CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3578|Reply: 22

[Dunia] Siapa sangka pisang ‘gergasi’ rupanya wujud di Indonesia

[Copy link]
Post time 20-5-2020 10:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 19-5-2020 06:03 PM

Siapa sangka pisang ‘gergasi’ rupanya wujud di IndonesiaFMT Reporters -

May 19, 2020 8:00 AM


Setandan pisang boleh mencecah berat sehingga 60kg dan 15m panjang. (Gambar Twitter)
Majoriti sesiapa sahaja pasti menyukai pisang sama ada makan begitu sahaja atau digoreng atau sebagai apa jua hidangan lain.

Ini kerana pisang merupakan sejenis buah yang sesuai dimakan semua golongan kerana ianya mempunyai khasiat yang cukup bagus terutamanya daripada segi pencernaan.

Pisang mempunyai pelbagai jenis seperti pisang susu, pisang berangan, pisang emas dan bermacam-macam jenis lagi.
Namun baru-baru ini viral di Twitter yang memaparkan sejenis buah pisang yang dikenali sebagai Musa Ingens, iaitu pokok pisang yang paling besar di dunia.

Pisang ‘gergasi’ ini dikenali sebagai Musa Ingens. (Gambar Twitter)
Difahamkan ketinggian pokok ini boleh mencecah sehingga 20m hingga 25m sedangkan untuk ketinggian pokok pisang biasa lebih kurang 2-5m sahaja.

Panjang daun pokok pisang ini pula boleh mencecah 5m dan lebarnya pula 1m.
Dipercayai pokok ini tumbuh di Pergunungan Arfak, Papua Barat.

Ketinggian pokok ini boleh mencecah sehingga 20m hingga 25m sedangkan untuk ketinggian pokok pisang biasa lebih kurang 2-5m sahaja. (Gambar Twitter)


Manakala dalam setandan pisang boleh mencecah berat sehingga 60kg dan 15m panjang.
Posting yang viral di Twitter itu mendapat perhatian netizen dan mereka tidak menyangka ada buah pisang sebesar itu.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/19/siapa-sangka-pisang-gergasi-rupanya-wujud-di-indonesia/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2020 10:05 AM | Show all posts
tak minat besar2 ni.. suka yg sedang2... baru nikmat
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Oooo kat Papua. Ingatkan kat tanah Jawa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
ini kalau jual pisang goreng untung berganda2. buat cekodok setandan tu mau boleh jual seminggu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau boleh dibiak kenapa tak dijadikan tanaman komersial ya. Selain boleh jadi satu daya tarikkan pelancung boleh menjana hasil lumayan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 10:16 AM | Show all posts
Pisang kegemaran @Modngengade
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2020 10:19 AM | Show all posts
menarik, mcm pisang makanan utk gergasi
wonder dolu2 gergasi ada dok kat situ kot?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Jack and the beanstalk blh diclaim jadi Wak dan pisang gergasi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2020 10:26 AM | Show all posts
Saiz pokok pisang mcm pokok balak..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 10:29 AM | Show all posts
Pisang tinggalan zaman dinasour dulu2..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni pisang zaman dinasour agaknya... ni atok moyang pisang
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 11:41 AM | Show all posts
Kurex replied at 20-5-2020 02:05 AM
tak minat besar2 ni.. suka yg sedang2... baru nikmat

made in papua tau.. iras-iras afrika..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 11:43 AM | Show all posts
Themilo replied at 20-5-2020 11:41 AM
made in papua tau.. iras-iras afrika..

taknak..... tak terasa pisang tu kalau besar sgt walaupun kacukan pisang papua
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 09:26 PM | Show all posts
Wowwww.........Dan Maideen ingat "isang Deli" kat depan rumah Maideen tu dah besar sangat.......
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 11:00 PM | Show all posts
Spcies yang jarang diketahui kalau ada setandan cukup untuk kenduri sekampung
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Papua banyak buah2 yg Pelik. Ada buah yg mcm rambutan Tapi rasa durian pun kat sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 20-5-2020 10:05 AM
tak minat besar2 ni.. suka yg sedang2... baru nikmat

Pisang emas yg sedap.. yg kontot2 tu..

Yg lain2 tu elok buat goreng pisang atau kerepek je mcm pisang tanduk...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 01:50 AM | Show all posts
besarnya pisang papua
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 01:53 AM | Show all posts
apa baja dia pakai, besarnya
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 03:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Senak perut


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.049031 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list