View: 1765|Reply: 14
|
[Tempatan]
PPC missing RM90M. Ada dalam account PAS agaknya
[Copy link]
|
|
Edited by zamzam at 24-8-2020 06:47 PM
After ferries break down, PPC to probe ‘missing’ RM90 mil allocation
FMT Reporters -August 24, 2020 5:58 PM
The Penang ferry service has been suspended for two days after its last two vessels developed engine trouble.
GEORGE TOWN: The Penang Port Commission (PPC) today said it will investigate the “missing” RM90 million allocation meant to buy new ferries to replace its ageing fleet.
In a statement apologising for the ferry service suspension today, PPC chairman Tan Teik Cheng said former transport minister Loke Siew Fook had pledged an allocation of RM90 million in 2018 to purchase new ferries, maintain existing ones and spruce up the terminals on both ends of the channel.
“This allocation would have greatly improved the ferry service. In fact, the ferry is a very important public service for Penangites who need to cross the sea every day.
“I have asked for Rapid Ferry to provide a report and solution on this incident. On the other hand, I will investigate why the allocation had gone missing,” he said.
His comment came on the back of a two-day suspension of the ferry service, which came to a halt after its last two vessels developed engine trouble.
Meanwhile, Tan, who is also the Penang MCA chairman, said he would oversee the transfer of the management rights of ferries from Prasarana Malaysia Bhd to Penang Port Sdn Bhd. Prasarana took over the ferry service two years ago.
FMT has contacted Loke for comment
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak senang aku nak layan citer bunuh2 org ni sebab byk berita panas kat CI |
|
|
|
|
|
|
|
Perkhidmatan feri P Pinang tertangguh pertama kali dalam tempoh 126 tahun
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1212637
Perkhidmatan feri P Pinang tertangguh pertama kali dalam tempoh 126 tahun
Predeep Nambiar dan Ainaa Aiman -August 24, 2020 5:28 PM
GEORGE TOWN: Perkhidmatan feri Pulau Pinang yang ikonik terhenti operasi sepenuhnya buat kali pertama hari ini dalam sejarah kewujudnnya selama 126 tahun selepas 2 feri terakhirnya mengalami masalah teknikal.
Dengan kerosakan enjin dikenal pasti sebagai masalah utama, operator Rapid Ferry berkata, keadaan itu menyebabkan perkhidmatan feri dihentikan untuk tempoh 2 hari ini.
Ramai penumpang terperangkap dan hanya mengetahui mengenai masalah itu melalui notis yang dipaparkan di terminal feri di George Town dan Butterworth pagi ini.
Mereka mengkritik operator feri yang memuat naik hantaran memaklumkan gangguan perkhidmatan itu pada jam 1.25 pagi.
Berikutan itu, Rapid Ferry berkata perkhidmatan feri tidak dapat disediakan selama 2 hari berikutnya kerana enjinnya perlu diperbaiki.
Pada masa sama, operator berkata, bas ulang-alik akan disediakan di kedua-dua lokasi terminal.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang Mohideen Abdul Kader berkata, berita itu amat mengejutkan memandangkan perkhidmatan feri tidak pernah tertangguh sebelum ini, walaupun ketika jambatan terminal feri Butterworth runtuh pada 1988.
“Adalah tidak bertanggungjawab untuk membenarkan perkhidmatan feri terganggu pada masa ini, sekali gus menyebabkan kesukaran dan ketidakselesaan kepada ramai orang,” katanya kepada FMT.
“Kementerian Pengangkutan mesti memulakan inkuiri berhubung keadaan menyedihkan itu dan pengabaian tugas penyelenggaraan perkhidmatan feri.”
Sementara itu, ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kota, Daniel Gooi meminta penjelasan daripada Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), yang merupakan agensi pusat yang bertanggungjawab menyelia perkhidmatan feri.
“Kenapa rakyat Pulau Pinang perlu menderita disebabkan ketidakcekapan SPPP?” katanya, selain menambah bahawa gangguan perkhidmatan itu boleh dihindari sekiranya langkah pencegahan diambil.
