CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7432|Reply: 49

[Tempatan] Tergempar - Bekas MOT masih bertugas

  [Copy link]
Post time 26-8-2020 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Minderjeet Kaur -August 26, 2020 3:04 PM

KUALA LUMPUR: Bekas menteri pengangkutan Loke Siew Fook hari ini berkata beliau mempunyai gambar pemimpin Umno termasuk bekas perdana menteri Najib Razak menunggang motosikal tanpa topi keledar.

Katanya, Najib memakai songkok bukannya topi keledar ketika berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim.

“Sebagai bekas perdana menteri, dia boleh berkempen, tiada masalah tapi pakailah topi keledar. Saya bimbang nanti dia jatuh dan kemalangan,” katanya di Dewan Rakyat ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020, bertujuan untuk mengurangkan kes pemanduan secara melulu dalam kalangan rakyat.

Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) mempertahankan Najib dengan mengatakan ketika itu Najib hanya mahu pergi ke masjid berhampiran.

“Jangan jadikan itu sebagai isu. Saya ada di situlah, mahu pergi solat Jumaat, dekat sahaja,” kata Azeez.

Loke, yang menunjukkan beberapa gambar sebagai bukti, turut mendakwa Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk), Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) dan Annuar Musa (BN-Ketereh) turut menunggang motosikal tanpa topi keledar.

“Saya mahu beritahu gambar ini akan dihantar kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Saya sarankan penguatkuasa JPJ hantar saman kepada orang-orang ini. Jangan bagi muka,” katanya sambil menambah mereka tidak perlu bimbang kesannya kerana Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah memaklumkan tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang.

Loke juga menggesa kerajaan memastikan undang-undang diusulkan dalam RUU itu dikuatkuasakan dengan adil kepada semua rakyat, termasuk menteri dan ahli Parlimen.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/26/pemimpin-umno-tak-pakai-topi-keledar-kata-bekas-menteri-pengangkutan/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2020 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pakai helmet? Rasuah tak der ker?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 05:00 PM | Show all posts
mau ketawa takut dosa
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 05:05 PM | Show all posts
hahhahaha.....betullah PH punya olang penganggur tegar, tak de kerja nak buat. sikit2 nak viral, sikit2 reportlol:
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Rajin bekerja sejak jd pembangang ni. Eh pembangkang...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
aku x blh move on dgn minah tebulu bulu tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2020 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Rajin gila.. Terbukti.. ph sangat efisien bila jadi pembangkang
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 05:21 PM | Show all posts
kita kalau dah biasa dpt gaji RM50K keatas selama 22 bulan
tetiba hilang income
korang ingat tak giler ka
korang ingat tak stress ka
korang ingat tak migrain ka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2020 05:24 PM | Show all posts
ni umpama gila talak, nak di rujuk dah talak 3. nak di pujuk orang dah tak sudi
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 05:29 PM | Show all posts
kopokleko replied at 26-8-2020 05:24 PM
ni umpama gila talak, nak di rujuk dah talak 3. nak di pujuk orang dah tak sudi

statment bagi iols tergollek golek gelak.. nk pujuk orang dah tak sudi.. jng kata nak dengar rintihan diaorang.. dengar nama diaorang pun nak lari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2020 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Apalah korang ni. Sekurangnya dia jadi tali barut eh mata dan telinga jpj. Free pulak tu. Penjimatan besar tau.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih mimpi basah ke Ah Loke???
Bangkit laaaa.hari dah siang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
rajin puak PH mengorek ngorek berita lama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2020 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 26-8-2020 08:19 PM
rajin puak PH mengorek ngorek berita lama

Nak kaber malooo
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 11:24 PM | Show all posts
Tidak pakai topi keledar: Saman semua, termasuk Anwar, kata Loke

https://www.malaysiakini.com/news/540115

Diterbitkan Hari ini 1:42 pm
Dikemaskini Hari ini 5:17 pm



PARLIMEN l Bekas menteri pengangkutan, Anthony Loke mahu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan saman kepada pemimpin yang menunggang motosikal tidak memakai topi keledar.

Ini termasuk kepada semua wakil rakyat pembangkang dan tidak terkecuali adalah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Menunjukkan bukti bergambar di Dewan Rakyat, Loke (PH-Seremban) berkata beberapa pemimpin BN telah dirakamkan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar semasa kempen pilihan raya kecil Slim.

