CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22572|Reply: 4

14 Tasik ‘Port’ Memancing & Pakej View Best Di Malaysia

[Copy link]
Post time 7-7-2020 05:44 PM | Show all posts |Read mode

Agenda memancing boleh juga dijadikan rancangan untuk percutian yang lebih memuaskan. Sesekali bercuti dengan menguji kesabaran menanti pancingan ikan, tentu lebih menarik. Berikut beberapa lokasi percutian untuk yang gemar aktiviti memancing.

Tasik Kenyir, Terengganu



Tasik ini merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia. Lokasi ini merupakan kediaman kepada pelbagai spesis ikan air tawar dan kehidupan liar eksotik sehingga membuatkannya terkenal sebagai ‘port’ untuk kaki pancing. Jika anda minat memancing tetapi datang sehelai sepinggang, usah risau kerana peralatan untuk memancing, berenang, berkayak, berlayar dan merentas hutan ada disediakan di kebanyakan resort berdekatan tasik ini. Tasik ini dinilai sebagai antara tarikan pelancong yang terbaik buat pencinta alam semulajadi, penggemar memancing dan juga jurugambar.

Tasik Temenggor, Perak

IKLAN




Tasik buatan manusia terbesar di Perak ini merupakan lokasi sesuai untuk pencinta alam sekitar kerana dikelilingi keindahan flora dan fauna. Jika anda mahu memancing ikan air tawar seperti baung, tenggalan dan kelah, sinilah lokasi yang patut ditujukan sepanjang percutian nanti. Pulau Cendana adalah sebuah pulau yang terdapat di tasik ini.

Tasik Bera, Pahang

Tasik semulajadi yang terbesar di Malaysia ini merupakan syurga buat kaki pancing. Tasik Bera menawarkan perkhidmatan bermain perahu, berkayak, memancing dan merentas hutan. Bulan-bulan hujan yang lembab dari April hingga Mei dan dari September hingga Januari menawarkan penggemar-penggemar memancing masa yang terbaik untuk menebarkan joran-joran pancing anda. Anda boleh dapat banyak ikan selepas hujan lebat.

Tasik Chini, Pahang

Di antara bulan Ogos dan September, bunga teratai berwarna merah jambu dan putih akan memenuhi tasik ini sehingga membuatkan pemandangan yang cukup sempurna dan destinasi percutian pengembaraan yang menarik. Memandangkan ada sebanyak 144 spesis ikan air tawar yang ada didapati di tasik ini, ramai pelancong yang mahu memancing sambil menikmati keindahan flora yang jarang ditemui akan memilih tasik ini sebagai percutian yang tidak boleh dilupakan. Namun, tidak semua kawasan di sini anda boleh terus datang untuk memancing. Untuk info, boleh rujuk pegawai yang bertugas di sekitar kawasan itu terlebih dahulu.

Tasik Beris, Kedah

Tasik buatan yang terletak di utara Malaysia ini terhasil dari pembinaan empangan Beris pada bulan Ogos 2010. Persekitaran yang berbukit, pemandangan yang cantik dan udara yang segar membuatkan suasana tenang. Untuk mengelilingi di sekitar tasik, bot sewa ada disediakan untuk pengunjung. Tasik ini merupakan pilihan kaki pancing kerana terdapat beberapa kehidupan air tawar seperti lampam, baung dan tilapia.

Terdapat banyak lagi tasik yang boleh dikunjungi buat anda yang merancang bercuti sambil melepaskan gian memancing bersama keluarga mahupun teman-teman. Sekurang-kurangnya, tasik lebih ‘thrill’ berbanding memancing di kolam!

Sumber Foto: Internet

via

9 Destinasi Tasik Yang Terbaik di Malaysia, Nak Memancing Pun Boleh!By
Epul -

November 19, 2018





Agenda memancing boleh juga dijadikan rancangan untuk percutian yang lebih memuaskan. Sesekali bercuti dengan menguji kesabaran menanti pancingan ikan, tentu lebih menarik. Berikut beberapa lokasi percutian untuk yang gemar aktiviti memancing.

