"Hampir setahun saya tunggu maklum balas. Akhirnya saya putuskan untuk teruskan."
Itu kenyataan Linda Rafar di Instagramnya bahawa dia telah memfailkan saman terhadap seorang petugas perubatan, Dr Rusyainie Ramli kerana menerbitkan 'postings' palsu dan fitnah mengenai penyanyi itu.
Doktor tersebut telah menyatakan Linda telah, antara lain, menjual produk “sampah” di laman media sosialnya.
Pada 9 Mei 2019, Dr Rusyainie membuat lima penulisan berbaur fitnah dan komen-komen melampau terhadap Linda. Kemudian, Linda menerusi peguamnya menghantar surat tuntutan supaya Dr Rusyainie membuat permohonan maaf secara terbuka dan juga pampasan sebanyak RM4 juta. Namun, ianya tidak mendapat sebarang balasan.
Kredit foto: IG
Penyanyi kumpulan Elite itu memfailkan saman tersebut melalui firma guaman Hafarizam, Wan dan Aisha Mubarak untuk mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya terhadap kemudaratan yang disebabkan oleh kenyataan palsu dan fitnah defendan, dan kegagalan untuk meminta maaf padanya.
Jurucakap Linda Rafar, Saiful Ridzuan dari Saiful Ridzuan Public Relations and Communications menyatakan bahawa tuntutan ganti rugi adalah sebanyak RM1 juta.
“Linda Rafar telah menuntut permintaan maaf dan ganti rugi pada tahun lalu tetapi tidak mendapat respons dari doktor tersebut. Selebriti itu kini berusaha untuk membersihkan nama beliau melalui proses pengadilan di mahkamah. Salinan saman tersebut telah dimeterai di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada minggu ini."
Kredit foto : IG
Sementara itu, peguam yang mewakili Linda, Wan Azmir berkata ianya seakan trend pihak tertentu menulis hantaran atau komen kontroversi mengaitkan selebriti bagi meraih populariti.
"enerbitan di Facebook oleh doktor tersebut mengikut modus operandi yang sama; kata-kata yang sangat berat sebelah, kasar dan memfitnah, daripada orang yang tidak dikenali oleh anak guam kami.”
Sidang media ketika mengumumkan IG Linda digodam - IG
Wah! Isu hangat tahun lalu dihangatkan kembali dengan perkara saman ini. Setakat artikel ini ditulis, tiada maklum balas daripada doktor itu di media sosial. Jadi, sama-sama kita nantikan perkembangan kes mahkamah ini ya - CARI |