Nampaknya, Siti Elizad yang gemar mengikuti aktiviti permotoran mengundang rasa kurang senang seorang 'makcik bawang'.
Difahamkan, dalam perkongsian foto bersama Shamsul Baharin Abdul Rahman dan kumpulan mereka ketika menyertai aktiviti permotoran pada hujung minggu, individu berkenaan meninggalkan komen jelik terhadap pelakon berusia 36 tahun itu.
"Eee, macam jantan," tulisnya yang kemudian memadam komen berkenaan selepas 'dihentam' peminat Elizad.
Kredit foto: mStar/IG Elizad
Berkata kepada mStar Online, Elizad tidak kisah dengan pandangan orang kerana baginya, dia selesa berpakaian sesuai dengan imej penunggang motosikal berkuasa tinggi.
"Tak kisahlah orang nak kata macam jantan pun, bawa motor takkan nak pakai skirt pula.
"Yang penting makcik tu sakit hati pula kita pakai macam itu. Makcik ada masalah ke dengan kita?
"Kalau gambar seksi bukan main lagi semua kecam, ini kita pakai baju tiada yang terdedah pun kena kecam!" katanya kepada mStar.
Pakai begitu pun menjadi isu ya? - CARI |