Tasik Temenggor, Perak. Gambar www.orangperak.com.

1. Tasik Temenggor, Perak

1.1. Merupakan empangan bagi stesen janakuasa hidroelektrik di utara negeri Perak.

1.2. Dibina pada tahun 1970 dan siap 1974.



1.3. Air dari empangan ini juga disalurkan sebagai bekalan air kepada penduduk negeri Perak dan Pulau Pinang.

1.4. Empangan ini seluas 152 km persegi dan mengandungi 6,050 juta meter padu air meliputi Hutan Simpan Belum seluas 117,500 hektar.

1.5. Bahagian tengah ada sebuah pulau dikenali sebagai Pulau Banding atau Tasik Banding.

1.6. Sebuah kem tentera dibina di kawasan ini bagi menjaga keselamatan Empangan Temenggor.

1.7. Jika anda mahu memancing ikan air tawar seperti baung, tenggalan dan kelah, sinilah lokasi yang patut ditujukan sepanjang percutian nanti.

1.8. Pulau Cendana adalah sebuah pulau yang terdapat di tasik ini.

Tasik Kenyir, Terengganu. Gambar www.melancong.my.

2. Tasik Kenyir, Terengganu

2.1. Terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu

2.2. Merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara.

2.3. Seluas 260 km persegi, mengandungi 340 pulau kecil dan siap dibina pada 1988.

2.4. Kedatangan pelancong ke sini yang terkenal dengan jagung manisnya telah menaikkan nama bandar Kuala Berang di mata pihak luar yang sebelum ini dikenali sebagai ‘bandar mati’.

2.5. Antara tarikan popular di sini adalah Pulau Herba yang mempunyai kira-kira 26 ribu pokok herba.

2.6. Bagi penggemar fotografi, Air Terjun Lasir merupakan tempat yang menjanjikan pelbagai landskap serta flora dan fauna yang indah untuk dirakam.

2.7. Lokasi ini merupakan kediaman kepada pelbagai spesis ikan air tawar dan kehidupan liar eksotik sehingga membuatkannya terkenal sebagai ‘port’ untuk kaki pancing.

2.8. Jika anda minat memancing tetapi datang sehelai sepinggang, usah risau kerana peralatan untuk memancing, berenang, berkayak, berlayar dan merentas hutan ada disediakan di kebanyakan resort berdekatan tasik ini.

2.9. Tasik ini dinilai sebagai antara tarikan pelancong yang terbaik buat pencinta alam semulajadi, penggemar memancing dan juga jurugambar.

IKLAN




Tasik Chini, Pahang. Gambar www.femalemaf.com.my.

3. Tasik Chini, Pahang

3.1. Merupakan salah satu daripada 12 tasik yang berdekatan dengan Sungai Pahang, Pahang.

3.2. Tasik Chini juga merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera

3.3. Populasi yang ramai mendiami kawasan Tasik Chini adalah suku kaum Jakun.

3.4. Tasik Chini juga terkenal bunga teratai yang mekar daripada bulan Jun hingga September setiap tahun.

3.5. Bunga teratai berwarna merah jambu dan putih akan memenuhi tasik ini sehingga membuatkan pemandangan yang cukup sempurna dan destinasi percutian pengembaraan yang menarik.

3.6. Ada sebanyak 144 spesis ikan air tawar yang ada didapati di tasik ini, ramai pelancong yang mahu memancing sambil menikmati keindahan flora yang jarang ditemui akan memilih tasik ini sebagai percutian yang tidak boleh dilupakan.

Tasik Bera, Pahang. Gambar Tasuki Simo.

4. Tasik Bera, Pahang

4.1. Tasik Bera adalah tasik air tawar semula jadi yang terletak di barat daya Pahang dan mendapat namanya sempena daerah Bera.

4.2. Tasik Bera kaya dengan hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan, ekosistem yang menyokong kepelbagaian kehidupan haiwan dan tumbuhan, dan menjadi keperluan asas kepada Orang Asli Semelai yang mendiami kawasan sekitar tasik ini.

