Nama Akshay Kumar pasti tidak asing lagi di kalangan peminat filem Bollywood. Berjaya membintangi beberapa filem popular termasuk Padman antara yang membuatkan nama beliau terkenal dalam industri Bollywood.
Kredit Foto - Hindustan Times
Terbaharu, Akshay Kumar telah berkongsi petua kesihatan beliau dengan meminum air kencing lembu setiap hari. Akshay Kumar mula berkongsi mengenai amalannya itu sewaktu tampil dalam rancangan Bear Grylls di mana mereka meminum air teh diperbuat daripada najis gajah.
Kredit Foto - Indian Express
Ulasnya, beliau tidak mempunyai masalah untuk mencubanya kerana sudah terbiasa meminum air kecing lembu bagi tujuan ayurvedic di mana ia merupakan sebahagian amalan rakyat India yang percaya bahawa air kencing lembu mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan termasuk melawan COVID-19.
Kredit Foto - Google
Sebagai info, kerajaan India memperuntukkan jutaan dolar bagi penyelidikan produk berasaskan bahan buangan haiwan ternakan untuk merawat penyakit seperti kencing manis dan kanser. Namun, buat masa ini, tiada bukti saintifik menyokong khasiat yang terdapat pada air kencing lembu.
Setakat ini, dilaporkan seramai 4.6 juta individu terpalit dengan wabak COVID-19 dan sudah menyebabkan 76,000 kematian.
Macam-macam hal. Tapi, anda sanggup ke cuba petua Akshay Kumar ni? - CARI |