CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1277|Reply: 1

HUAWEI Assistant · TODAY Rangkul Anugerah Red Dot 2020

[Copy link]
Post time 20-8-2020 02:19 PM | Show all posts |Read mode
HUAWEI Assistant · TODAY merangkul Anugerah Red Dot 2020 bagi kategori Reka Bentuk Jenama dan Komunikasi Terbaik.


Berdasarkan cogan kata Red Dot "Dalam mencari reka bentuk dan kreativiti yang baik", anugerah ini membuktikan usaha HUAWEI dalam memberikan pengalaman digital pintar terbaik kepada pengguna.








Jenama ini antara yang terpilih daripada ribuan penyertaan pertandingan yang bersaing untuk mendapatkan pengiktirafan kualiti reka bentuk terbaik  di peringkat antarabangsa.


HUAWEI Assistant · TODAY merupakan pembantu peribadi digital yang menyediakan akses pantas ke pelbagai perkhidmatan tanpa perlu memuat turun aplikasi.


Semudah 'swipe' ke kanan dari skrin utama, pembantu pintar ini akan membantu pengguna mencari perkhidmatan atau maklumat ketika diperlukan walau di mana sahaja.


Dari perspektif reka bentuk, HUAWEI Assistant · TODAY memberikan pengalaman digital terbaik kepada pengguna serta mewujudkan kehidupan lebih pintar.


Selain menyediakan carian dan penemuan, akses pantas, perkhidmatan pintar serta cadangan kandungan dengan satu sentuhan, ia juga mempelajari pilihan pengguna bagi menawarkan cadangan, sekali gus mengoptimumkan pengalaman pengguna menjadi lebih intuitif.


Dengan HUAWEI Assistant · TODAY, pengguna kini dapat mencari aplikasi, tetapan dan fail di telefon pintar dengan mudah sambil mengimbas suapan berita yang disesuaikan dengan minat mereka.








Malah, ciri utama HUAWEI Assistant · TODAY merupakan kad perkhidmatan pintar yang memaparkan notifikasi dan peringatan berdasarkan senario penggunaan dan keperluan pengguna.


HUAWEI Assistant · TODAY akan terus berusaha membawa lebih banyak perkhidmatan pintar kepada pengguna menuju kehidupan seharian lebih pintar.


HUAWEI akan terus mengoptimumkan pengalaman penggunaan produk yang sempurna supaya dapat menawarkan pengguna pengalaman serupa dengan memiliki pembantu peribadi dalam aktiviti seharian mereka. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2021 11:42 PM | Show all posts
Congratulations huawei
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.251043 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list