Meghan Markle didakwa menuduh pemimpin dunia mengabaikan suara golongan belia dalam usaha memerangi perubahan iklim dan ketidakadilan kaum dalam ucapan pertamanya sejak meninggalkan keluarga Diraja Britain.
Isteri kepada Putera Harry itu berkata demikian ketika berucap secara dalam talian di Sidang Kemuncak Kepimpinan Global Girl Up.
Kredit foto: The Sun
Meghan mengatakan wanita perlu sedar bahawa mereka yang berkuasa "bergantung" kepada wanita.
"Saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda. Semua yang berkuasa termasuk penggubal undang-undang dan pemimping dunia, mereka semua bergantung kepada anda (wanita) lebih daripada anda akan bergantung pada mereka.
"Mereka sedar mengenainya, namun kebanyakan mereka tetap tidak mendengar (suara belia).
"Naluri anda akan memberitahu apa yang betul dan apa yang salah, mana yang adil dan mana yang tidak. Bahagian yang paling sukar, juga sukar bagi saya adalah untuk menunjukkan pendirian anda dengan mengambil tindakan," katanya.
Kredit foto: Harper's Bazaar
Meghan juga menggesa wanita untuk "mengabaikan suara negatif yang cuba menjatuhkan mereka.
Tindakan Meghan itu dipercayai sebagai sindiran kepada pihak yang telah melayannya dengan tidak adil sepanjang dia tinggal di Britain sebelum ini. - CARI |