Kredit foto: IG Safiey & Sajat
Kebelakangan ini, kecoh dengan isu Sajat yang semakin menyeksi, menayang ;asetnya'. Ramai mempersoalkan kenapa jabatan agama tidak mengenakan tindakan ke atas Sajat yang terang-terang berpakaian seperti wanita walaupun menteri agama telah mengesahkan yang Sajat dilahirkan dan didaftarkan sebagai lelaki.
Kredit foto: IG Safiey
Ini penjelasan Safiey Illias yang katanya bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dalam masa terdekat soal kenapa Sajat tidak dikenakan tindakan.
Merujuk Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997), Safiey berkata yang akta itu jelas menunjukkan pihak pendakwa raya perlu membuktikan Sajat telah melakukan sesuatu yang bertujuan tidak bermoral, di mana dan bila perbuatan itu berlaku.
Begitu sedikit sebanyak petikan huraian undang-undang dinyatakan Safiey yang 'bakal menjadi peguam'. Mungkin ada pakar undang-undang yang lebih arif boleh memberikan pandangan.
Mengakui Sajat sebagai rakan seperjuangannya, secara tidak langsung Safiey juga turut mengiyakan bahawa Sajat sebenarnya seorang lelaki.
Semoga kedua-dua insan bernama Safiey dan Sajat ini diberikan kekuatan untuk berubah menjadi lebih baik. - CARI
|