CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10387|Reply: 40

[Dunia] Makan free Foodpanda Grabfood, akhirnya ditangkap

[Copy link]
Post time 17-9-2020 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SINGAPURA: Selama hampir tiga minggu, seorang lelaki 27 tahun menempah makanan bernilai lebih S$700 dari aplikasi penghantaran makanan dengan menggunakan alamat jirannya. Dia kemudian memakannya tanpa membuat pembayaran.

Atas empat tuduhan menipu, dengan lagi sembilan tuduhan tambahan diambil pertimbangan, Leonard Tan Tong Han dijatuhi hukuman penjara tujuh hari pada Khamis (17 Sep).

Tan tinggal di sebuah flat di tingkat 14 di Choa Chu Kang, dan melakukan penipuan itu dengan membuat tempahan bagi makanan dihantar ke rumah jiran di tingkat atas dan bawah rumahnya.

Mahkamah diberitahu bahawa Tan membuat beberapa tempahan makanan menerusi aplikasi mudah alih GrabFood dan Foodpanda antara 25 Februari hingga 14 Mac, tanpa berniat untuk membayar.

Dia memilih pilihan pembayaran "tunai setelah penghantaran" semasa membuat tempahan dan sebelum makanan tiba, mengirim pesanan teks kepada pekerja penghantaran untuk memberitahu mereka supaya meninggalkan makanan di luar flat. Dia juga memberitahu mereka pembayaran akan dibuat melalui PayLah! atau PayNow.

Apabila dia melihat makanan sudah tiba, dia akan pergi ke rumah jirannya dan mengambil makanan dari luar rumah. Namun, dia tidak membuat pembayaran untuk pesanan tersebut.

GUNA NAMA PALSU, NOMBOR TELEFON RAMBANG

Untuk melaksanakan helahnya, Tan membuat banyak akaun di aplikasi penghantaran makanan dengan nama palsu dan nombor telefon rambang supaya dia tidak dapat dihubungi kemudian.

Semasa salah satu kejadian pada 8 Mac, Tan menempah makanan dari sebuah restoran di Jalan Gangsa melalui aplikasi Foodpanda, dengan nama palsu "Sammy Leong".

Dia memilih pilihan "tunai setelah penghantaran" untuk pesanan bernilai S$91.59 ke flat jirannya di tingkat 13.

Dalam catatan tempahannya dalam app itu, Tan menulis: "Tinggalkan makanan di atas rak kasut ... sedang ambil anak dari hospital. SMS saya nombor paynow anda, saya akan bayar dan whatsapp anda."

Pekerja penghantaran meletakkan makanan di rak kasut di luar flat jiran Tan, menghantar gambar ke nombor yang diberikan Tan dan beredar.

TEMBELANG BOCOR APABILA PENGHANTAR KETUK PINTU RUMAH JIRAN

Tan kemudian mengambil makanan itu, namun pekerja penghantaran makanan terbabit merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila gambar yang dihantarnya ke Tan tidak dijawab. Beliau kembali ke flat berkenaan dan mendapati makanan itu sudah tiada.

Beliau mengetuk pintu flat tetapi jiran itu memberitahunya bahawa beliau tidak membuat tempahan penghantaran makanan, sambil menambah bahawa kejadian serupa pernah berlaku.

Penunggang berkenaan melaporkan kes itu kepada Foodpanda. Jiran itu telah membuat aduan polis sebelum ini pada 25 Februari, mengenai dua pesanan pizza yang dihantar ke rumahnya.

Jumlah kerugian yang ditanggung oleh GrabFood dan Foodpanda mencecah S$718.54. Tan sudahpun membayar kedua-dua syarikat sepenuhnya.

Hakim membenarkan Tan menjalani hukumannya bermula 1 Oktober.

Bagi setiap tuduhan menipu, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya.

- CNA/TQ/tq
Gambar hiasan : gambar AFP

Pandai juga menipu semata mata nak makan free.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2020 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
jujur wartawan Singapore ni .kalau wartawan Malaysia jangan harap nak sebut nama kalau libatkan bangsa dia orang.kalau melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodo. jenis takda tuhan kot ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 08:19 PM | Show all posts
WAKAKAKKAAKAKAKAKAK ahkirnya kene bayar juga balik...konon nak makan freee
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Taste ko tak padan ngan sengkek..pizza la hapa..ko makan je la bak kut teh tu hari2
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
angelofish replied at 17-9-2020 08:08 PM
jujur wartawan Singapore ni .kalau wartawan Malaysia jangan harap nak sebut nama kalau libatkan bang ...

Mana kamu tahu wartawan ni cina singapore?
Undang2 peruntukan max 3tahun penjara tapi pesalah hanya kena denda seminggu.... kalu melayu singapore low class yg salah aku agak paling kurang setahun kena penjara... padan muka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2020 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam perut penuh dengan makanan haram.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 jgn terjadi kt malaysia la benda ni. Kesian kot delivery rider.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2020 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak makan mcm2 tapi kedekut
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Perghhh.. Tak sangka weiii....leluhur prc baik dan jujur kata Melayu urban & liberal
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 09:49 PM | Show all posts
angelofish replied at 17-9-2020 08:08 PM
jujur wartawan Singapore ni .kalau wartawan Malaysia jangan harap nak sebut nama kalau libatkan bang ...

Sila tunjukan satu kes di mana wartawan Malaysia tidak menyebut nama orang yang disabitkan kesalahan di mahkamah dan di jatuhkan hukuman! Bagi satu kes cukop lah. Jika tak boleh sila berhenti dari membuat fitnah kerana itu hanya akan menunjukan latar belakang keluarga anda, tahap pelajaran anda dan dari hulu mana anda datang!

Kalau boleh sila lah pilih mana mana agama untok di amalkan kerana ia mungkin boleh memperbaiki sifat anda!


Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita pasal penipu pun boleh buat modal isu perkauman...sia2 tuhan bagi akal fikiran kalau fungsi digunakan untuk benda negatif aja...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. replied at 17-9-2020 09:49 PM
Sila tunjukan satu kes di mana wartawan Malaysia tidak menyebut nama orang yang disabitkan kesalah ...

Musti gelabah jubs org tu, kuat betol macai2 ketuanan  ni dok fitnah org bagai
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 11:02 PM | Show all posts
~boolean replied at 17-9-2020 09:57 PM
Cerita pasal penipu pun boleh buat modal isu perkauman...sia2 tuhan bagi akal fikiran kalau fungsi d ...

Penyembah batu pon tidak seburok itu perangainya.............

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 11:05 PM | Show all posts
salamon replied at 17-9-2020 10:34 PM
Musti gelabah jubs org tu, kuat betol macai2 ketuanan  ni dok fitnah org bagai

Sunggoh pathetic.

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2020 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya nak makan free
Mujur jiran nya tak kena tuduh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2020 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Mampu je sebenarnya..tp sbb makan free tu sedap dia pilih untuk menipu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
7 hari tu lembik sgt hukumannya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2020 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin pasal mco, hukuman mcm ni jd 7 hari je
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
~boolean replied at 17-9-2020 08:57 PM
Cerita pasal penipu pun boleh buat modal isu perkauman...sia2 tuhan bagi akal fikiran kalau fungsi d ...

Well, some people yg closed minded memamg can't see beyond race, religion and politics. Semuanya sebab either one. Tapi orang macam ni kalau kita kata dia rasis maka mulalah dia akan kata kawan baik dia cina, jiran rapat dia india, exbf dia benggali, mak angkat dia baba nyonya etc hehehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.078799 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list