Set infusi intravena yang masih ada kesan darah Michael Jackson (MJ) dijual sepupunya, Marsha Stewart.
Memetik The Sun, beg itu dipercayai digunakan untuk memberi ubat anaestetik propofol kepada MJ sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Kredit foto: YouTube
Pakar memorabilia Las Vegas berharap beg cecair intravena digunakan Doctor Conrad Murray pada Jun 2009 itu dapat dibida sekurang-kurangnya pada harga ASD2,500 (RM10,429).
Difahamkan, ia dijual Marsha sebagai sebahagian daripada lelongan harta pusaka bapa bintang terbabit, Joe Jackson.
Conrad Murray
Kredit foto: AP: Associated Press
Wanita itu mengaku mengambil beg berkenaan dari bilik tidur Raja Pop terbabit beberapa hari selepas kematiannya.
Katanya, ketika diambil, beg infusi itu mengandungi 'cecair berwarna putih susu' sebelum ia kemudian 'melarut'.
Marsha mendakwa, beg infusi intravena itu adalah "yang terakhir digunakan sebelum bintang berkenaan menghembuskan nafas terakhir" walaupun laporan media menyatakan pihak berkuasa mengeluarkan semua peralatan perubatan dari tempat kejadian ketika MJ meninggal dunia pada 25 Jun 2009.
Dakwanya, dia mengambil set infusi intravena itu kerana ia mengandungi sebahagian daripada diri MJ iaitu sampel DNA.
MJ dan bapanya, Joe
Kredit foto:
Joe dan Marsha menyembunyikan peralatan itu di rumah bapa MJ sehingga lelaki itu meninggal dunia pada Jun 2018 dan ia kini dilelong Memorabilia.Expert. - CARI |