4.3. Tasik ini merupakan syurga buat kaki pancing.

4.4. Tasik Bera menawarkan perkhidmatan bermain perahu, berkayak, memancing dan merentas hutan.

4.5. Bulan-bulan hujan yang lembab dari April hingga Mei dan dari September hingga Januari menawarkan penggemar-penggemar memancing masa yang terbaik untuk menebarkan joran-joran pancing anda.

4.6. Anda boleh dapat banyak ikan selepas hujan lebat.

Tasik Dayang Bunting, Kedah. Gambar Faizal Riza.

5. Tasik Dayang Bunting, Kedah

5.1. Tasik Dayang Bunting merupakan tasik air tawar yang berkeluasan tiga padang bola sepak ini terletak di Pulau Dayang Bunting.

5.2. Selain daripada kisah lagenda Mambang Sari yang menjadi bualan dari keturunan ke keturunan, pulau ini juga mendapat sambutan di kalangan pengunjung kerana panoramanya yang indah serta kehijauan airnya yang menggamit mata memandang.

Tasik Beris, Kedah. Gambar www.mdsik.gov.my.

6. Tasik Beris, Kedah

6.1. Tasik Beris yang terletak di daerah Sik, Kedah

6.2. Merupakan tasik buatan manusia hasil daripada pembinaan empangan Beris pada 10 Ogos 2000.

6.3. Jarak tasik ini dari Pekan Sik adalah lebih kurang 24 km, dari Alor Setar lebih kurang 90 km dan 1.6 km dari pertemuan antara Sungai Beris dan Sungai Batang.

6.4. Terdapat beberapa chalet yang boleh disewa dengan kadar yang berpatutan

6.5. Pengusaha chalet menyediakan beberapa kemudahan aktiviti untuk penyewa supaya pelancong dapat menikmati suasana di sekitar tasik ini.

6.6. Tasik ini merupakan pilihan kaki pancing kerana terdapat beberapa kehidupan air tawar seperti lampam, baung dan tilapia.

Tasik Pedu, Kedah. Gambar www.orangkedah.com.

7. Tasik Pedu, Kedah

7.1. Tasik Pedu merupakan saliran bagi Sungai Pedu yang disalurkan oleh kerajaan untuk menampung bekalan air bersih kepada penduduk negeri Kedah.

7.2. Air Sungai Pedu mengalir dari Bukit Pakir dan bertemu dengan Sungai Padang Terap.

7.3. Bukit-bukit di hulu Sungai Pedu merupakan kawasan sempadan negara Thailand dan tasik ini terletak lebih kurang 90 km dari Alor Setar, Kedah.

7.4. Tasik Pedu menawarkan beberapa aktiviti air bagi pelancong seperti memancing, jet ski, dan menaiki bot.

7.5. Di sini juga terdapat beberapa tempat penginapan yang sesuai bagi pencinta alam sekitar untuk meneroka ke alam semula jadi, mengelilingi hutan tropika, flora dan fauna.

Tasik Chenderoh, Perak. Gambar www.goperak.travel.

8. Tasik Chenderoh, Perak

8.1. Tasik Chenderoh adalah tasik buatan manusia yang terletak di negeri Perak, Malaysia.

8.2. Tasik ini terletak berhampiran dengan bandar diraja Kuala Kangsar dan tapak carigali Lenggong.

8.3. Tasik Chenderoh adalah penting bagi kegiatan pelancongan, pengairan, perikanan air tawar dan penjanaan kuasa hidroelektrik kerana terdapat Empangan Chenderoh di situ.

Tasik Loagan Bunut, Sarawak. Gambar tindalanon.blogspot.com.

9. Tasik Loagan Bunut, Sarawak

9.1. Taman Negara Loagan Bunut terletak di hulu Sungai Bunut kira-kira 120 km dari Miri merupakan salah sebuah tasik semula jadi yang terbesar di Sarawak dan hanya didapati di pulau Borneo.

