Ramai kurang senang apabila pendakwah bebas Da'i Wan Dazrin Wan Din menegur orang ramai yang leka dengan cabaran 'Lathi Challenge'.
Bukan saja netizen tanah air, malah dari negara seberang juga mengecam dan meninggalkan komen negatif apabila tarian itu disifatkan mengandungi elemen syirik dan memuja.
Belum reda isu ini diperdebatkan, Mufti Wilayah Persekutuan baru, Dr Luqman Abdullah tampil melontarkan pandangannya.
Yang pasti, mesti ramai 'panas hati' dengan kenyataan mufti berkenaan yang menggesa orang Islam terutamanya untuk menghentikan segala bentuk cabaran yang berbentuk pemujaan demi menjaga akidah.
Kredit foto: Mufti Wilayah
Malah, beliau menyifatkan seseorang melakukan Lathi Challenge adalah haram dan berdosa.
"Setakat maklumat yang kami dapati, Lathi Challenge ini pada mulanya dipopularkan oleh Jharna Bhagwani di aplikasi TikTok, kemudian tular di media sosial dan ramai menyahut cabaran tersebut dengan mengenakan pakaian ala-ala tradisional nusantara (Jawa) dan menari mengikut alunan lagu, lalu tiba-tiba menukar wajah dan pakaian mereka menyerupai hantu yang mengerikan.
"Kami ingin menegaskan bahawa tindakan menularkan cabaran-cabaran (challenges) seperti ini tidak patut dilakukan, apatah lagi ia melibat perkara bertentangan dengan akidah Islam.
"Tarian yang mempunyai unsur pemujaan dan ritual yang menyalahi akidah Islam, serta pemakaian dan solekan menyerupai syaitan atau hantu seperti Lathi Challenge ini termasuk dalam tasyabbuh yang dilarang di dalam hadith. Oleh itu, hukum seseorang melakukan Lathi Challenge adalah haram dan berdosa," nasihatnya. - CARI
Post time 19-6-2020 01:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by dua_chzy at 19-6-2020 01:12 PM
CatMiow replied at 19-6-2020 01:02 PM
Kalau baca lirik tu tak de kaitan dengan pemujaan.
Tapi ntah kenapa dorng buat tarian mcm hantu ...
Sebab cerita mitos yang jadi inspirasi lagu ni bilang pompuan tu balas dendam pada si lelaki guna ilmu hitem. Sebab tu hada part penjelmaan hantu syaiton melambangkan bagaimana manusia sanggup dikuasai kegelapan demi membalas dendam disebabkan sakit hati, binci dan amarah yang tiada terbendung.
music jawa mmg bunyi mcm seram2 skit sebb alat musik die guna tu..kalau sunda mendayu2 pula..dgn seruling pe sume...mmg musik klasik kan..cube guna melayu pulak tengok...haha..kalau gitu yg cerite2 hantu mak limah sume tu ,, harum sundal malam tu kena banned juga la patutnya..sebab hareemm...lol
Post time 19-6-2020 01:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
CatMiow replied at 19-6-2020 01:02 PM
Kalau baca lirik tu tak de kaitan dengan pemujaan.
Tapi ntah kenapa dorng buat tarian mcm hantu ...
Pernah baca lagu ni kisah dia ppuan tu suci2 je..lps kna cheat ka khianat dgn boypren lpastu dia sihirkn laki tu yg berubah 180..algitu storyboard mv lathi ni.lirik mmg xda kaitan dgn pemojaan
Post time 19-6-2020 01:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ada indon jawo bgtau aku...lathi tu maksud dia lidah....ada dia bgtau aku maksud lirik lagu yg dlm bahasa jawo tu....lupa dh(sb aku x berapa nk amik kisah)
Post time 19-6-2020 02:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
seri_mawr replied at 19-6-2020 02:03 PM
mcm2 korang ni....segala mak nenek challenge nak di buat....
suka benar ber tik tok...
actually iols baru install tik tok Benda ni universal ada lawak, ada ilmu, ada mcm2 story la Iols suka layan prank keemozi, magic bdk msia tu, komedi cina2 msia -mereka ni buat lawak dlm bm
artis2 msia & bbnu je yg suka terkinja2 dlm tiktok tu
penah anak iols baru balik dr kelas hari sabtu (sblm MCO)....ada kawan bawak hphone and bertiktok...
balik rumah dia ckp...ibu..kakak suka tgk tik tok....aku macam....errrkkk...???whatt..??tik tok...?? no tik..tok..tik tok...gitu aku jawab...
aku tgk artis malaysia bertiktok...pening aku....
mcm x berapa nak berkenan....terkinja2 depan phone....pastu post kat IG....