CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4942|Reply: 51

Syed Saddiq Tak Faham Kenapa Menteri Kabinet Makan Rasuah

[Copy link]
Post time 12-5-2020 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Kredit foto: Facebook




Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak faham mengapa ada keperluan untuk menteri Kabinet makan rasuah.


Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, mereka menerima gaji, elaun dan bayaran sekali beri (one-off payments) yang tinggi.


Seperti yang diperincikan oleh beliau dalam kenyataan melalui Facebook, gaji sebagai menteri dan Ahli Parlimen adalah kira-kira RM55,000 sebulan.







"Ini tidak termasuk kalau kerap balik kawasan atau hadiri program yang jauh dari pejabat kerana ada insentif tambahan," jelasnya.


Selain itu, katanya, Ahli Parlimen yang menjadi menteri menerima elaun sekali beri pinggan dan mangkuk sebanyak RM42,000, elaun tahunan percutian (RM70,000), elaun makanan (RM180 setiap orang) dan elaun pindah rumah (RM10,000).


"Apabila diberhentikan sebagai menteri, dapat lagi bayaran sekali beri lebih kurang RM150,000," katanya.




Demonstrasi memasak mee bandung Muar oleh Syed Saddiq.
Kredit foto: Facebook




Sehubungan itu, Ketua Armada Bersatu tersebut kesal apabila ada pihak mengaitkan kes kehilangan wang kira-kira RM250,000 di rumahnya pada Mac lalu dengan rasuah.


Beliau memaklumkan, wang itu miliknya dan keluarga serta ingin digunakan untuk renovasi rumah.

"Walaupun diberikan lesen import (AP) semasa jadi menteri, saya tiada langsung membeli kereta mewah. Tiada Vellfire, tiada sports car. Saya juga tiada aset mahal/baru yang dibeli.

"Saya juga tiada rumah baru, kecuali rumah yang dimiliki saya dan keluarga di Shah Alam yang mula dibeli sejak sebelum jadi menteri," jelasnya.


Syed Saddiq turut menyatakan, tiada seorang pun kontraktor yang menerima kontrak darinya kerana semua bidaan perlu melalui jawatankuasa tender yang bebas dari campur tangan menteri.







Betul juga apa yang Syed Saddiq cakap, kalau pendapatan sudah tinggi sepatutnya jangan melibatkan diri dengan rasuah. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2020 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tamak. Satu perkataan tu je.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2020 10:29 AM | Show all posts
Setuju sangat sebab utama adalah tamak
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2020 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Elaun Pinggan Mangkuk tu cane?
Dapat set pinggan Correlle, Arcopal ke cuols??
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2020 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
234126: Tamak. Satu perkataan tu je.



Plus nak jaga ramai org bawahan.. menteri2 ni banyam rahsia. So bak tutup mulut org yg berahsia tu kena bg rasuah.. sbb tu deols pon x kisah nk terima rasuah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2020 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Seronoknye patut lar MahaMuruku rajin sangat jadi ahli politik. Orang lain semua malas, supaya dia boleh bolot semua. Dasar MahaMendeliar!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2020 10:37 AM | Show all posts
kadang2 mmg org nak bagi

tu yg ngappp

bila dah ngappp skali

ketagih nak berkali2

biasala mende sedap
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2020 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknya duit. Patut le semua tak puas hati bila kena tendang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2020 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pokaibanktokyo at 12-5-2020 02:56 AM

Bodoh ini pengkhianat. Apahal tak tanya sekali kenapa sendiri suka bersekongkol dengan jailbird Lim guan eng
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2020 10:58 AM | Show all posts
cer tanya menteri yg meminta ex AG gugurkan pertuduhan rasuah tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2020 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 12-5-2020 10:54 AM
Bodoh ini pengkhianat. Apahal tak tanya sekali kenapa sendiri suka bersekongkol dengan jailbird Lim  ...