Mereka termasuk bekas perdana menteri Najib Razak, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, timbalan presiden parti itu, Mohamad Hasan; Menteri Belia dan Sukan, Reezal Merican Naina Merican; Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa, dan calon BN bagi kerusi Slim Mohd Zaidi Aziz.

Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) kemudian berkata bahawa dia juga ada gambar Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dan Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal yang menunggang tanpa topi keledar, dan ingin mengikut Loke dalam bertemu JPJ.

Pada sebelah petang,  Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) berkata dia juga mempunyai bukti bahawa pihak pembangkang, termasuk Anwar melakukan kesalahan yang sama.

"Saman semua, ketua pembangkang pun saman," kata Loke.

Sebelum itu, pada ucapannya, Loke berkata tidak ada masalah untuk menunggang motosikal semasa berkempen, tetapi pemimpin perlu memakai topi keledar.

“Itu (berkempen sambil naik motor) tak apa, tapi pakai la topi keledar. Tunjukkan contoh yang baik.

“Sebagai mantan PM, boleh kempen, ambil motosikal tak ada masalah, pakai la topi keledar. Saya bimbang Pekan (Najib) jatuh nanti, kemalangan,” kata Loke.



Azeez kemudian mencelah dan mempertahankan Najib, dengan berkata, ia hanya membabitkan perjalanan singkat ke masjid untuk solat Jumaat.

Loke berkata, menunggang motosikal tanpa topi keledar, termasuk di kampung, adalah jelas melanggar undang-undang yang ditetapkan oleh JPJ.

Oleh itu, katanya, ahli politik perlu memberikan contoh baik dengan memakai topi keledar.

Dia berkata, pihaknya akan menyerahkan gambar pemimpin BN yang tidak memakai topi keledar kepada JPJ agar mereka dapat mengambil tindakan selanjutnya.

“Saya nak bagi tahu bahawa gambar-gambar ini saya akan hantar ke JPJ. Saya sarankan kepada JPJ hantar saman kepada orang orang ini. Jangan bagi muka, kita laksanakan undang-undang secara sama rata.

“Pihak JPJ jangan bimbang ada backup dari PM (Muhyiddin Yassin). PM keluarkan kenyataan semalam, (dia kata) tak ada pilih kasih, semua sama rata. Kalau menteri buat salah pun menteri kena, jadi tunjukkan kita ambil tindakan,” katanya.

Muhyiddin, semalam membuat kenyataan bahawa siasatan lengkap akan dibuat terhadap Menteri Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali yang melanggar kuarantin kendiri setelah kembali dari Turki bulan lalu.



Ucapan Loke mengenai pentingnya memakai topi keledar dibuat semasa membahaskan rang undang-undang untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan.

Antara pindaan utama adalah meningkatkan hukuman ke atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.

Semasa menyokong rang undang-undang itu, Loke berkata, bahawa memandu dalam keadaan mabuk hanya menyumbang sejumlah kecil kematian di jalan raya.

Sebaliknya katanya, 22,375 kematian akibat kemalangan jalan raya dari 2015 hingga Mei 2020 melibatkan penunggang motosikal.

Ini, katanya, adalah 64 peratus daripada 34,891 jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya sepanjang tempoh tersebut.

"Hantar mesej kepada orang ramai, topi keledar penting untuk selamatkan nyawa," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2020 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai apek ni overnye...tgk kementerian dia yg paling banyak dpt project direct nego. Sure sakit hati dia tgk Wee Ka Siong buat kerja bagus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2020 05:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Semasa menyokong rang undang-undang itu, Loke berkata, bahawa memandu dalam keadaan mabuk hanya menyumbang sejumlah kecil kematian di jalan raya.



kalau jumlah kecik, kire lmbt lg la nk bertegas dlm isu mabuk ni?

siap bwk gamba lg..gigih btl kalau dh terbukti bsalah, jpj saman jela mcm biase..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2020 05:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 27-8-2020 12:16 AM
Alahai apek ni overnye...tgk kementerian dia yg paling banyak dpt project direct nego. Sure sakit ha ...

Projek direct nego yg dimaksudkan adalah renegotiate perjanjian asal yang di award secara direct nego di zaman umno bn.


Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2020 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama lah dgn ahso minum myk sawit tu. tak habes habes merempan terkilan....kesian
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2020 07:05 AM | Show all posts
patut la bekas menteri panas punggung
bab helmet pun jdi isu
rupany dah kantoi
parti sesuci embun katakan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.079617 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list