Edited by ipes2 at 10-7-2020 04:56 AM
Berdasarkan info dari UPI dari YonHap (9 Jul 2020 / 10Jul 2020 Malaysian Time)
Adik perempuan Dictator Kim Jong Un, Miss Kim Yo Jong, disaman hari ini oleh Lee Kyung-Jae, seorang peguam dari Korea Selatan atas tuduhan memusnahkan ‘Inter-Korea Liasion Building’ bulan lepas.
Bangunan itu dibina, ditanggung, diselenggara dan dibekalkan elektrik dari Korea Selatan. Undang2 Korea Selatan tidak membenarkan penggunaan bahan peletup untuk merosakkan mana2 binaan. Pemusnahan bangunan tersebut telah diarahkan oleh Miss Yo Jong. Sebelum itu, Miss Yo Jong telah mengumumkan, Korea Utara akan memusnahkan bangunan yang ‘’useless’’ itu.
Bintang Kim Yo Jong sekarang ini telah mula menyerlah dimata dunia dan mula mendapat perhatian antarabangsa dengan kuasa2 baru yang mula dimilikinya. Didalam internet, populariti Miss Yo Jong telah naik dengan cepat, termasuklah dikalangan peminat2 antarabangsa.
Mysterious, aloof, berkuasa, keras, 'bad', juga arrogant tetapi nampak lembut;kombinasi kriteria2 sebegini selalu menarik minat lelaki mahupun wanita, dan saya termasuk sama.
|