Sektor ekonomi mula dibuka kembali sejak 4 Mei lalu termasuk pusat membeli belah di seluruh negara.
Seorang pemuda berkongsi keadaan di pusat membeli-belah Metrojaya, Sabah sebaik ia dibuka kepada orang ramai. Hampir kesemua barangan kulit berjenama di situ diselaputi kulat.
Kredit foto: Twitter Iqbal Sheikh Ali
Berikutan perkongsian itu, warganet berkongsi teori masing-masing mengenai keadaan tersebut serta cara membersihkan kembali kulat pada permukaan barangan terbabit.
Bahaya kepada individu yang ada masalah resdung
Lebih 40 hari barangan terdedah kepada udara lembap menyebabkan perkara ini berlaku.
Boleh dibersihkan dan kembalikan kepada keadaan asal...
Gilap dan lap semula guna cecair khas...
Perkara sama berlaku pada tempat barang solek.
Boleh Celup Tepung - Akibat Terlalu Lama Tak Buka Kedai Kerana PKP
Barangan kulit biarpun tahan lasak, namun masih memerlukan belaian dan penjagaan yang teliti. Bertabahlah pekerja semua untuk membersihkan kembali kulat tersebut nanti. - CARI
|