CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nahnukutu

[Tempatan] Datuk Seri diculik ditemui mati [Update: EL dah kena tahan, polis kini cari Tham

  [Copy link]
Post time 28-6-2020 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 28-6-2020 12:41 PM
dah terlanjur off topic, drp page depan lagi semua org ckp pasal  dato , anak kpd dato yg mening ...

arwah datuk saiful ank datuk Ali....
pernah viral Naik private jet celebrate birthday ke 21..muda lg dpt title datuk..
tgk2 ehh dh meninggal tp xtau sbb apa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2020 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
1st question dlm kepala aku dato seri ori ke beli?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2020 01:09 PM | Show all posts
Datuk jadi dalang
MyMetro
Utama


SEBUAH rumah teres di Taman Kosaso yang menjadi lokasi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri disembunyikan selepas diculik dan ditemui mati, di kawasan belukar Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya, hari ini.

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my


DALANG utama penjenayah yang menculik dan membunuh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dikenal pasti sebagai rakan baik mangsa bergelar Datuk.

Sumber berkata, suspek utama dan mangsa saling mengenali sebelum ini dan menjalin urusan perniagaan.

"Berdasarkan maklumat awal, mangsa ada berhutang dengan Datuk itu membabitkan jumlah wang yang besar sebelum ini.

"Bagaimanapun wujud masalah (pinjaman) menyebabkan suspek utama merancang dan mengupah beberapa individu untuk menculik mangsa berusia 55 tahun itu pada 10 Jun lalu dipercayai bagi mendapatkan wangnya kembali," katanya.

Dalam kejadian 9 pagi semalam, mayat ahli perniagaan itu ditemui dibuang di lereng bukit di hutan Batu 27, Jalan Rawang, Bestari Jaya, Rawang di sini.

Mangsa sebelum itu diculik tujuh individu termasuk seorang lelaki warga Bangladesh sebelum dikurung di sebuah rumah di Taman Kosaso, Rawang.

Difahamkan, suspek menuntut wang tebusan bernilai dolar Singapura (S$) 50 juta (RM154 juta) daripada ahli keluarga mangsa.

Perbuatan suspek berusia 30-an hingga 50-an terbongkar hasil soal siasat dijalankan selepas mereka ditahan menerusi beberapa serbuan di sekitar Selangor sejak kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, hasil siasatan ke atas suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di kawasan belukar di lokasi berkenaan.

"Mangsa yang juga pemaju hartanah diculik ketika berjoging di sebuah taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, jam 10.30 pagi, 10 Jun lalu.

"Keluarga menyedari kehilangan mangsa pada tengah hari pada hari sama selepas menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali yang meminta wang tebusan S$50 juta.

"Berikutan itu keluarga mangsa melaporkan kejadian itu kepada polis," katanya selepas mengetuai siasatan di sebuah rumah dipercayai digunakan suspek untuk menyembunyikan mangsa di Taman Kosaso, semalam.

Fadzil berkata, hasil risikan dan siasatan, pihaknya menahan suspek termasuk dalang utama yang dikenali mangsa pada serbuan berasingan di sekitar Selangor bermula jam 11 pagi kelmarin.

Katanya, soal siasat ke atas suspek mendapati mangsa mati selepas tiga atau empat hari diculik sebelum mayatnya dicampak ke belukar.

"Kami ke lokasi kejadian dan mayat mangsa ditemui dalam keadaan sudah mereput," katanya.

Difahamkan, polis turut menemui makanan dan pakaian mangsa di dalam beg plastik di lokasi mayat mangsa dicampakkan.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat.

Katanya, lima daripada suspek direman lima hingga tujuh hari bermula semalam dan dua lagi suspek masih dalam proses permohonan reman.

Polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 365, Kanun Keseksaan iaitu menculik dan Seksyen 3, Akta Culik 1961.

Difahamkan, mangsa sebelum ini amat dikenali dalam kalangan ahli perniagaan dan pernah mengadakan sambutan hari lahir besar-besaran di sebuah hotel mewah.

Malah, seorang daripada anaknya berusia 20-an pernah menghadiahkan mangsa sebuah kereta mewah, Rolls-Royce.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Jun 2020 @ 10:58 AM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 27-6-2020 11:58 PM
Akak.. sbb cun.. kalo tak.cun.. gigi jongang hitam gemuk.. nescaya taral sspe mau..



Akak X cun pun cik buritan. ....badan akak sendiri gemok mcm badak air + hitam + tua....pervert ni bukan peduli sapa.....mungkin dia tengok akak sorang dan waktu pagi tu agak sunyi. ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
epuepy replied at 28-6-2020 01:01 AM
Kak nor, rajin nye akak joging time puasa?
Laki pervert pn bahaya gk. So moral, kalo nk joging, b ...

Esoknya nk raya. ..hehe. .gatal gelenyar jogging hari tu ...padan muka akak. ....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nahnukutu replied at 28-6-2020 01:09 PM
Datuk jadi dalang
MyMetro
Utama

Memang sekarang ni banyak projek yg x berbayar. .sangkut. ...mcm bekas bos akak cina berhutang dengan orang ratus ribu. ....hutang dengan cina jugalah. .dengan India mmg India tu serang kaw2 kat opis. ..hehe. ...sampai bos nk bunuh diri mengadu kat aku.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2020 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 27-6-2020 11:46 PM
a'ah tu la... lagipun kalau ayah arwah datuk shaiful ni 150 juta memang tak lepas chuolsss 50 ju ...

