Dua remaja lelaki maut ditembak gara-gara bertanya ketinggian seorang lelaki di Chicago pada 20 Jun lalu.
Menurut laporan Mirror, dalam kejadian jam 5 petang itu, Jasean Francis, 17, dan Charles Riley, 16, maut ditembak Laroy Battle, 19.
Difahamkan, sebelum kejadian kedua-dua mangsa pergi ke sebuah kedai untuk membeli manisan sebelum dipercayai berkata mengenai ketinggian suspek yang tidak dikenali kedua-dua remaja terbabit.
Kredit foto: Mirror/Chicago Police
Timbalan Ketua Detektif Brendan Deenihan berkata, mereka bertanya ketinggian sebenar suspek (190 sentimeter) kerana salah seorang remaja itu berharap dapat menjadi setinggi Battle kelak untuk menjadi seorang pemain bola keranjang.
Sementara itu, ABC7 melaporkan Francis meninggal dunia selepas ditembak pada bahagian belakang, dada dan tangan kiri, manakala Riley ditembak di bahagian belakang dan kaki kiri.
Akibat perbuatannya itu, Battle berdepan pertuduhan melakukan pembunuhan tahap pertama dan memiliki barang terkawal. - CARI |