#CintaSusu diiringi emoji gembira daripada selebriti Neelofa memeriahkan ruang Twitter dengan usikan netizen. Manakan tidak, gambar yang turut dimuat naik bersama tanda pagar itu rupa-rupanya adalah pasangan pengantin baru yang bertemu jodoh menerusi penjualan susu jenama artis tersebut.
Pasangan pengantin Siti Hamima dan Shakir Azman berkongsi cerita dengan pembaca Facebook mengenai perkenalan mereka yang bermula sebagai penjual dan pembeli.
Kredit foto :Twitter
Menurut Siti Hamima, ianya adalah detik perkenalan mereka dan seterusnya membawa ke jenjang pelamin. Turut disertakan gambar kedua-duanya ketika baru bertemu dan juga selepas disahkan menjadi suami isteri.
Malah, Neelofa turut bergembira dengan situasi tersebut dan mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.
Kredit foto : FB
Dengan tularnya cerita tersebut, ramai peminat Neelofa mula berangan untuk bertemu jodoh ketika menjual susu Nilofa.
Kredit foto : FB
Alahai comelnya, bertemu, bercinta hingga ke jenjang pelamin dengan susu. Lebih menarik apabila mendapat perhatian daripada selebriti Neelofa. Tapi, empunya badan bila pula? - CARI
|