View: 19194|Reply: 71
|
[Politik]
Adakah Najib akan disabitkan bersalah pada 28hb Julai nanti?
[Copy link]
|
|
Keputusan tujuh pertuduhan penyewelengan milik SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan diketahui 28 Julai ini
Pertuduhan itu melibatkan pecah amanah, salah guna kedudukan dan penggubahan wang haram.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan tarikh tersebut selepas hujahan penggulungan akhir kes pembelaan SRC International berlangsung selama hari yang mana pihak pembelaan mengemukakan hujah pada hari ini.
Ketika menetapkan tarikh itu, kata Mohd Nazlan, beliau telah mendengar hujah kedua-dua pihak dan juga membaca hujah bertulis setebal 2,000 muka surat.
“Setelah mendengar semua hujahan dua-dua belah pihak secara panjang lebar dan mendalam, mahkamah akan menimbang semua fakta, bukti yang telah dikemukan sebelum memutuskan andainya pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah mengikut Seksyen 182A(1) Kanun Acara Jenayah.
“Semoga hujahan lengkap dan mendalam oleh kedua-dua pihak ini membantu mahkamah dalam memastikan dan menimbangkan serta memutuskan jika pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
“Saya berhasrat untuk memberikan penghakiman akhir pada bulan hadapan iaitu pada 28 Julai depan,” katanya selepas pendakwaan dan pembelaan menutup hujahan masing-masing di akhir kes sebentar tadi.
Pada 11 November tahun lalu, Mohd Nazlan memerintahkan Najib membela diri terhadap tiga dakwaan pecah amanah jenayah (CBT), tiga tuduhan pengubahan wang haram dan satu tuduhan salah guna kuasa.
Najib didakwa pada 4 Julai tahun lalu atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan terbabit antara 17 Ogos 2011 dan 2 Mac 2015.
Pendakwaan itu mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana yang lebih tinggi.
Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc, Datuk V Sithambaram, manakala peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ialah peguam utama pihak pembelaan.
Sebanyak 807 eksibit atau barang kes dikemukakan ke mahkamah dalam perbicaraan selama 91 hari bermula 3 April 2019 yang turut membabitkan nota prosiding kira-kira 6,000 muka surat. Sebelum ini, pihak pendakwaan mengemukakan 57 orang saksi.
Manakala perbicaraan pembelaan yang bermula 3 Disember tahun lepas selama 33 hari dan 19 saksi. –MalaysiaGazette
Korang rasa adakah DS Najib Razak akan disabitkan bersalah pada 28hb Julai nanti?
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ini berita dari luar negeri.....
1MDB-linked corruption trial closes, with defence saying Najib was victim of a scam
KUALA LUMPUR - The corruption trial of Malaysia's former premier Najib Razak relating to funds misappropriated from SRC International, a former subsidiary of 1Malaysia Development Berhad (1MDB), has finally closed, with the judge setting July 28 for a verdict. The trial began in April last year.
The defence has pinned the blame on elusive financier Low Taek Jho, otherwise known as Jho Low, calling Najib a "victim of a scam".
Led by Shafee Abdullah - himself on trial for money-laundering and tax evasion - the defence has maintained that Low mismanaged Najib's accounts.
Perdana Muntri Malaysia kena scam
Bukan saja makcik2 gersang kena scam dgn negro....korang punya PM pun kena scam juga lol
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya percaya najib seorang yg naif dan suci mcm bayi yg baru dilahirkan sbb tu kena scam..jahat la jolow tu..isk x baik tau jolow scam najib |
|
|
|
|
|
|
|
Semua orang Melayu mengharapkan DS Najib bebas daripada segala fitnah dan pertuduhan berunsur politik
hanya nons yang perlukan najib bersalah demi kepentingan sempit mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg najib x bersalah. Tapi terpulang pada Hakim lah kalau dia x suka Najib boleh jer dia nak twist alasan2 utk jadi kan Najib tu bersalah. Tp kelakar lah sedangkan saksi2 utama Jlow n Nik Faisal x jumpa sampai skrg. Padahal Atuk n gang kemain kata tau diaorg kat mana n bg mcm2 alasan x nk bwk balik 2 org tu sampai kata dah jd beruang. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam mendokan Allah SWT akan menunjukan kebeneran jangan lah hendaknya kita memohon yang tidak baik untuk Najib Klepto.....
