"Lipas, darah dan sampah 'mata lalat' sahaja yg tajam. Tegur lah dengan baik."
Kredit foto: IG Aliff/Abu Syafiq
Nampaknya, semakin ramai tampil memberi pandangan berhubung isu yang berlaku di resort Datuk Seri Aliff Syukri, baru-baru ini termasuk Ustaz Abu Syafiq.
Menerusi hantaran di Instagram, Abu Syafiq memberi teguran supaya tidak memburuk-burukkan perniagaan orang lain dengan mendedahkan keburukan mereka.
Kredit foto: IG Abu Syafiq
"erbuatan memburuk-burukkan perniagaan orang lain dengan membuka aib sedangkan anda boleh tegur secara harmoni adalah amalan yang perlu dijauhi," tulisnya.
Malah, dalam hantarannya sebelum itu Abu Syafiq mengecam tindakan Aliff sebagai sombong walaupun tidak menyebut gerangan individu tersebut memandangkan mereka ada sejarah 'saman-menyaman' sebelum ini.
Lebih panas, dia mendakwa rumah penginapan berkenaan tidak memiliki kelulusan rasmi.
Kredit foto: IG Abu Syafiq
"Malulah jadi jutawan berlagak sombong hina pelanggan buat fintah sana sini," ujarnya. - CARI
Baca Juga: "Kami Dapat Bilik Ada Anai-anai Pun Relaks Je" - Abby Abadi Sokong Aliff Syukri?
Baca Juga: 'Dulu Aku Pun Kaki Backup Dia' - Kak Mel Sindir Aliff Syukri Ego
Baca Juga: "Terima Kasih Viralkan Resort Saya" - Aliff Syukri Dedah Perangai Jakun Penginap
Baca Juga: Saman Pendakwah Sebab Fitnah? 1 Bilion Ustaz Abu Nak Saman Balas Aliff Syukri! |