9.2. Nelayan tempatan Berawan mengelar tasik ini dengan panggilan tasik ‘Logan Bunut’.

9.3. Keluasan taman ini kira-kira 650 hektar, Tasik Loagan Bunut tidaklah besar mengikut piawaian dunia, tetapi, ia bukan tasik yang biasa.

9.4. Ianya terkenal dengan kekayaan biodiversiti dan ekosistem akuatik yang unik.

9.5. Ia merupakan taman Negara ke-10 di Bumi Kenyalang. Taman Negara Loagan Bunut diwartakan pada tahun 1 Julai 1990.

9.6. Sebelumnya kawasan ini merupakan sebahagian dari Lemiting Forest Reserve yang berkeluasan 10,736 hektar.

9.7. Ianya terletak 120 km dari Bandaraya Miri, dan taman negara ini mempunyai tasik semulajadi yang terbesar di Sarawak yang berkeluasan 650 hektar.

9.8. Sumber utama air di tasik ini adalah dari Sungai Teru (kawasan tadahan Teru).

Terdapat banyak lagi tasik yang boleh dikunjungi buat anda yang merancang bercuti sambil melepaskan gian memancing bersama keluarga mahupun teman-teman. Sekurang-kurangnya, tasik lebih thrill berbanding memancing di kolam!  sumber







Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2020 05:54 PM | Show all posts
12 Tempat Memancing Di Selangor Best Dan Sesuai Untuk Kaki Pancing



Mencari tempat memancing di Selangor?

Selangor Darul Ehsan merupakan sebuah negeri yang terletak di tengah Semenanjung Malaysia dan mengelilingi kota metropolitan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Betapa strategik sekali lokasi negeri ini, ia kaya dengan pelbagai pusat pelancongan yang menarik untuk anda lawati. Begitu juga dengan tempat memancing di Selangor.



Imej via [shutterasia]

Selangor merupakan lokasi memancing yang sangat popular buat kaki pancing yang ingin datang memancing kerana di sini terdapat beberapa lokasi memancing yang sering dikunjungi pengunjung.

Bukan itu sahaja, pengunjung sering berkunjung ke sini kerana tempat memancing di Selangor ini mempunyai pantai yang amat menyeronokkan.  Keindahan yang ada di negeri Selangor ini mampu memberikan kenangan indah kepada anda.  Anda juga boleh meluangkan masa melakukan aktiviti-aktiviti riadah.

1.  Semenyih Dam

Imej via [trekearth]

Dam atau Empangan Semenyih merupakan kawasan tadahan air bagi penduduk Semenyih.  Ramai penggemar kaki pancing datang melakukan aktiviti memancing di sini. Empangan ini mempunyai salah satu pemandangan paling menarik di negara ini dikatakan tempat memancing di Selangor terbaikdan merupakan lokasi percutian bagi kaki pancing.

Selain sesuai untuk memancing, hutan ini berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan dan air yang di tadah di empangan oleh Empangan Semenyih. Airnya disalurkan melalui paip air ke Lembah Kelang, Kuala Lumpur dan Putrajaya.


Suasana di sini sangat nyaman dan menyegarkan, dikelilingi hutan hijau dan sungai yang cantik pasti menenangkan mata anda jika melihatnya.  Selain dari aktiviti memancing, pengunjung boleh berkhemah dan bermalam di sini.

2.  Kolam Pancing Seksyen 4

Imej via [adyndegengs]

Bagi kaki pancing yang inginkan perkhidmatan Kolam memancing, Seksyen 24 menawarkan perkhidmatan tersebut. Di Kolam ini, pengunjung dapat melakukan aktiviti memancing dengan hanya datang dan membawa rod pancing sendiri. Tempat memancing di Selangor ini sangat best dari segi memancing dan mendapatkan ikan.

Ikan yang sering terkena mata kail di sini adalah ikan patin, Amazon Cat Fish, Baung ekor merah dan banyak lagi. Tahukah anda, pelbagai umpan disediakan kepada pemancing yang datang untuk memancing. Cas masuk yang dikenakan di sini adalah mengikut sesi yang telah ditetapkan.

