CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1399|Reply: 7

[Tempatan] Phamaniaga - CEO sijil ori bukan surat sokongan.

  [Copy link]
Post time 28-8-2020 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

28 AUG 2020

SHAH ALAM – Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) melantik Datuk Zulkarnain Md Eusope sebagai Pengarah Urusan syarikat yang baharu berkuat kuasa 1 September.

Pharmaniaga dalam kenyataan hari ini berkata, Zulkarnain mempunyai pengalaman lebih 27 tahun dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, perancangan korporat, pengumpulan dana, penggabungan dan pengambilalihan.


Katanya, Zulkarnain memulakan kerjayanya pada 1991 sebagai jurutera elektrik dengan Tenaga Nasional Bhd sebelum menyertai EPE Power Corporation Bhd sebagai pengurus projek.

“Pada 2001, Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) melantik Zulkarnain sebagai penyelaras projek khusus dalam projek berkaitan kejuruteraan dan menerajui unit pembangunan perniagaan antarabangsa untuk rantau Timur Tengah/Afrika Selatan (MESA) dan Asia Selatan,” katanya.

Pada 2006, Zulkarnain menyertai syarikat tenaga antarabangsa, Empire Energy Corp dan berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan untuk memberi tumpuan kepada penstrukturan semula projek loji jana kuasa yang bermasalah di Asia Tenggara.

“Tugas beliau ialah membangunkan loji jana kuasa berasaskan arang batu di Indonesia dan menerajui usaha strategik untuk mengambil alih syarikat Indonesia.

“Pada 2010, Zulkarnain menjadi penasihat komersial dan korporat untuk pelbagai syarikat, menyediakan pembangunan perniagaan yang strategik dan khidmat nasihat,” katanya.

Pharmaniaga berkata, Zulkarnain kemudian menyertai FELCRA Bhd pada 2014 sebagai Ketua Pegawai Pelaburan, menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dua tahun kemudiannya sebelum meninggalkan syarikat itu pada Oktober 2018.

Zulkarnain kini ahli Lembaga Pengarah Daya Materials Bhd dan Institute of Plantation Management.

“Beliau seorang profesional yang mempunyai rangkaian yang baik dengan pelbagai kementerian di Malaysia dan juga pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan,” katanya.

Pharmaniaga turut mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Operasinya (COO) Mohamed Iqbal Abdul Rahman sebagai Timbalan Pengarah Urusan berkuat kuasa 1 Sept.

Mohamed Iqbal menyertai Pharmaniaga pada 2011 sebagai Pengarah Teknologi Maklumat sebelum dilantik sebagai COO pada 2012.

“Sebagai COO, beliau bertanggungjawab untuk keseluruhan operasi syarikat.

“Dengan pengalaman selama lebih 32 tahun, terutamanya dalam peningkatan sistem dan pengurusan operasi, beliau berjaya menerajui pelaksanaan sistem risikan perniagaan dan automasi proses robotik, yang membawa kepada peningkatan yang ketara kepada operasi logistik syarikat,” katanya. – Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/98654/Pharmaniaga-lantik-Zulkarnain-sebagai-pengarah-urusan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2020 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ada smirk gatai sikit.. Hahahaahah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2020 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 28-8-2020 01:37 PM
Dia ada smirk gatai sikit.. Hahahaahah..

Kau dok jauh tak sampai gatal dia...haha
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2020 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 28-8-2020 01:37 PM
Dia ada smirk gatai sikit.. Hahahaahah..

Hahaha! Nyesal dia senyum kalau tau hg nak ckp camni
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2020 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 28-8-2020 02:24 PM
Hahaha! Nyesal dia senyum kalau tau hg nak ckp camni

Hahahaha.. Naya kan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2020 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
zamzam replied at 28-8-2020 01:40 PM
Kau dok jauh tak sampai gatal dia...haha

Selamat.. Hahahaha.. Mujur lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2020 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Emm ..pharmaniaga nie syarikat farmasutikal yg di terajui oleh engineer Dan pakar IT .Bidang baru bagi CEO Dan COO.all the best
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2020 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
glump replied at 28-8-2020 03:16 PM
Emm ..pharmaniaga nie syarikat farmasutikal yg di terajui oleh engineer Dan pakar IT .Bidang baru ba ...


COO naik pangkat jadi timbalan MD. Mohamed Iqbal ni bagus...join pharmaniaga in 2011. Prior to that he was with Faber Mediserve for so many years.

Good luck to both of them!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.339775 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list