Jenaka "Gold digger" sangat digemari oleh 'content creator' di barat sehingga mereka menghasilkan banyak 'prank' tersebut. Ianya diikuti negara lain seperti Malaysia yang diolah mengikut cita rasa penduduk tempatan.
Terbaharu, seorang lelaki bersetuju dengan permintaan sebuah produksi untuk menguji kesetiaan teman wanitanya. Dengan menawarkan RM20,000 kepada wanita tersebut dengan syarat meninggalkan teman lelakinya membuatkan wanita itu 'gelap mata'.
Namun, apabila diberitahu ianya adalah 'prank' serta lelaki itu tersedar dengan kejujuran pasangannya, keadaan menjadi panas.
Persoalannya, perlukah 'prank' ini dilakukan untuk menguji pasangan? Lebih jijik apabila situasi 'prank' itu menjadi bahan kepada 'content creator' meraih jumlah tontonan yang banyak.
Pelbagai pendapat diutarakan warganet. Masing-masing mempunyai hujah tersendiri. Rata-rata bersetuju supaya wanita itu meninggalkan teman lelakinya kerana jika ada kepercayaan, isu sebegini tidak akan wujud.
Sementelah lagi, situasi wanita itu sendiri yang tidak mempunyai kerja mungkin membuatkan dirinya menerima tawaran menjadi penyanyi dengan nilai RM20,000.
Jadi, siapa yang bersalah? Lelaki yang tidak percayakan pasangannya atau wanita yang terdesak?
kredit foto : Twitter
Kredit foto : Twitter
Manakala, satu golongan lagi yang percayakan ujian 'gold digger' ini sangat penting untuk menilai kehidupan selepas berkahwin nanti.
Kredit foto : Twitter
Kredit foto : Twitter
Bagaimanapun, ada yang tidak kena apabila ujian sebegini hanya menyasarkan perempuan semata-mata. Mengapa, lelaki tiada yang materialistik? Dan antara sedar atau tidak, ramai yang dipergunakan oleh puak yang dipanggil 'content creator' ini.
Kredit foto : Twitter
Prank 'gold digger' di barat
Jadi, bagaimana? Ada yang percaya dengan permainan 'gold digger' ini? - CARI
|