembung tu cm panas kat bawah kulit (ni yg arwah gtau) xlama kat spital meninggal..ksian xtau la kena buatan org ke xpun mmg penyakit kulit..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2020 04:41 PM | Show all posts
Good read TT.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 03:12 PM | Show all posts
mamajawie replied at 29-9-2020 02:22 PM
sepupu iollss penah kena cacar tu ksian habis 1 badan dri kepala sampai kaki tumbuh bijik2 rapat2 tu ...

actually, smallpox tak sama macam chicken pox yg kita kena tu.. cuma translation dia dalam bahasa melayu jer sama cacar air


kalau ada kes smallpox memang orang tu kena diasingkan duduk dalam solitary , dan efek virus tu lagi teruk dari virus chickenpox biasa..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.064546 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list