"Hello semua, hai bossku. Ini Maria Ozawa, ahli dan duta Mposport (laman judi online). Saya ingin meraikan sambutan lebaran bersama anda dan keluarga."
Kredit foto: IG Mposport
Bekas bintang porno Maria Ozawa menerusi laman Instagram mengucapkan selamat hari raya kepada umat Islam dalam bahasa Inggeris dan Indonesia.
"Selamat Idul Fitri, mohon maaf zahir batin," katanya yang berharap agar dia menyebutnya dengan betul dan orang ramai faham apa yang cuba disampaikannya.
Dalam ucapannya, Maria juga berharap pandemik Covid-19 tidak menghalang Aidilfitri disambut dengan gembira.
"Semoga Tuhan menunjukkan jalan yang benar kepada kita untuk menjadi lebih baik walaupun meraikan kemenangan ketika dilanda pandemik Koronavirus.
"Tolong jaga diri dan semoga kita dapat bertemu lagi," ucapnya. - CARI
|