"enat... Jadi pelakon ni memang susah. Kadang-kadang kena kerja lebih 12 jam sampai kita rasa penat."
Begitulah yang dilontarkan oleh aktres popular, Siti Saleha, 30 mengenai cintanya terhadap bidang lakonan yang kini terpaksa dihadkan.
Ia bukan kerana permintaan suaminya seperti yang diperkatakan netizen sebelum ini, namun lebih kepada dia yang mahukan lebih ruang untuk diri sendiri.
Foto: IG
Menurut portal Mstar, Siti Saleha menyatakan yang dia meletakkan syarat tersebut kerana tidak mahu lagi pulang lewat lagi ke rumah selain meluangkan masa untuk berehat.
"Tengok dalam TV macam senang tapi kena kerja keras."
Baginya lagi drama rantaian yang panjang bukan keutamaannya.
"Saya memang tak ambil tawaran drama yang terlalu banyak episod sebab penat."
Foto: IG
Selain itu, Saleha juga mengehadkan juga drama berkisarkan cinta.
"Bukan sebab suami yang minta macam itu tapi saya sendiri yang tahu benda ini."
Foto: IG
Memegang watak Mia yang trending sebelum ini membuatkan Saleha terkejut dengan adanya sambungan drama rantaian 7 Hari Mencintaiku musim ketiga. Namun, tidak berani memberikan sebarang komen kerana belum melihat kontraknya lagi.
Wah! Akan trending lagi kah drama ini nanti? Mungkin kah nanti tiada adengan peluk dan dukung memandangkan itu permintaan Saleha? -CARI
|