Seperti kolam-kolam lain, di sini juga sering dianjurkan pertandingan bagi pemancing dan menawarkan hadiah yang lumayan kepada sesiapa yang memenangi pertandingan memancing tersebut.


3.  Pantai Acheh

Imej via [mapio]

Tidak ramai pengunjung yang mengetahui kewujudan Pantai Acheh, Pulau Indah memandangkan lokasinya yang jauh ke dalam Pulau Indah. Walaubagaimanapun lokasi ini amat sesuai untuk diadakan aktiviti-aktivi riadah bersama keluarga memandangkan terdapat kawasan pantai berkelilir dan juga kawasan lapangan yang luas.

Kini, Pantai Acheh amat popular dan menjadi tumpuan pelbagai golongan tidak kira usia serta bangsa.  Ramai yang suka melakukan aktiviti-aktivi seperti perkhemahan, memancing, prarasiling, layang-layang, wau dan barbeku. Ya, ini juga adalah salah satu tempat memancing di Selangor.

Jarak pemanduan ke Pulau ini memakan masa setengah jam dari Ibu Kota Shah Alam. Bagi kaki pancing, pasti anda tidak akan melepaskan peluang untuk memancing dan bermalam di Pulau ini!

4.  Kolam Rekreasi Memancing Tepian Rimba

Imej via [adisarahberkisah]

Kolam Rekreasi Memancing Tepian Rimba boleh memuatkan lebih 150 pemancing dalam satu masa. Tempat memancing di Selangor ini dikelilingi pohon-pohon hijau dengan suasana yang nyaman, landskap yang menarik serta air bukit yang bersih.

Di Kolam ini, anda boleh memancing pelbagai spesis hidupan sungai seperti Ikan, Udang Galah. Ikan Talapia dan Ikan Keli.  \ Jarak perjalanan menuju ke Kolam ini adalah 20 minit dari Kuala Lumpur dan 15 minit dari Kajang.

Menariknya, kolam ini menggunakan sumber air semulajadi dari hutan. Harga masuk dikenakan mengikut spesis yang ingin di pancing samada ikan atau Udang. Kemudahan lain yang terdapat di kolam ini adalah Tandas, Ruang solat, Tempat rehat, gerai jualan makanan dan minuman, tempat letak kenderaan dan tempat permainan kanak-kanak.

5.  Ajlaa Village Resort

Imej via [facebook]

Ajlaa Village Resort terletak di Hulu Langat, jauhnya hanya 30 minit dari Kuala Lumpur. Tanah seluas 10 ekar terbinanya sebuah tempat percutian dan mula dibuka untuk orang ramai. Bermula dengan 6 buah Chalet air yang unik, secara berperingkat mereka membina bilik-bilik yang lain.

Anda boleh melakukan aktiviti memancing sambil berehat dan bermalam di resort ini. Ikan yang terdapat di dalam kolam ini adalah ikan air tawar. Kini, Ajlaa Village Resort mempunyai 34 Chalet yang juga menyediakan kemudahan seperti Gazebo, Dewan Serbaguna serta asrama.

Selain dari Camping, aktiviti seperti jungle treeking, campfire, barbeku serta memanah juga disediakan. Kaki pancing tak perlu risau, tempat ini amat lengkap dengan kemudahan bagi mereka melakukan aktiviti memancing di sini.

6.  Kolam Pancing Abang King Hulu Langat

Imej via [bharian]

Membawa pulang seberapa banyak ikan untuk dijadikan lauk seperti patin, baung, tilapia, pacu dan rohu adalah kemuncak kepada keseronokan apabila berpeluang memancing di Kolam Pancing Abang King.

Kebanyakan ikan air tawar di kolam itu, masing-masing seberat kurang dua kilogram sesuai dijadikan lauk untuk dua hingga tiga orang, sama ada untuk hidangan makan tengahari atau malam. Kadar bayaran masuk pada waktu siang dan malam adalah berbeza, tidak termasuk RM5 deposit untuk empat jam pertama.

