CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8475|Reply: 27

Kisah Aku si Zakonah

[Copy link]
Post time 2-9-2020 04:04 PM | Show all posts |Read mode
Salam buat semua.

Saya Zakonah. Tiba-tiba terdetik dihati nak bercerita pasal pengalaman saya sendiri selama saya hidup ni. Takdelah banyak sangat cerita seram saya alamai tapi ada jugak la yg suam-suam kuku dan ada yg meremang jugak. Cerita saya mungkin tak teratur, ada zaman single, ada zaman double hahahhahah. Mana yg saya ingat saya tulis. Nama watak dah tentu bukan nama sebenar. Certain conversation tu pun ada yg ingat ada yg lupa. Ok cukup la intro kan. Let’s setat da stori.


Aku, dorang dan bilik hotel ditepi pantai

......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2020 04:12 PM | Show all posts
Alahai tak boleh nak paste. Asyik illegal content
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2020 03:40 PM | Show all posts
Edited by zakonah at 14-9-2020 09:00 AM

Ok aku ada masalah nk tepek strory kat sini. Tapi aku cuba la taip balik semua huhuhuhu.


Kisah ni masa zaman aku muda dan bujang lagi. Kawan aku si Milah nak kawen masa tu. Kawen untuk kali kedua huhuhuhehehehihihihi. Kami ni yg lain dok bujang lagi dia dah kali kedua. So sebab nak menyambut kegembiraan dia nak kawen tu, kitorang, aku, rina, ana dan milah nak berparty bachelor la gitu. So nak overnight kat sebuah hotel di tepian pantai. Walaupun hotel tu memang sedikit angker dari cerita ramai orang tapi kitorang pilih jugak nak stay situ. Nak jah dari orang konon hahahaha. Nasib la bilik kitorang tak kena kat building yang mengadap kawasan perkuburan. Kalau tak lagi la seram.

So lepas setuju semua dan dah mintak izin mak bapak nak tido kat luar. Kami mulakan la perjalanan ke hotel tu. Bekalan makanan semua dah siap sebab dah sampai kitorang takmau keluar bilik. memang nak spend masa sama-sama. Dah check in tu bermulalah kegembiraan kitorang. Sembang la sampai berbuih air liur. Menari menyanyi semua complete la. Siap ada sesi dari hati ke hati sampai meleleh air mata hahahahhaha.

So bila siang bertukar malam, tetiba sliding door ke balcony tu macam diketuk-ketuk. Sudahlah tak tutup rapat sebab nak angin pantai tu masuk. Masa tu takde pulak terfikir benda lain yg masuk. Tapi makin lama makin pelik pulak.

Milah : oil Rina, cuba ko tutup sliding door tu
Rina : dah kenapa pulak aku, kan tadi ko yg suruh biar je. nak angin masuk la apa la
Milah : alaa rina, ko tolong je la tutupppp (dia buat muka cuak)
Rina : iskkk ko nehhh

Aku dengan Ana dok gelak-gelak je tengok dorang sebab kitorang belagak takde apa-apa. Masih positive yang tadi bunyi angin je. Cuma Milah je yang dah lain macam. Bila jam dah pukul 10, tetiba Milah dengan Rina berubah fikiran. Dorang nak balik. Si Milah masih buat muka cuak dia. Memang lepas dia suruh tutup sliding door tu, dia dah kurang bersembang. Aku dengan Ana dah pasrah nak kena tinggal. Tapi ......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2020 04:01 PM | Show all posts
Edited by zakonah at 14-9-2020 08:59 AM

sambungan dibatalkan sebab ramai sengal

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2020 05:38 PM | Show all posts
selamber je tido ngan boiprennn..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2020 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergh citer ko ni mmg tak bertapis lnsg ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-9-2020 08:22 AM | Show all posts
aza replied at 3-9-2020 05:38 PM
selamber je tido ngan boiprennn..

