"Bukanlah kata nak puji anak sendiri, tapi Shiha sanggup tolak show walaupun mahal kalau saya tak dibenarkan masuk."
Penyanyi Shiha Zikir rela dilabel anak manja atau mengada-ngada kerana meletakkan syarat mesti membawa ibunya ke mana-mana seperti dilaporkan portal Majalah Nona.
Kredit foto : IG
Menurut ibunya, Rohana Ibrahim 60, dia berasa bertuah kerana anak bongsunya sentiasa mengutamakan dirinya biar pun sudah bergelar artis terkenal.
"Shiha ada prinsip dia sendiri. Aunty pernahlah juga datang ke satu show ni. Bila dah sampai, mereka tak bagi masuk, katanya orang pakai tudung tak boleh masuk."
Kredit foto : IG
Shiha turut menjelaskan situasi itu nampak pelik dan mula merasakan ada yang tidak kena.
"Sampai pertengahan show tu baru saya sedar ia bukan dinner 'biasa-biasa' sebaliknya ada acara yang bertentangan dengan agama kita. Tanpa fikir panjang, saya terus panggil kawan yang juga penyanyi datang gantikan persembahan."
Kredit foto : IG
Tidak hanya itu, Shiha juga turut memberikan keselesaan kepada ibunya dengan menghadiahkan kereta Vellfire dan barang kemas setiap tahun.
Bagi Shiha sendiri yang mula menyanyi seawal tahun 2010, dia bersyukur dengan rezeki diterimanya.
Kredit foto : IG
"Tiap minggu ada saja jemputan persembahan 'dinner'. Alhamdulillah, rezeki saya cukup mungkin sebab jaga mak dari dulu lagi sejak arwah bapa meninggal pada 2008."
Patutlah murah rezeki, rahsianya Shiha Zikir sentiasa mengutamakan ibu dalam apa jua keputusan. - CARI
|