CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5063|Reply: 32

[Politik] 6 Ahli Parlimen Amanah Bersama Bersatu Sertai Muafakat Nasional?

[Copy link]
Post time 19-8-2020 02:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by lipans at 19-8-2020 02:23 PM

6 Ahli Parlimen Amanah Bersama Bersatu Sertai Muafakat Nasional?



Enam Ahli Parlimen Amanah dijangka akan keluar parti untuk bersama Bersatu menyertai Muafakat Nasional.

Difahamkan, kumpulan itu akan diketuai bekas Menteri, YB Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Pulai.

Selain itu, YB Hasanuddin Mohd Yunus (Hulu Langat), YB Dr Hasan Baharom (Tampin), YB Mohd Anuar Tahir (Temerloh), YB Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan YB Dr Mohd Hatta Ramli (Lumut) disebut-sebut akan turut menyertai Bersatu.

Sementara itu, penyertaan seorang lagi Ahli Parlimen Amanah iaitu YB Mahfuz Omar (Pokok Sena) tidak diterima oleh pihak Bersatu kerana difahamkan beliau meletakkan syarat mahu kekal sebagai calon di parlimen tersebut pada PRU ke 15.

Katanya lagi, pengumuman itu akan dibuat serentak dalam satu majlis bersama 11 lagi Ahli Parlimen PKR yang keluar parti diketuai oleh YB Dato’ Seri Azmin Ali pada minggu depan.

Kata sumber itu, dengan penyertaan tersebut ahli Parlimen Bersatu akan bertambah menjadi kira-kira 40 orang dan seterusnya menjadi parti terbesar dalam Muafakat Nasional. MToday

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2020 02:23 PM | Show all posts
Kita tunggu

Dengar khabar sana sini begitu begini ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2020 02:24 PM | Show all posts
Mahfuz Omar tak malu, nak masuk bersatu tapi & kekalkan dia sebagai calon pokok sena.

Nampak sangat nak lompat sebab tahu akan kalah kalau guna logo Amanah nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuaciiiii.. Kena beli kuaci.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 02:43 PM | Show all posts
dah penat jadi khadam ke? takpe la asalkan sabu & khalid setia jadi khadam..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 02:47 PM | Show all posts
masih ada kekosongan jawatan menteri ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2020 02:50 PM | Show all posts


lompat si katak lompat
lompat smp pru
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada lagi ker jawatan glc yg kosong? Haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2020 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru khabar angin .
Usah cepat percaya, sekarang  ada memacam cerite
entah betul entah idak.




Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 04:01 PM | Show all posts
selepas kena boo dgn umngok.
kita tunggu bersatu ziarah majlis pas plak.

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 04:07 PM | Show all posts
Sesat di hujung jalan

balik ke pangkal jalan

PAS tu pun asalnya dari umno

Bersatu pun sama

PAN pulak asal dari tat eh silap, PAS
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2020 04:18 PM | Show all posts
Mengapa ahli parlimen Bersatu, PKR dan Pan ingin menyertai Muafakat Nasional menjelang PRU15 nanti? Ini jawapannya...
HAKIKAT MENGAPA AHLI-AHLI PARLIMEN BERSATU, PKR DAN PAN INGIN MENYERTAI MUAFAKAT NASIONAL MENJELANG PRU-15




Hari ini ada ura-ura bahawa beberapa pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) akan menyertai Muafakat Nasional (MN).

Parti Bersatu (PPBM) juga telah membuat keputusan untuk menyertai MN minggu lepas.

Seorang menteri Bersatu berkata bahawa ada kemungkinan yang parti Pejuang juga lambat laun akan menyertai Muafakat Nasional.

Ramai ahli-ahli Parlimen yang dahulunya menang dalam pilihanraya umum ke-14 di atas platform PH kini berpusu-pusu ingin menyertai MN sebelum PRU-15.

Ini sudah dijangka.

Ini kerana mereka tahu peluang mereka untuk menang pilihanraya sekali lagi di kerusi mereka kali ini adalah gelap dan malap jika mereka kekal, kembali bersama PH, atau bertanding bersendirian.

Mereka tahu hakikat yang orang-orang Melayu tidak lagi menyokong mereka.

Ini terbukti dengan kekalahan teruk mereka dalam pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum ini terutama di kawasan-kawasan Melayu.

Bagi ahli-ahli parlimen ini, kebanyakan dari mereka menang dalam PRU-14 yang lepas kerana perpecahan undi antara UMNO dan PAS.

Tetapi kini dengan penyatuan UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional, ahli-ahli Parlimen PPBM, PKR dan PAN ini besar kemungkinan akan kalah teruk dalam PRU-15 jika mereka bertanding menentang MN.

Dan sebelum ini walaupun rata-rata orang-orang Melayu tidak mengundi mereka, mereka telah menang dalam PRU-14 kerana undi Cina.

