Bila musim buah tiba, kanak-kanak antara golongan paling seronok dan teruja ingin menikmati keenaakan rasa buah-buahan tempatan.
Buah rambutan, durian, langsat, duku dan juga manggis ada kelompok peminat tersendiri serta rasa masing-masing yang unik.
Namun, dalam keseronokan dan keterujaan menikmati rasa enak buah-buahan tempatan, kita dikejutkan dengan kematian kanak-kanak berusia tiga tahun akibat tercekik sebiji rambutan.
Kredit foto: Berita Harian dan Ihsan Pembaca Facebook
Dalam kejadian sedih itu, mangsa, Muhammad Hakim Amsyar Mohd Kasturi makan rambutan yang dikait bapanya. Ketika kejadian, bapanya bersama ahli keluarga lain sedang mengait buah rambutan di depan rumah datuk mereka di Bukit Selambau.
Namun, tiba-tiba mangsa berlari ke arah abangnya sambil menjerit serta memegang leher. Bapanya cuba menepuk belakang mangsa tetapi tidak berhasil. Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Ketil, namun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan.
Kejadian yang berlaku Kampung Belakang Masjid di Baling, Kedah menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang sedih dengan peristiwa itu.
Kredit foto: FB Harian Metro
Lantas, Public Health Malaysia berkongsi langkah yang boleh dilakukan orang ramai bagi membantu kanak-kanak sekiranya tercekik sesuatu objek.
Kredit foto: KKM via FB Public Health Malaysia
Teknik Heimlich adalah teknik bantuan kecemasan yang membantu mengeluarkan objek yang tersekat.
Namun, langkah paling selamat adalah mengelakkan dari memberi makanan yang berisiko tinggi untuk tercekik. Ini kerana kanak kanak berusia empat tahun ke bawah adalah kumpulan berisiko TINGGI untuk tercekik makanan.
Pada usia ini, mereka masih belum pandai mengunyah makanan dan hanya menelan makanan.
Selain itu, saiz saluran pernafasan yang kecil menyebabkan ia mudah ditutup sepenuhnya terutamanya makanan yang keras dan berbentuk bulat.
Kredit foto: KKM via FB Public Health Malaysia
Jadi, pastikan anda simpan dan kongsi teknik ini untuk rujukan bila diperlukan. Ianya mungkin boleh menyelamatkan nyawa anak anda atau orang lain pada masa hadapan. - CARI |