"Tolonglah, sudah cukup kami menjadi saksi segala aniaya yang dilakukan si pemabuk tak sedar diri ini."
Selain krisis pendemik COvid-19, negara kita kini kecoh dengan kes arak dan pemandu mabuk.
Gambar hiasan
Kredit foto: BBC
Seorang doktor menerusi hantaran Facebook bersetuju individu cedera dalam apa jua kemalangan disebabkan mabuk wajar dikenakan tindakan berat dan dihukum selayaknya serta ditarik subsidi perubatan.
Pakar bius dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Nurilyani Bujang berkongsi pengalamannya berdepan bekas pesakit yang mengugut akan 'menghantar peguam' jika aduannya tidak dilayan.
Individu terbabit mendakwa kononnya berlaku kecuaian daripada pihak hospital sehingga menyebabkannya mengalami kecacatan kekal.
Kredit foto: FB
Menurut Nurilyani, situasi itu umpama melepaskan anjing yang tersepit.
"Si pengadu ialah pemandu mabuk yang melanggar sebuah kereta sehingga ada ahli keluarga tidak bersalah itu mati.
"Dia tenat dan dibawa ke hospital. Berbulan dia duduk di hospital sehingga akhirnya boleh bergerak menggunakan kerusi roda.
"Setelah pulang ke rumah (dengan bil yang telah diberi subsidi), beliau menghantar pula ugutan kepada kami," luahnya terkilan.
Kredit foto: FB
Kaki mabuk memang tak sedar diri! - CARI |