Misalnya janganlah kita berdoa dia akan di sontot oleh otai otai penjara kelak. Cukoplah jika kita berdoa agar si Klepto itu menjalani hukomannya dengan aman dan diberi peluang untok bertaubat. |
|
|
|
|
|
|
|
Perdana muntri sebuah Negara kena scam... Berbillion billion duit Negara Dan rakyaat hilang kerana Perdana muntri bongok sampai kena scam.
Malang sungguh negara itu....
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesilapan Klepto Kepit itu hanyalah dia terlalu leka mendahulukan rakyat sehingga tak sadar dia kena scam di mana orang masokan Rm42,000,000.00 kedalam akaun dia lalu dia pon menggunakannya setelah merasa takajut. Prrrrrrrrrrrrrrrpfffftght |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga yg bersalah dihumban ke penjara secepat mungkin........amin |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul dia bersalah, selayaknya lah dia dikenakan hukuman...
Nanti blh kongsi pengalaman dgn anuar. |
|
|
|
|
|
|
|
dizekni replied at 5-6-2020 08:58 PM
Semua orang Melayu mengharapkan DS Najib bebas daripada segala fitnah dan pertuduhan berunsur politi ...
insya Allah DSN akan terlepas dari bencana fitnah Pakatan Hancing yg sekian lama menabur fitnah termasuk mengfitnah DSN sebagai pembunuh bersiri yg bunuh ramai org kononnya. semoga tukang2 fitnah ini mendapat bala yg setimpal |
|
|
|
|
|
|
|
harizs replied at 5-6-2020 11:23 PM
insya Allah DSN akan terlepas dari bencana fitnah Pakatan Hancing yg sekian lama menabur fitnah te ...
Insha Allah
itu la yang kita harapkan,
keadilan untuk semua manusia tak kira apa latarnya
Amin |
|
|
|
|
|
|
|
Apsal rakyat marhaen kena scam laen machiam. Mangsa hilang duit, scammer pakai duit scam. Bijan pakai duit, scammer bagi duit. Rakyat tetap rugi la sebab duit rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
Zahid Hamidi kena panggil mesyuarat ni, buat persiapan untuk raikan pembebasan Najib.
Pastikan buat besar2an |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by salamon at 6-6-2020 02:00 AM
1MDB: Rafizi Didapati Bersalah Langgar OSA
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli didapati bersalah kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 apabila memiliki laporan audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tanpa kebenaran dan mendedahkannya kepada media.
Hakim Mahkamah Sesyen, Zulqarnain Hassan mendapati Rafizi bersalah di atas kedua-dua kesalahan.
Zulqarnain pada Isnin berkata, video mengenai Rafizi membuat sidang media berhubung isu terbabit jelas menunjukkan beliau melakukan kedua-dua kesalahan.
Tambah Zulqarnain, Rafizi gagal membangkitkan keraguan di atas dakwaan terhadapnya.
Rafizi didakwa memiliki halaman 38 laporan audit 1MDB tanpa kebenaran, yang mana beliau melanggar OSA 1972.
Beliau dikatakan melakukan kesalahan itu di lobi Parlimen di Jalan Parlimen di sini, pukul 3 petang 24 Mac tahun ini.
Rafizi, 39, turut didakwa kerana mendedahkan kandungan laporan audit pada halaman yang sama menerusi sidang media 28 Mac lalu.
Pada 8 April lalu, Rafizi mengaku tidak bersalah kerana melanggar OSA. Beliau kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 bagi sebutan semula kes.
Menurut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, ahli Parlimen akan hilang kelayakan sekiranya dijatuhkan hukuman untuk tempoh tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM2,000, dan tidak mendapat pengampunan.
p/s: nak tangkap org lain tapi diri sendiri tertangkap terlebih dahulu .. PAKAR FORMULA TERCIDUK GAISS |
|
|
|
|
|
|
|
sudah2 la tu menabur fitnah bertahun2 mcm fitnah Lynas adalah loji nuklear |
|
|
|
|
|
|
| |
|