CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8065|Reply: 43

Jadi Mangsa Gangguan Seksual Kerana Terlalu Ramah, Gadis Ini Dituduh Gila Perhat

  [Copy link]
Post time 25-6-2020 10:31 AM | Show all posts |Read mode




Gangguan seksual di tempat kerja bukanlah perkara baharu, namun ia banyak didiamkan dengan pelbagai alasan yang kemudiannya berakhir dengan mangsa atau pemangsa berhenti kerja.


Namun, tindakan berani seorang gadis membongkar kemelut ini mendapat perhatian warganet. Tira Ashikin di laman Twitter menjelaskan bahawa dia diganggu secara seksual oleh rakan lelaki di tempat kerjanya.



Apabila disuarakan, dia pula dipersalahkan kerana terlalu peramah. Akibatnya, gadis itu membuat laporan polis dan menguar-uarkan mengenainya di media sosial untuk memberi kesedaran kepada wanita lain.






Kredit foto : Twitter




Menurut Tira lagi, dia tidak boleh sekadar berdiam diri atau membuat laporan polis sahaja. Malah, dia menegaskan bukan kerana mahu membuka aib, sebaliknya lebih kepada memberi kesedaran kepada wanita lain supaya tidak mudah terpedaya selain berpesan kepada lelaki agar menjaga perangai.



Sementelah lagi alasan yang dimomokkan selalu adalah kerana mangsa terlalu 'aktif'?





Kredit foto : Twitter




Begitu juga dengan penerimaan orang sekeliling yang seolah-olah menyalahkan dirinya kerana membuka pekung sendiri. Mengapa perlu menyembunyikan gangguan seksual yang hanya akan membuka lebih ruang kepada lelaki gatal, perogol dan sebagainya?





Kredit foto : Twitter




Kredit foto : The Conversation





Rupa-rupanya, Tira tidak bersendirian kerana lebih ramai gadis yang tampil membuka cerita bahawa mereka juga menerima nasib serupa.






Kredit foto : Twitter





Kredit foto : Business Insider



Dengan perkongsian ini, sudah sampai masanya kita semua didedahkan secara terbuka mengenai hak-hak mangsa gangguan seksual. Begitu juga tindakan atau akta harus diperketatkan mengenai jenis gangguan ini. Tidak semua mangsa berani bersuara kerana alasan tertentu. Jadi, apa tindakan seterusnya? - CARI




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2020 10:39 AM | Show all posts
Tengok cara dia reply komen dah boleh agak dia ni jenis macam mana. Pelaku memang bersalah dan patut dikenakan tindakan tapi dia pun kena muhasabah diri dulu juga.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Janji pakai tudung ttup aurat gituhh. Iols ada jah kenalan yg mmg suka menggedik tak tentu hala smpai ada kawan laki iols penah annoyed sbb dia gedik n peramah sgat smpai kawan laki iols cakap slow2 “aku sumbat jugak bat*ng aku dlm mulut dia ni kang” sbb annoyed dgan mulut dia yg peramah tak tentu hala. So pd iols, perangai n mulut pun kena jaga pabila di tempat awam bukan pakaian sajokk kena jaga. N yes whatever condition pun kalau bab sexual harassment mmg lelaki bersalah, sila jaga batas wlupun perempuan tu birah nak mampos
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku setuju & sokong dgn girl ni. Why does the perpetrator always got away scott-free? Paling keras pon dpt warning letter. Pompuan yg pakai decent, modest & fully covered pon tak terlepas dr gangguan seksual tak kira muda tua bujang dah kawin.
Aku fhm perasaan dia sbb aku sendiri pnh sexually molested mase F2. Blk sekolah kene molest by a satan on motorcycle. Setan ni dari jauh aku dah nmpk dia bawa motor slow. Umah aku lagi selang 6 rumah nk smpi, then tetiba setan ni touched my b**bs smbl ketawa & he sped off. Aku punyalah terkejut terus menangis on the spot, lari smpi umah & called my mom. Menangis mcm kene histeria. Dahlah nombor motor setan tu pon aku x dpt cam. Nk buat polis report pon tak cukup info. So, aku telan jelah apa yg aku hdp & slowly regained my strength with my parents’ support.
Aku doakan setan tu mati dgn hina & masuk neraka kalo dia tak bertaubat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 11:18 AM | Show all posts
pakaian tak menjamin sgt dik..yg berpurdah pun terbabas zina..
attitude tu kena check jugak.. kalau dah jenis gedik melayan senang la laki "makan"..
maybe betul kau mangsa, tp tgk cara reply and posting kau, mcm lebih pd play victim..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes org yg buat tu salah. But dah klu ko jenis hyper dah faham sangat mcm mana org hyper ni, boleh buat menyampah kadang2.Bahasa pun boleh tahan tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2020 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
siap bergambar conteng muka mmg ko attention seeker lah, aku tau perasaan kena harassed, aku jeling pastu buat muka menyampah sambil menyumpah dalam hati, sepuluh patah ditanya aku jawab "emm " "tak" gitu je. kalau layan nnnti makin melampau lagipon tak geli ke ko boleh melayan lagi jantan mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 01:23 PM | Show all posts
sex harrasment pada ak ada 2 je:
1) mmg jantan tu gile sex
2) pompuan yg provoke jantan pastu fefeeling victim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2020 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pakai elok top to toe menjaga batas pun boleh jadi mangsa, yang tak reti jaga batas apatah lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Berconteng2 muka maybe sbb mental trganggu dah ni....moga family dia blh bwk jmpe psikiatri....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 02:13 PM | Show all posts
kalau duduk diam-diam tak ramah kena harass or rogol memang pelaku tu 100% salah..
tapi kalau u pun gedik melayan then u pun ada salah..
pastu dok nak point u je betul..
memang tak salah jadi ramah or hyper..
tapi ada batasnya lagi-lagi antara lelaki dan perempuan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki sangap pencabul miang mmg celaka