Masa tu zaman muda mudi. Young and wild sangat uols
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2020 08:23 AM | Show all posts
Kiahlemau replied at 3-9-2020 10:54 PM
Pergh citer ko ni mmg tak bertapis lnsg ye

Malas la nak tapis kang mcm citer menipu pulak jadiknya. Tenang je baca tu uols. Nanti i sambung lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2020 12:13 PM | Show all posts
bgsla citer mcm ni
x yah tapis la
baru nmpk kisah tu benar2 berlaku
kasi sambong sisturr
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2020 01:08 PM | Show all posts
tambah lagi citenya.. terkesima gak baca bab tido dgn boypren tu tapi kes lama kan semoga dah bertobat or dah berkahwin la kot?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2020 02:54 PM | Show all posts
fifie_olin replied at 4-9-2020 12:13 PM
bgsla citer mcm ni
x yah tapis la
baru nmpk kisah tu benar2 berlaku

kannn..takkan nk tulis panggil bapak pulak meneman. dah namanya nk berparty dgn kawan-kawan.
ok nanti sambung citer lain...tunggu tau

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2020 02:55 PM | Show all posts
duri_durians replied at 4-9-2020 01:08 PM
tambah lagi citenya.. terkesima gak baca bab tido dgn boypren tu tapi kes lama kan semoga dah bertob ...

nak menambah la ni tapi tengah memikir nk mengarang tu camana. letih nk kena direct type kat sini takleh kopipes.

udah takyah terkesima sgt bab tu. tido sebelah menyebelah je pun. takde lebih-lebih uols. skrg dah kawen dah pun tapi dengan orang lain hahahahhahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2020 03:16 PM | Show all posts
Cerita seterusnya. Suam-suam kuku je seramnya. Kalau seram betul agaknya aku dah lama pengsan bangun pastu pengsan balik hahahahah.

Kisah kat Hotel lagi

Ok ni kisah lain. Tapi still kisah kat hotel jugak. Kali ni bercuti dengan family pulak. Dan kali ni aku dah kawin ada anak satu. Masa tu pegi dgn mak dan adik beradik lain. So byk bilik la kami tempah. Bilik yg aku dapat tu 2 katil single sebab tu je yg avaiable. Gasak la janji boleh tido.

Masa check in tu, masuk bilik je dah rasa suram je bilik ni. Malap semacam. Tapi buat rilek je la. Sib baik anak masa tu umur dah dalam 3-4 tahun so meriah la jugak dengan suara dia. Lepas rehat bagai, kitorang keluar la gi jenjalan shopping. Dah penat balik la ke bilik dan masa tu almost maghrib.

Masa tu anak kat bilik mak. So aku balik la bilik dengan laki. Dia gi mandi aku pulak lepak la atas katil sensorang. Tetiba semua lampu dok bermain-main on and off. Kejap lampu kat dinding mati pastu hidup. Kejap lampu kat kepala mati kejap hidup kejap. Kang lampu entrance pulak mati hidup mati hidup. Dah kenapa dengan lampu-lampu ni. Tapi aku buat-buat berani la mcm biasa. aku siap ketuk-ketuk lampu tepi aku tu kenapa mati. Tapi sama jugak keadaan dia. "Aiii korang main lampu pulak yer" aku cakap dalam hati. Dah makin lama makin seram pulak. Laki yg tengah mandi tu pun macam tak reti-reti nak keluar dari jamban. Mandi bunga ke apa abang oiiiii.

Aku dah tak tahan dia main lampu tu, terus aku jerit kat laki aku "abangg lekas la mandi bunga tu, kita nak terberak dah ni!!" Kelam kabut laki aku keluar hahahahahaha. Padan muka dia. Sapa suruh nak mandi lama sangat. Pastu masa aku nk masuk toilet pun sama jugak suram. Camana aku nak mandi ni. At last aku biar je pintu terbukak. Penakut sangat kan.

Sekali aku siap mandi, aircond bilik pulak mati. Aiii dah kenapa pulak. Tapi lampu semua ok. Semua hidup!! Takde satu pun yg mampos macam tadi! Geram oiii!!!! So cepat-cepat call maintenance. Masa dorang check tu katanya takde masalah aircond ni. Ok je semua. Dan memang betul la ok je. Sejuk je. Masa tu aku suruh la dorang check lampu-lampu situ. Manalah tau ada shorting ke apa ke. Pun sama jugak. Takde sebarang masalah. Ko memang kan saja nak takutkan aku kan!!!!

Malam tu aku cakap kat laki aku, jangan tido dulu selagi aku belum tido. If not aku kejut dia hahhahaha. Nasib baik la malam tu aku lena. Cuma laki aku kata ada la lampu tu bermain-main jugak kejap. Dan nasib baik la esoknya aku dah check out. Walaupun takde benda yg muncul tapi dok main-main lampu tu kira dah seram la bagi aku yg penakut ni hahahahaha.