Beliau turut menggesa peletakan jawatan pengerusi SPPP susulan isu berkenaan.
Adun Bagan Dalam, Satees Muniandy mengalu-alukan langkah penyediaan bas ulang-alik bagi mengatasi masalah penangguhan perkhidmatan feri, tetapi menyifatkannya menggagalkan tujuan asal bagi menyediakan perjalanan lintas selat
Beliau berkata, tempoh selang 20 minit bagi perkhidmatan bas ulang-alik menyebabkan penumpang terpaksa mengambil masa lebih panjang untuk pergi ke George Town atau Butterworth, iaitu perjalanan yang biasanya mengambil masa 20 minit dengan menaiki feri.
Di Kuala Lumpur, ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng menuntut penjelasan berhubung penangguhan sementara perkhidmatan itu.
Beliau berkata, ia tidak tidak pernah berlaku, sekali gus menyifatkan gangguan perkhidmatan itu “memalukan”.
Bercakap pada sidang media di Parlimen beliau berkata, syarikat pengangkutan Prasarana berada di bawah tanggungjawab ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman dan pengerusi SPPP Tan Teik Cheng perlu memberi berhubung isu yang menimbulkan kesukaran kepada penumpang feri di Pulau Pinang.
FMT telah menghubungi Tan bagi mendapatkan komen.
Tajuddin Abdul Rahman = UMNO
Tan Teik Cheng = MCA
Balik-balik itu-itu juga akhirnya...
Semoga bermanafaat
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-8-2020 07:52 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
I.am.PH replied at 24-8-2020 07:39 PM
Perkhidmatan feri P Pinang tertangguh pertama kali dalam tempoh 126 tahun
https://mforum1.cari.com. ...
So where is the 90M? |
|
|
|
|
|
|
|
zamzam replied at 24-8-2020 07:52 PM
So where is the 90M?
Hahaha.. So 90M ni PH bagi.. Tapi hilang.. Menarik |
|
|
|
|
|
|
|
boleh check kot2 terkambus belakang rumah agen2 mamasab..
ye la takat 90m ni jualan setahun theyols jah...
|
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 24-8-2020 08:24 PM
boleh check kot2 terkambus belakang rumah agen2 mamasab..
ye la takat 90m ni jualan setahun theyo ...
Hahahaha.. Kemain mamasab buat award segala bagai.. Syok sendiri sungguh la. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo aku duk penang, aku lg rela keje dan stay je kat mainland butterworth
x kuasa nk hadap jem kt jambatan n terminal feri n travel gi pulau hari2
kalo nak g KL,naik je ETS kat butterworth tu.takyah naik flight kat bayan lepas sana |
|
|
|
|
|
|
|
akk last 2 years almost every month travel p kl psl keja. Try naik ets, letih & sakit badan la. Better naik flight, kurang skit letih. Park kete kat ofis sblh sini naik grab p airport takde sangkut jem
|
|
|
|
|
|
|
|
zamzam replied at 24-8-2020 07:52 PM
So where is the 90M?
90 million + 6.61 billion |
|
|
|
|
|
|
|
Innrukia replied at 24-8-2020 11:00 PM
akk last 2 years almost every month travel p kl psl keja. Try naik ets, letih & sakit badan la. Be ...
Ets ni letih sebab jalan keretapi kat Malaysia ni berbonggol-bonggol. Aku naik ets balik kampung mesti sakit kepala pening semua ada. Naik flight pulak menyampah kena hadap jem kat jambatan nak balik ke seberang |
|
|
|
|
|
|
|
teruk betul la politician ni. haukkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-8-2020 07:26 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
pasa replied at 24-8-2020 11:19 PM
90 million + 6.61 billion
Sikit je tu dibanding 2.6b yg didendang masa pru14 |
|
|
|
|
|
|
|
zamzam replied at 24-8-2020 07:52 PM
So where is the 90M?
Ooo..baru aku tangkap mana datang pas tu..sbb 90m eh...heheehe |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan semalam Anthony Loke suda cakap, tak jadik disperse ka? Penjawat awam ni memang sumanya hamlau |
|
|
|
|
|
|
| |
|