TAPI
ppuan pun x perlulah gedik2 acah mesra peramah terhegeh birah sangat

Ada jenis pouan cmni wpun dh beranak dgn status bini orang tapi menggeletis tak tentu pasal
Pastu laki sial sangap pun tak tahan tengok
Dua2 bodo
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
I can’t help but sympathise this girl. I know how powerless you could feel if no one actually believes in you. In my case - the perp is an ustaz - at first I just ignored his off-hand comment saying how wangi I am or how beautiful I looked. Then it progressed into horrible 18sx WhatsApp videos. HOD ignored my complaints and the perp even had the audacity to launch a smear campaign against me; just because he’s in serban and I’m just a normal Muslim girl.

The truth is - regardless how the woman behaves - it gives no right to nobody to think of it as an invitation. If this is the kind of thinking that our society has; it’s not a safe place for our daughters to grow up in
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 03:02 PM | Show all posts
kwn aku kena gak sexual harassment nie dgn boss sendiri, tp skrg dah bhnti kerja pun, kerja tempat lain,
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia nak apa sebenarnya??
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Xsalah jd peramah..tp tgok keadaan n kena jaga jgk batas tu..
Jgn ngn suami2 org pun sama naik bgurau..sbb prnh kenal sorg akak ni..yg time tu dia xkawen lg..tp jnis peramah tu semua dia nk tegur bgurau..even ngn suami2 org pun..
Smpai kn dia boleh buat lawak bila org sindir dia psl nk gnti wife dlm master bedroom ke apa..
Tp tkejut jgk la iols dgr..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2020 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak cam tak pircaya minah ni la. Korang cemana?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kaoru44 replied at 25-6-2020 04:04 PM
Xsalah jd peramah..tp tgok keadaan n kena jaga jgk batas tu..
Jgn ngn suami2 org pun sama naik bgur ...

Khuewn? Akak stuju. Di opis, paling birah semestinya bini orang. Dan janda yang pernah jadik bini orang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut pengalaman akak, kalau ngko reti matikan cobaan jantan menggedik dengan ko or ko lansung tak layan/tak bagi muka, meka pon malas kacau apatah lagik nak cakap bukan2.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 25-6-2020 04:12 PM
Khuewn? Akak stuju. Di opis, paling birah semestinya bini orang. Dan janda yang pernah jadik bini  ...

Tu betul jgk..tp akak sy kenal tu dia xkawen lg time tu..ank dara lg..tkejut jgk berani bgurau mcm tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.093200 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list