Pemancing yang datang ke tempat memancing di Selangor ini tidak dibenarkan menggunakan umpan daripada organ binatang seperti perut, hati dan isi ayam. Kolam ini baru berusia kurang 3 tahun namun sudah mempunyai ramai pelanggan tetap terutama pada hujung minggu dan malam.

7.  Mukim Serendah

Imej via [youtube]

Spot pancing kegemaran yang sering dikunjungi para pemancing adalah Mukim Serendah yang merupakan tempat memancing di Selangor. Terdapat sebuah lombong yang agak besar dan gelap airnya yang dipenuhi oleh ikan-ikan Tioman.

Kunjungan pemancing di lombong ini belum lagi mengecewakan kerana anda pasti tidak pulang dengan tangan kosong. Seringkali terkena jerat mata kail, menjadikan pengunjung tidak jemu untuk datang memancing di sini.

Kawasan ini sering berlaku banjir besar. Oleh itu, empangan kecil dibina oleh pihak penguasa lombong biji timah untuk mengelakkan banjir berlaku.

Ada yang berpendapat bahawa empangan ini dibina untuk menjadi kunci air utama kepada limpahan air sungai yang mengalir dari bahagian hulu.  Ia terus bertakung di bahagian tasik buatan bahagian atas empangan kecil yang dinamakan Perigi Tujuh.  Walaubagaimanapun, sehingga kini tempat ini tetap menjadi pilihan pemancing untuk datang sambil melakukan aktiviti mereka.

8.  Kelong Greenway

Imej via [ahmadfaismisbah]

Bagi kaki pancing yang masih tercari-cari tempat memancing di Selangor untuk memancing, Kelong Greenway yang terletak berhampiran Pulau Ketam Klang Selangor ini boleh dipertimbangkan! Kelong tersebut sering menjadi tumpuan ramai.

Tempat memancing di Selangor ini akan dipenuhi kaki-kaki pancing pada hujung minggu. Untuk Kelong tersebut, kaki pancing boleh menaiki bot di jeti Pulau Ketam dengan bayaran sebanyak RM15 bagi perjalanan satu hala. Pengunjung boleh memilih sama ada pakej harian atau bermalam.  

Bagi yang ingin bermalam, kemudahan penginapan turut disediakan. Kelong itu boleh dikatakan selesa dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas. Selain bilik penginapan, kelong tersebut dilengkapi tempat memasak, ruang menonton televisyen, ruang solat dan tandas.

Kelong ini pada asalnya adalah sangkar ikan sebelum ia diubah suai menjadi lokasi memancing. Pelbagai jenis ikan boleh dipancing di kelong tersebut seperti siakap, pari, jenahak dan ikan merah.

9.  Jeti Memancing Wak Sempoh

Imej via [3.bp]

Jeti Wak Sempoh ini sudah lama di kenali oleh kaki pancing sebagai tempat memancing di Selangor. Jeti Wak Sempoh ini terletak di sebelah kiri jalan masuk ke Pantai Bagan Lalang, Sepang Selangor. Bagi kaki pancing yang hendak memancing ikan jenis Gred A seperti kerapu, senangin, jenahak atau siakap dengan bajet yang murah, bolehlah berkunjung ke Jeti ini.

Untuk memancing di Jeti ini, pengunjung hanya perlu membayar RM4 sahaja untuk satu joran. Pengunjung juga boleh membeli umpan pumpun dan udang hidup di sini. Di sekitar jeti ini ialah tempat tambahan bot untuk pemancing jika ingin berlayar menaiki bot sambil memancing.

Lebih mudah, tempat ini menyediakan kemudahan surau dan gerai makan. Kebiasaannya pemancing yang datang memancing tidak pulang dengan tangan kosong, pasti akan membawa pulang beberapa ekor ikan untuk dijadikan menu santapan di rumah.

