View: 1239|Reply: 4
|
Ajaib! Budak 9 Tahun Tak Sedar Peluru Sesat Tembusi Otak
[Copy link]
|
|
Kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun tidak menyedari sebutir peluru menembusi otaknya ketika sambutan Aidil Adha, baru-baru ini.
Kanak-kanak dari Baitulmugaddis Timur itu dibawa ke hospital oleh ibu bapanya yang bimbang anak mereka sering mengantuk.
Menurut laporan Daily Mail, mangsa dalam keadaan sedar ketika dibawa ke Pusat Perubatan Hadassah.
Kredit foto: Daily Mail
Selepas mendapati luka kecil di kulit kepalanya, doktor terus melakukan imbasan CT dan terkejut apabila menemui sebutir peluru di dalam kepalanya menembusi otak.
Kanak-kanak itu bernasib baik pembedahan mengeluarkan peluru berkenaan berjaya dan dia berada dalam keadaan stabil, boleh berkomunikasi dengan baik.
Pakar bedah saraf Guy Elor memberitahu Times of Israel bahawa ibu bapa kanak-kanak dari Ras al-Amud itu langsung tidak menyedari anak mereka terkena tembakan.
Ibu mangsa sebaliknya mendakwa anaknya bermain dengan rakan-rakan sebelum berlaku sesuatu, mungkin sesuatu terjatuh di atas kepalanya. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah kesiannye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebak... Dorang bermain pun dalam keadaan tak tenang, ada je kejadian tembak tembak |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur masih selamat. Kuatnya semangat budak ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|