CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9105|Reply: 56

Tak Kisah Dikecam, Ellie Suriaty Desak KKMM Segerakan Lesen Kepada YouTubers

[Copy link]
Post time 7-8-2020 12:36 PM | Show all posts |Read mode
Pengarah dan pelakon Ellie Suriaty Omar mendesak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menyegerakan lesen untuk pemilik saluran YouTube.




Kredit foto: FB



“Sebagai pemain industri kami nak utarakan pendapat sebab ini platform anak seni sebelum sebarang penambahbaikan dilaksana kerajaan.

“Kami mahu akta baru yang lebih kukuh dan boleh membawa kebaikan menyeluruh kepada pelakon, penerbit, royalti dan muzik.

“Antara penambahbaikan itu, menteri diseru melaksanakan lesen pengguna YouTube kerana mereka berjaya dengan kandungan kreatif disiarkan,” katanya pada sidang media diskusi Gabung Anak Seni berkenaan Akta Finas 198: Relevan Yang Terbatal? di Petaling Jaya semalam, lapor MalaysiaKini.


Ellie, 50, menegaskan langkah itu perlu bagi mengelak pemilik saluran YouTube mengaut keuntungan peribadi.

“Sekiranya mereka ingin mengecam saya, silakan. Kami ada alasan tersendiri kenapa menggesa kerajaan untuk melaksanakan lesen tersebut.

“Kenapa tidak kamu (pemilik saluran YouTube) membayar lesen? Tak suka saya cakap macam tu? Dah tu, kamu hasilkan kandungan kreatif," katanya.




Kredit foto: MalaysiaKini




Pengguna Facebook dan TikTok tidak perlu bimbang kerana Ellie menjelaskan bahawa mereka tidak terbabit dengan cadangan itu dan menganggap mereka sebagai pengguna home video. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2020 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Eli ni walau gaya macam mana, tetap nampak desa.. tapi suka tgk dia berlakon dalam 7 romadon
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah ada instafamous troll sekarang kena ada lesen FINAS
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 7-8-2020 12:42 PM
Eli ni walau gaya macam mana, tetap nampak desa.. tapi suka tgk dia berlakon dalam 7 romadon

Cer chuols tgk pilem heshe zaman 90s dulu called spinning gasing
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni lagi sekor. Zaman dah berubah acik. Zaman perkongsian maklumat tanpa sempadan ni, siapa2 pun boleh jadi content creator tanpa perlu ada lesen finas untuk dapat siaran.. takyah nak susah2 pitching. Kalau tak mcm skrg laaa... banyak content sampah je kat tv. Puihhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 12:56 PM | Show all posts
SUDAH la kau!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2020 01:00 PM | Show all posts
Ada medium/platform free  tak nyusahkan manusia dengan tetek bengek birokrasi kau pergi minta lesen, bodo ke BODO?

Apa masalah individu mengaut keuntungan PERIBADI?  Derang mencuri ke?

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Jelous youtuber lg kaya dari retis sendu la tu. Semak la dia ni. Dah 2020 biar la org nak jd content creator. Nak lesen2 mende
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2020 01:08 PM | Show all posts
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 12:09 PM
cikpisang replied at 7-8-2020 01:02 PM
Jelous youtuber lg kaya dari retis sendu la tu. Semak la dia ni. Dah 2020 biar la org nak jd content ...

...........

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 01:10 PM | Show all posts
so dengan kata lain, yang gigih berusaha ala sugu pavitra, yang dapat kumpol duit nanti kroni2 finas?
influencer / retis tu semua tetiap tahun kena declare income tax la...
takde benefit pun dkt gamers yg streaming game dkt youtube, atau acik2 yg share resipi masakan dkt youtube... nothing to do with anak seni yach
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 01:12 PM | Show all posts
Acikgomen replied at 7-8-2020 12:48 PM
Cer chuols tgk pilem heshe zaman 90s dulu called spinning gasing

yes i like that movie, siap beli vcd as personal collection. Storyline dia macam style arwah yasmin ahmad sikit
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cikpisang at 7-8-2020 01:16 PM
Cik_jantung replied at 7-8-2020 01:08 PM
Kann...

youtuber tu semua inisiatif sendiri tambah income hidup dorang.


Betul. Youtuber modal pun sendiri. Byk je youtuber bagus. Yang diorg dlm industri ni ramai yg dapat grant filem drama ratus2 ribu brp percent plk masuk poket sendiri pastu buat cerita sampah jugak balik2 benda sama. Taknak berkembang pastu royan org taknak tengok karya diorg.

Cuba tengok keluarga iskandar tu. Even konsep adaptation dari series modern family tp still lain dari lain and fresh kat malaysia. Org nak je tengok cerita melayu kalau berkualiti
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
dah hidup kau sendu takkan kau nak org lain pun kena hidup sendu gak mcm kau.. nasib kau la sape suroh x pandai main youtube!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmm instead of against them why not joining them.. iols rasa perlesenan youtube bukan langkah yg bijak. Sedangkan untuk membuka akaun youtube itu sendiri pun free..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 02:09 PM | Show all posts
mungkin dia cuba expose dirinya yg semakin dilupakan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 02:32 PM | Show all posts
azman124 replied at 7-8-2020 02:24 PM
pergi lantak dia lah desa ke apa? hina sgt ke nmpk kampung bodoh? drpd kau golongan LGBT dilaknat  ...

another mn yg serang aku tiba2... woi bangsat! ada aku kutuk rupa paras dia buruk hina macam aku kutuk kau ke bangs*t?????
ada aku selitkan semua benda negatif dalam posting aku macam kau ke bangs*t??
apa kau jenis bodoh hina tak baca sampai habis ayat aku yg aku suka dia berlakon?? apa bodoh kau ni manusia hina? saiko, meroyan tak sudah??
kalau aku sampai, kau lagi hina sebab kau najis paling berat, sebab tu kau takde kawan, sebab tu meroyan je keje kau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2020 02:54 PM | Show all posts
sheols ni iols teringat dekat cerita Dalam Hati Ada Cinta, sheols gaduh dgan adik play by umie aida rebutkan ako setapa...

tapi aritu umie aida ad kutuk sheols kan psal kes sheols menjerit2 bila BN kalah PRU lepas
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheol dah 50??
Padanlah gigi bawah pun dah hilang sebatang...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 03:30 PM | Show all posts
Terfikir pula youtuber2 yang income besar2 ni diorang dikenakan cukai pendapatan ke tak ya?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 03:35 PM | Show all posts
aiiii merempan pulak ye bila orang layan yt.... abis takkan nak suruh orang layan drama melayu pasal megah holding je zaman berzaman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.063184 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list