10.  Rakit To’wan

Imej via [latinamedia]

Rakit To’Wan ini mempunyai 3 buah unit rumah rakit yang beroperasi iaitu Rakit Ania, Rakit Senangin dan Rakit Sembilang. Rakit Ania telah beroperasi sepenuhnya untuk pengunjung berkunjung ke sini. Rakit Ania merupakan rumah rakit pertama yang dibina dan beroperasi sehingga sekarang.

Kapasiti muatan bermula 10 hingga 15 orang pemancing pada satu sesi. Rakit Ania dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bilik untuk berehat, ruang dapur termasuk peralatan memasak, tandas, peralatan BBQ serta bekalan air bersih. Pada pengunjung yang tidak mahu memancing ruang anjung, ruang lepak turut disediakan.

Bekalan elektrik di rakit ini menggunakan tenaga solar. Waktu memancing diperuntukkan selama 1 jam sama ada check in pukul 8 pagi dan 8 malam. Pemancing hendaklah membawa umpan sendiri kerana ianya tidak termasuk dalam harga pakej. Seiranya anda berkunjung ke Kuala Selangor, jangan lupa singgah di tempat memancing di Selangor ini.

11.   Sungai Pangsun Hulu Langat

Imej via [geoview]

Destinasi Pangsun ini terletak di Batu 22 Hulu Langat memang popular sebagai destinasi percutian dalam kalangan keluarga mahupun institusi tertentu untuk berkelah atau mengadakan kem.  Terdapat beberapa penginapan yang menawarkan resort dan chalet di tepi sungai termasuk juga aktiviti-aktiviti luar yang menarik.

Antara resort yang terkenal di sini ialah Impian Rimba Resort. Setiap minggu memang ramai orang datang ke sini samada melakukan aktiviti memancing ataupun bermandi manda. Para pemancing sering meluangkan masa bercuti sambil memancing,

Ikan yang terdapat di sini tidak sebesar ikan di laut mahupun di Tasik, tetapi sekadar ikan kecil yang hanya untuk dijadikan aktiviti sepanjang berada di sini.  Rugi jika lepaskan peluang berkunjung ke tempat memancing di Selangor ini.

12.  Pantai Morib

Imej via [maisinggah]

Pantai morib menunjukkan sebuah pantai peranginan yang cantik lagi anggun dengan pelbagai kemudahan awam serta landskap-landskap buatan manusia, peninggalan manusia dan semulajadi. Pantai Morib ini terkenal dengan kunjungan para pelancong yang datang untuk bercuti dan beriadah.

Setiap tahun akan dianjurkan pertandingan memancing untuk kaki pancing untuk bertanding di sini.  Pastinya kaki pancing tidak terlepas untuk memancing di tempat memancing di Selangor ini.

Ikan Gelama merupakan tangkapan popular di Pantai ini. Bagi ahli keluarga yang datang bercuti, jangan lepaskan peluang untuk memancing di sini sambil mencuba aktiviti baharu selain dari aktiviti bermandi manda dan bersantai.


Imej via [drsinga]

Selain berkunjung untuk memancing dan menenangkan fikiran di tempat memancing di Shah Alam ini, anda boleh jadikan pengalaman ini sebagai kenangan anda bersama kawan-kawan.  Jom bacatempat menarik di Sabah, tempat menarik di Lahad Datu dantempat menarik di Bintulu juga.
Rujukan:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2021 06:52 PM | Show all posts
ada 1 port memancing dlm hutan
org panggil kolam tujuh klu tk silap
mauk dari simpang pulai
perjalanan dlm 7 jam redah utan
port memancing sungai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2021 06:59 PM | Show all posts
ip_lepat replied at 6-2-2021 06:52 PM
ada 1 port memancing dlm hutan
org panggil kolam tujuh klu tk silap
mauk dari simpang pulai

yang ini ke? pergh lawa macam indah gitu, tapi macam berhantu pun ada


Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 09:55 PM | Show all posts
trunks replied at 19-3-2021 06:59 PM
yang ini ke? pergh lawa macam indah gitu, tapi macam berhantu pun ada

tk boleh nak tgk utube, data kong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.422311 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list