Berpuluh-ribu ribu atau secara purata 95% daripada pengundi Cina telah mengundi di setiap kawasan mereka yang telah menyumbang kepada kemenangan kerusi mereka dalam PRU-14.

Namun kini pengundi-pengundi Cina juga tentunya tidak akan mengundi mereka lagi terutama kepada ahli-ahli Parlimen Bersatu dan bekas ahli-ahli Parlimen PKR bersama Azmin.

Kerana bagi pengundi-pengundi Cina ini, ahli-ahli Parlimen inilah yang telah mengkhianati dan menjatuhkan kerajaan PH yang mereka undi dulu.

Ahli-ahli Parlimen ini sedar bahawa untuk bertanding dan menang pilihanraya semula kali ini, mereka tidak ada banyak pilihan lain selain menyertai Muafakat Nasional.

Pepatah Inggeris menyebut, "If you can't beat them, join them." (jika anda tidak boleh mengalahkan mereka, sertai mereka).

Oleh itu, untuk kekal memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen pada dan selepas PRU-15 akan datang, ahli-ahli Parlimen ini kini terpaksa cuba mengambil kesempatan bertanding dan menang di atas platform Muafakat Nasional pula.

Mereka tahu kini mereka perlu menggunakan jentera, ahli, penyokong dan pengundi-pengundi UMNO dan PAS untuk bertanding, menang dan mengekalkan kerusi-kerusi mereka.

Namun jika mereka berjaya mengekalkan kerusi mereka melalui jalan ini, belum tentu mereka akan kekal dalam Muafakat Nasional selepas PRU-15.

Ini kerana di antara mereka mempunyai kecenderungan, sikap dan sejarah melompat parti untuk kepentingan diri sebelum ini.

Penyatuan Melayu hanyalah alasan bagi mereka untuk mencapai tujuan di atas.

Jika mereka betul-betul kisah tentang penyatuan Melayu, sudah lama sepatutnya mereka menyertai MN, bukan setelah melihat parti mereka kalah beberapa kali dalam pilihanraya kecil dan setelah menyedari kedudukan kerusi mereka tergugat.

Dan jika mereka ikhlas untuk menyatukan orang-orang Melayu, mereka sepatutnya membubarkan parti mereka dan kembali menyertai UMNO atau PAS.

Ini lebih baik memandangkan penyatuan Melayu tidak akan kukuh dengan adanya banyak parti Melayu.

Dan jika mereka ikhlas untuk menyatukan orang-orang Melayu, mereka boleh masuk MN namun tanpa meletakkan syarat untuk bertanding pilihanraya di atas platform MN.

Sebab jika mereka memaksa untuk menyertai MN untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang di kerusi sedia ada lantas memaksa UMNO dan PAS untuk berundur dan tidak meletakkan calon bagi memberi laluan kepada mereka, maka kerusi-kerusi yang sebenarnya boleh dimenangi oleh UMNO atau PAS dengan kerjasama sebelum ini kini akan berhadapan dengan risiko kekalahan kerana penolakan akar umbi terhadap calon yang melompat ini.

Jika ini berlaku, Muafakat Nasional akan rugi dan peluang kita untuk membentuk kerajaan akan disia-siakan.

Kita perlu bijak dalam menangani dinamik politik ini dan perlu mendengar denyut nadi dan saranan akar umbi.

ISHAM JALIL
19 Ogos 2020

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 04:28 PM | Show all posts
Presiden kalo join sama, kembali berzikir la seseorang tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2020 04:32 PM | Show all posts
Di kawasan majoriti melayu, PH letak siapa pun akan kena tapau sekarang.

So, ibarat pepatah, if you cannot beat them, join them.

Elephant fight elephant, grass will suffer dah tak relevant.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 04:48 PM | Show all posts
Pas ni bongok jgk. canang sana sini......end up kena game. stupid sungguh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2020 05:02 PM | Show all posts
batusembilan replied at 19-8-2020 04:48 PM
Pas ni bongok jgk. canang sana sini......end up kena game. stupid sungguh.

tu la pasal. tak menyempat-nyempat nak umum.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2020 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
batusembilan replied at 19-8-2020 04:48 PM
Pas ni bongok jgk. canang sana sini......end up kena game. stupid sungguh.

Tak terbaca pulak pas ada buat pengumuman. Kat mana yg kata pas buat pengumuman?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
batusembilan replied at 19-8-2020 04:48 PM
Pas ni bongok jgk. canang sana sini......end up kena game. stupid sungguh.

Bila pas umum?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 08:55 PM | Show all posts
aku tergelak nama khalid samad xde.tpi dr dzul tu jgnlaa.dia neh ada potensi  jadi tpm ke hapa kaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Masing2 dah kecut bimbang hilang kerusi parlimen selagi bawah PAN

nak harap duit cina DAP pun, gon jeng dah kantoi kena dakwa rasuah

nak tak nak kena jadi lalang

kalo abah join umno bubar bersatu, apa ex PAN tat semua ni nak buat

haha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.072648 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list