Adakah motifnya bkn ps duit pn.. Tp lebih pd mmg nk dia mati.. Culik mintak ranson tu utk kaburkan je.. Giteww
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Cyempaka replied at 28-6-2020 12:21 AM
kat paper cina ada tempek pic. dato seri arumugam katanya.

http://keehuachee.blogspot.com/2015/1 ...

Nampak muda muka dato tu ye.. Segak lg 5 tahun lepas..jenis menjaga badan kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2020 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 28-6-2020 12:34 AM
kalau dato sri arumugam ni iols rasa betul sebab dia betul2 kaya jadi memang 150 juta tu kira capa ...

Dato kee tu yg pernah eksiden keta mewah dia dgn sorg aweq melayu tu ke?  Sbb style pemakaian mcm sama
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 02:24 PM | Show all posts
rayray28 replied at 28-6-2020 02:19 PM
Dato kee tu yg pernah eksiden keta mewah dia dgn sorg aweq melayu tu ke?  Sbb style pemakaian mcm  ...

lain..itu dato lawrence walter ng
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 28-6-2020 01:09 PM
Akak X cun pun cik buritan. ....badan akak sendiri gemok mcm badak air + hitam + tua....pervert ni ...

Selalunyaa yg ngaku buruk ni cantik.. satu lg bgla yg nak merogol tuu pun dia pilih org.. tak monya rupe badak.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 28-6-2020 12:52 PM
ha'ah chuolsss...
tak femes sangat dato sri ni... selalu yang tak femes ni yang bisnes jenis :lol ...

jenis apa tu? jenis low profile eh? low profile pun boleh org aim.. takut pulak jadi kaya huhu
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
rayray28 replied at 28-6-2020 02:19 PM
Dato kee tu yg pernah eksiden keta mewah dia dgn sorg aweq melayu tu ke?  Sbb style pemakaian mcm  ...

Atok kuaci ni mcm tak pernah ada gf
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
benharungkar replied at 28-6-2020 02:24 PM
lain..itu dato lawrence walter ng

Uolls kenal ek rsmai Dato' glamer ni....

Aku ni, Dato yg dlm barisan kabinet pun susah mk kenal .....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
underground replied at 28-6-2020 02:24 AM
kaum ni kalau kenal very lembut and sopan macam sugu n wife tu.
lagi2 melibatkan family.


Maybe betul jugak kot. Nk jadi kari berapi kena mabuk minum todi dulu.

Kalo x hari biasa maybe soft2 je mcm megi perisa ayam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Cyempaka replied at 28-6-2020 12:21 AM
kat paper cina ada tempek pic. dato seri arumugam katanya.

http://keehuachee.blogspot.com/2015/1 ...

aku rs mcm kelakar je blog entry dia ni;
- byk sgt datuk dato datuk dato as if every each person mmg ada title dato ...so low class
- buruknya kek ghimau tu
- jadahnya carry beg kepala ghimau
- dato mana tah nak hug amber chia.tp tetek kecik je.so x rasa apa pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2020 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Lerh aktif lagi atuk kee tu berblogging. ingat dah tak rajin update zaman now dah kurang orang berblogging ot jap, amber chia tetap maintain cantik. Sapa la kawin dgn si amber tu ye.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jadi penjenayah kena la bijak.. phone, cctv melambak.. senang kena trace. Transport kau..penampilan kau kena amek kira. Jgn la amatur sgt.. perancangan kena rapi.. wahh byk tgk movie aku ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau 10 tahun lps selalu bunuh kat trafik light je. Assassin
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 06:57 PM | Show all posts


Sheikh Ismail Sheikh Hassan yang dicari polis bagi membantu siasatan kes culik dan bunuh seorang ahli perniagaan - Foto NSTP/PDRM








Culik dan bunuh: Polis cari 'El'
Oleh Nor Azizah Mokhtar
bhnews@bh.com.my







KUALA LUMPUR: Polis mencari seorang lelaki dikenali sebagai Sheikh Ismail Sheikh Hassan bagi membantu siasatan kes culik dan bunuh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang mayatnya ditemui di Jalan Rawang, Bestari Jaya, Rawang dekat sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata lelaki berusia 26 tahun itu turut dikenali dengan nama gelaran 'El'.

Polis meminta orang ramai yang mengenali lelaki itu untuk menyalurkan maklumat berhubung individu berkenaan bagi membantu siasatan.

"Alamat terakhir El adalah di No J-2-01, Apartmen Teratai, Bukit Beruntung MK Land, Rawang dan No J-3-29, Apartmen Teratai, Bukit Beruntung MK Land, Rawang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, tujuh suspek termasuk seorang warga Bangladesh yang ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Selangor sejak kelmarin direman antara tiga hingga lima hari berhubung kes berkenaan.

"Dua daripada empat suspek yang ditahan kelmarin direman selama lima hari sehingga 1 Julai manakala dua lagi suspek direman tujuh hari sehingga 3 Julai.

"Seorang suspek yang ditahan semalam direman tiga hari sehingga hari ini, manakala dua lagi suspek direman lima hari sehingga 2 Julai," kata beliau.

Katanya, semua suspek yang ditahan berusia antara 20 hingga 56 tahun dan seorang suspek adalah dalang utama bergelar Datuk.

Fadzil berkata proses bedah siasat ke atas mayat mangsa yang dijalankan di Hospital Sungai Buloh (HSB) belum selesai dan akan disambung pada Khamis ini.










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.273789 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list