Bayangkan kediaman yang seharusnya menjadi rumahku syurgaku bertukar menjadi neraka?
Itulah yang terpaksa dihadapi segelintir masyarakat Malaysia ketika berhadapan dengan kerenah jiran. Lebih menyedihkan apabila adab berjiran juga semakin hilang dengan tidak menjaga sensitiviti jiran lain.
Pengguna Facebook, Shazlin Nazli meluahkannya apabila pangsapuri yang didudukinya dipenuhi sampah serta bahan buangan yang dicampak merata-rata hingga menyusahkan dirinya dan jiran yang lain.
Antara yang dilemparkan ke luar tingkap adalah tuala wanita yang melekat pada piring Astro, perut ikan dan plastik sampah yang dicampak sesuka hati.
Kredit foto: FB
Menurut Shazlin, masalah ini pernah diadukan kepada Persatuan Penduduk dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), namun tiada tindakan diambil kerana tiada bukti jelas siapa yang melakukannya.
Patutlah ianya semakin berleluasa kerana tiada tindakan diambil terhadap pesalah ini.
Kredit foto : FB
Tuala wanita yang menjijikkan - FB
Walaupun ianya disebabkan mentaliti individu itu sendiri yang tidak peka dengan keadaan sekeliling, namun ada juga yang menunding kesalahan itu terhadap penduduk angkasapuri semata-mata. Betul ke orang flat macam tu?
Kredit foto : FB
Perut ikan yang dicampak ke luar - FB
Memang menjijikkan dengan pelbagai bahan buangan yang tidak masuk dek akal. Tetapi, adakah wajar menyalahkan kesemua penduduk flat hanya kerana sikap segelintir manusia tidak beradab? Anda rasa bagaimana? - CARI
|