Lagu yang digunakan dalam cabaran Lathi Challenge semakin hangat diperkatakan terutama selepas pendakwah bebas Da'i Wan Dazrin membuat teguran.
Da'i Wan sebelum ini menggesa orang ramai berhenti daripada melakukan cabaran transformasi wajah cantik bertukar menjadi hantu itu kerana ia dikhuatiri mengandungi unsur syirik dan khurafat.
Berikutan itu, ahli kumpulan Indonesia, Weird Genius yang menyanyikan lagu Lathi bersama Sara Fajira tampil bersuara mengenai isu ini.
Kredit foto: IG Weird Genius
"Sampai ada yang tanya saya apa rasa makan duit dari lagu begitu, saya hanya gelak.
"Menurut pandangan saya, setiap orang ada kesibukan masing-masing. Kami sibuk buat lagu. Ada orang lain yang sibuk memerhati, komen dan menganalisis. Jadi tidak mengapalah!" kata Reza Arap dan Eka Gustiwana yang dipetik mStar Online.
Sementara itu, Wan Dazrin tampil memohon maaf sehari selepas membuat teguran berhubung cabaran Lathi Challenge dek dihujani kecaman warga maya dari negara jiran.
Katanya, dia akui kekhilafannya dalam penggunaan kata menyampaikan teguran.
Kredit foto: IG Da'i Wan/Mawar Rashid
Dalam pada itu, seorang anggotanya, Gerard Liu mempersoalkan bahagian lirik lagu yang didakwa mengandungi unsur pemujaan.
"Saya tertanya juga bahagian mana, tapi tiada yang boleh jelaskan. Jadi, saya pun bingung.
"Saya berpendapat itu hanya sebahagian seni, jadi tiada apa yang salah," ujarnya. - CARI
BACA JUGA: Lathi Challenge, Orang Jawa 'Sentap' Dengan Teguran Wan Dazrin |