Sekian buat kali ni. Esok-esok aku update lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2020 03:19 PM | Show all posts
zakonah replied at 4-9-2020 02:55 PM
nak menambah la ni tapi tengah memikir nk mengarang tu camana. letih nk kena direct type kat sini  ...



copy paste dari mana?
pakai notepad la
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2020 03:20 PM | Show all posts
zakonah replied at 4-9-2020 02:55 PM
nak menambah la ni tapi tengah memikir nk mengarang tu camana. letih nk kena direct type kat sini  ...

kahkahkah.
lahanat betoi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2020 04:07 PM | Show all posts
cerita pertama tu, otak aku terus terbayang hotel kat PD jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2020 04:11 PM | Show all posts
duri_durians replied at 4-9-2020 03:19 PM
copy paste dari mana?
pakai notepad la

udah taip kat words, tapi tu la bila paste je takleh nk post. jadik kenalah menaip terhegeh-hegeh sini

notepad tak reti pakai. acaner??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2020 04:12 PM | Show all posts
aryyan replied at 4-9-2020 03:20 PM
kahkahkah.
lahanat betoi.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2020 04:13 PM | Show all posts
edoraixora replied at 4-9-2020 04:07 PM
cerita pertama tu, otak aku terus terbayang hotel kat PD jer

tempat tu biarlah rahsia. bagi chan la korang pulak merasa ketukan pintu balcony dgn dinding batu tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2020 03:13 PM | Show all posts
Aku dan demam

Masa aku kecik aku dan demam berpisah tiada. Kejap-kejap demam panas. So kisahnya masa tu rumah sewa mak pak aku belakang rumah tu ada kolam. Cantik jugak kolam tu. Tak besar sangat tak kecik sangat. Ada pokok mati kat dalam kolam tu dan keadaan kolam tu macam bersih je la. Takde la semak samun ke apa.

Masa tu aku sekolah rendah lagi. Aku ni memang suka main kat belakang rumah sorang-sorang. Sebab kat belakang tu ada pangkin untuk mak aku melepak dengan jiran-jiran. Kalau mak aku membawang lagi seronok la aku main kat belakang tu. Tak la keseorangan dan kesepian. Kakak abang aku skolah asrama semua. Jadi memang takde la kawan aku.

Rumah kami tu nak kata seram takde jugak cumanya, bilik kakak aku yg mengadap ke depan rumah tu selalu la tingkap bilik dia di ketuk (antu ketuk-ketuk lagi kakakakakaakka). Kalau kakak aku balik je mesti akan ada malam-malam yg dilari masuk tido bilik mak aku. Dan aku dah tentu la tido dengan mak pak aku.

So ada la satu hari tu aku demam panas macam biasa sampai tak boleh bangun. Jadi mak aku biarkan la aku tidur dalam bilik dan dia buat kerja rumah kat luar. Aku yakin masa aku aku dah kebah sikit dan aku tak tidur. Cuma apa yg aku rasa suasana dalam bilik tu kelam je. Sunyi takde sebarang bunyi. Dan tiba-tiba aku yang tengah baring tu tertoleh ke tingkap, langsir bertutup tingkap pun bertutup. Apa yg aku nampak bayangan seorang lelaki yang besar dah sama tinggi dengan tinggap tu. Ye tingkap tu tinggi sebab design rumah tu bahagian bilik lagi tinggi dari hall. Jadi ketinggian tingkap ke lantai bawah kat luar tu memang tinggi. Kalau orang biasa lalu boleh nampak kepala je kat tingkap tu.

Dan lelaki yang besar dan hitam tu memakai songkok dan berjalan dengan perlahan. Aku cuba menjerit panggil mak aku tapi tak keluar suara aku. Aku rasa dah abis kuat aku jerit tapi tah kemana suara aku hilang. Gigil-gigil satu badan dah aku rasa. Memang lama sangat aku rasa aku menjerit tu dan lelaki tu memang slow-mo gila lalu kat tingkap tu. Tapi lepas aku cuba menjerit banyak kali tu, akhirnya suara aku terkeluar. Menjerit-jerit aku panggil mak. Dan mak pun ikut panic sama. Pelik sebab aku menjerit-jerit.

Aku cakap kat mak aku takut sebab ada lelaki besar lalu kat tingkap tu. Aku panggil mak tapi mak tak dengar. Aku menangis-nangis. Mak aku peluk aku sampai aku tertidur balik. Tapi apa yang aku perasan bilik tu jadi cerah balik balik. Memang ada cahaya matahari masuk dari tingkap tu tak macam sebelum tu malap dan suram. Dan benda tu jadi beberapa kali bila aku demam panas sampai aku meracau. Bila aku sihat aku tanyakan mak, apa benda tu. Dia cuma jawab takde apa-apa. Pastu dia tukar topic hahahahahahhaha.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.401988 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list