Tanya xpaham kenapa menteri makan rasuah walaupun gaji banyak pun nak butthurt ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2020 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 12-5-2020 10:31 AM
Elaun Pinggan Mangkuk tu cane?
Dapat set pinggan Correlle, Arcopal ke cuols??

Kalau dah 42K maybe dapat set portmeirion

Itu jah set mahal yang iols tahu hihi
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2020 11:12 AM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 12-5-2020 03:06 AM
Tanya xpaham kenapa menteri makan rasuah walaupun gaji banyak pun nak butthurt ke?

Tanya apahal pengkhianat suka bersekongkol dengan pemakan rasuah pun mau butthurt ka ?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2020 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 12-5-2020 11:12 AM
Tanya apahal pengkhianat suka bersekongkol dengan pemakan rasuah pun mau butthurt ka ?

Hang tengah cakap pasal PN ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2020 11:18 AM | Show all posts
RatuDunia94 replied at 12-5-2020 10:31 AM
Elaun Pinggan Mangkuk tu cane?
Dapat set pinggan Correlle, Arcopal ke cuols??

rasa dia x perlu ade specific brands.. yg penting amount yg diclaim ikut max total amount yg boleh di claim je.. kalo beli yg mahai.. dpt sikit je la.. kalo beli yg murah bole le pakai 7 keturunan.. ko ghaser.. mau ke nak yg murah2.. kadang nak jamu vip... caterer bole cover.. kalo majlis kuarge mesti nak show of pinggan mangkuk mahai walau cuma duk dlm lemari kaca jew..

ohoho my 2 cents
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2020 11:23 AM | Show all posts
haruslah kena songlap.mana cukup nak soping handbeg Hermes ngn diamond pink blingbling kalo stakat gaji 50k jah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2020 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
bulan_gerhana replied at 12-5-2020 11:18 AM
rasa dia x perlu ade specific brands.. yg penting amount yg diclaim ikut max total amount yg boleh ...

Amboiii... beli kat Kedai Eco je dah lah pinggan mangkuk tu.. jimat duit rakyat..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2020 11:24 AM | Show all posts
hal rahsuah ni.. suda berapa lama da.. kalo dah nama poitik . sebaik mana pun org tu.. mesti ade ambik dan beri rasuah.. cuma dlm terang ke gelap dan ade 3rd parties ke idok... kadang policy dia x ambik.. cuma dia ckp.. pegi bagi kat org lain.. means org2 bawahan dia la yg kenyang..

rasuah x semesti dlm bentuk wang ringgit yg nampak.. dlm bentuk barangan ade.. dalam bentuk pertolongan ade.. dlm bentuk projek adew.. dlm bentuk sumbangan pejabat ade.. mcm2 bentuk..

si sayed ni x lama dlm pentadbiran.. x byk pengalaman.. mata dia belum penuh terbukak... dan rasa dia dah sedia ada lahir dlm dulang emas.. maybe x pandang sume ni.. kalo reality kat bawah dia x pernah tau.. org merangkak nak job.. tapi cuma org biashe2 je.. nak job juga walau x seberapa untungnya.. kene le huloq2 sikit bagi nak senang buat keje... sume ni punca2 rasuah juge...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2020 11:27 AM | Show all posts
RatuDunia94 replied at 12-5-2020 11:24 AM
Amboiii... beli kat Kedai Eco je dah lah pinggan mangkuk tu.. jimat duit rakyat..

ape kerlastt kedai eco ... nak brand queen ke... eh ado lagi ke brand ni .. keke tah la iols x rethi brand2 org atas2 selalu pakai.. takat vision.. corelle iols tau le.. itu pun  bukan iols yg beli.. present masa kawen dulu2.. la ni pakai melamin je.. kalo anak2 terjatuhkan ke.. x le pecah berderai..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2020 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Marah betul SS ni sebab tak sempat nak cekau..ingat boleh bertahan satu penggal..abang2 dlm kabinet separuh penggal dah belahak..SS je masih bertatih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.095264 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list