"Bukan menteri yang patut Nisha nasihatkan, tapi nasihatkanlah Sajat supaya berhati-hati."
Rentetan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Mohamad yang memberi lesen penuh kepada pihak berkuasa bagi mengambil tindakan terhadap transgender berisiko mendapat perhatian aktivis transgender, Nisha Ayub yang berpendapat ianya hanya mendiksriminasi lagi golongan itu.
Luahan itu menerima pendapat yang pelbagai, antaranya daripada pengarah drama, Shahrulezad yang berpandangan persekitaran tidak selamat yang dimaksudkan oleh Nisha itu sendiri berpunca dari golongan transgender juga.
Jadi, adalah tidak adil menyatakan mereka dianaktirikan, tetapi dalam masa sama golongan mereka sendiri yang suka memprovokasi.
Kredit foto G
Bagi Ezad, golongan pondan seperti Sajat dan Safiey lah yang menyebabkan rasa tidak selesa majoriti rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu yang masih berpegang pada nilai-nilai agama.
Kredit foto : IG
Malah, situasi sebenarnya adalah ramai yang tidak kisah dengan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) selagi mereka tidak beraksi keterlaluan.
"Jangan kan pondan, tapi kalau perempuan betul sekali pun pasti akan dikecam dan menimbulkan aksi tidak selesa kalau beraksi berbikini terliuk lintuk di media sosial."
Kredit foto : IG
Menurut Ezad lagi, Nisha sepatutnya menegur Sajat kerana aksinya yang menimbulkan perbalahan dan bukannya meminta perhatian Menteri seolah-olah mereka pula yang ditindas.
"Jadilah pondan yang dihormati masyarakat. Bila dah jadi macam ni, jangan nak salahkan majoriti yang mula benci dengan apa yang dah terjadi. Kebencian ini berpunca daripada diri anda sendiri. Bukannya dari kami."
Teguran Ezad itu disokong pengikutnya dan juga aktres, Rita Rudaini.
Kredit foto : IG
Jadi, sebelum menunding jari ke arah pihak berkuasa, rasanya Nisha perlu menasihati kaum sendiri agar tidak lagi cuba menguji sensitiviti majoriti masyarakat Malaysia. - CARI
|