"erjalanan dia ke pejabat aku untuk temuduga mengakibatkan dia mendapat kemalangan. Yang melanggarnya lari. Sebak aku kerana dia masih datang temu duga dalam keadaan berdarah semata-mata untuk selesaikan juga temuduga dengan aku.
"Terketar-ketar dia depan aku menahan sakit. Aku suruh dia ke hospital namun dia tetap paksa aku untuk interview (temu duga) dia. Kau sangat cekal dik dan aku dapat tahu tulang rusuknya patah dan hatinya bengkak," tulisnya di Instagram.
Kata pengarah, penerbit dan pelakon itu, dia akan menunggu sehingga lelaki berkenaan sembuh kerana kecekalannya dalam mencari rezeki.
Kredit foto: Harian Metro/IG Erma
Sementara itu, Harian Metro melaporkan, Erma berjanji menawarkan jawatan bersesuaian sebaik lelaki itu pulih nanti.
"Saya percaya jika begitulah sikapnya, maknanya apabila dia bekerja juga dia akan bersungguh-bersungguh seperti itu. Dalam keadaan begitu dia masih berusaha. Itu yang menyentuh hati saya," katanya kepada Harian Metro.
Manakala, Ahmad Muzammil Mohd Haflan, 33, yang masih menerima rawatan di hospital meluahkan rasa terima kasih dan terharu apabila Erma sanggup menunggu hingga dia sembuh untuk memberi peluang bekerja kepadanya.
Kata jurugambar sambilan itu, dia mengabaikan rasa sakit dan luka yang masih berdarah kerana memikirkan temujanji yang sudah dibuat dengan Erma.
"Saya tak bolehlah tak datang sebab nanti kak Erma ingat saya tak serius nak mohon jawatan itu," katanya. -
CARI