View: 13633|Reply: 88
|
Elyana Masih Larat Berpuasa Walaupun Bertarung Melawan Kanser
[Copy link]
|
|
Pelakon dan penyanyi, Emeelya Elyana Emrizal atau lebih mesra disapa Elyana masih bertarung melawan kanser Limfoma tahap 4 yang dihidapinya sejak 8 tahun lalu. Namun, isteri dan juga ibu kepada dua cahaya mata ini tetap positif meneruskan rutin harian bersama keluarga tersayang.
Berkongsi perkembangan kesihatannya kepada BH Online, Elyana memberitahu bahawa dia masih sakit namun tidaklah seteruk seperti dahulu.
"Saya masih pesakit kanser tahap empat di mana sel kanser masih wujud dalam badan. Cuma, sekarang, sakit saya tidak seteruk seperti awal-awal dahulu.
"Alhamdulillah, tahap kesihatan saya sekarang biasa sahaja. Kadang-kadang saya sakit, ada kalanya tidak.
"Ada juga masanya saya penat, seperti mahu ke tandas pun saya letih. Bagaimanapun, semuanya baik-baik sahaja sekarang," katanya kepada BH Online.
Elyana mengaku sudah lebih setahun dia tidak berjumpa doktor atau pergi membuat pemeriksaan di hospital.
"Kali terakhir saya ke hospital adalah awal tahun lalu untuk menjalani rawatan radioterapi selepas sel kanser menyerang tulang belakang.
Kongsi Elyana, tahap kesihatannya itu mungkin kesan daripada amalan pemakanannya.
Bertanya mengenai ibadat puasa, Elyana bersyukur masih mampu menunaikannya.
"Alhamdulillah, saya masih larat berpuasa memandangkan saya juga tidak perlu memakan ubat mengikut masa tertentu.
"Anak saya, Cinta Sumayyah yang berusia sembilan tahun pun berpuasa penuh. Jadi, malulah kalau saya tidak berpuasa.
"Kebetulan, sebelum saya mengambil anak angkat tahun lalu, saya mengupah pembantu rumah. Jadi tidaklah memenatkan untuk mengasuh anak angkat," katanya.
Tahun lalu, Elyana mengambil Cahaya Ramadhani sebagai anak angkat. Pada 17 Mei ini, Cahaya genap setahun.
Sama-sama kita doakan Elyana terus kuat dan sembuh suatu hari nanti - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
limfoma ni bahaya ke? sebab tengok dah tahap 4 pun badan macam sihat je..kesiannya
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by belacan_gurl at 8-5-2020 05:44 PM
Kuat semangat dia ekk ...sbb selalunya yang mampu bertarung dgn kanser hanya mereka yg kuat semangat...dan sokongan dari family juga mesti kuat...semoga awak sembuh elyana mereka yg ahli kuarga ada kanser tau la betapa sakitnya bila buat rawatan kimo...menangis2 ooo..kita tgk sedih je |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
|
belacan_gurl replied at 8-5-2020 05:42 PM
Kuat semangat dia ekk ...sbb selalunya yang mampu bertarung dgn kanser hanya mereka yg kuat semangat ...
Kita nampak dia kuat sebab tu yg dia tunjuk. Dia tunjuk kt orang semua positive, dia bagi kata semangat kat orang yg senasib dgn dia tapi dia kata sebenarnya dia tak kuat pun, ada hari dia down tapi dia tak tunjuk kat orang. Apa yg dia tunjuk kt ig dia tu semua yg happy happy sampai ada yg fitnah dia menipu pasal cancer Nasib la ye siapa yg fitnah dia tu merangkak la kat padang mahsyar nnt. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga kuat semangat elyana.. dugaan untuknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok dikk akak mls nk kecam..good luck je lah . |
|
|
|
|
|
|
|
lain orang lain dugaan bila kena kanser. Ada yang jenis akan tayang kesakitan kat umum, ada yang jenis taknak tayang sakit..nak bgtau yang baik2 je. Elyana jatuh dlm golongan kedua. Kuat semangat dia |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah semoga berterusan sihatnya. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tahap 4 tapi setahun dah tak jumpa doktor?? oh my...akak tk tau nak ckp apa dik. ko yg tau badan ko camne.moga yg baik2 aje la |
|
|
|
|
|
|
|
belacan_gurl replied at 8-5-2020 05:42 PM
Kuat semangat dia ekk ...sbb selalunya yang mampu bertarung dgn kanser hanya mereka yg kuat semangat ...
betul..penah baca dulu sorang cancer survivor..dia cakap takleh stress, kena sentiasa positive dan happy..kalau tak memang sakit |
|
|
|
|
|
|
|
Elyana ni tabah betul. Respek |
|
|
|
|
|
|
|
anakjiran: limfoma ni bahaya ke? sebab tengok dah tahap 4 pun badan macam sihat je..kesiannya
adik aku kanser lymphpma.. 2tahun nak diagnose.. memang nampak sihat.. tp bila malam nak tdo sakit Allah je yg tahu... |
|
|
|
|
|
|
|
zuriey replied at 8-5-2020 07:00 PM
Ok dikk akak mls nk kecam..good luck je lah .
Yelah. Gudlak lah |
|
|
|
|
|
|
|
anakjiran replied at 8-5-2020 05:42 PM
limfoma ni bahaya ke? sebab tengok dah tahap 4 pun badan macam sihat je..kesiannya
Tengok apa jenis lymphoma juga. Ada jenis yg boleh dirawat dan patient sembuh sepenuhnya. Ada yg jenis agresif, treatment semua tak jalan, kemudian meninggal. So, Elyana punya lymphoma ni taktau jenis apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Knowlee replied at 8-5-2020 08:26 PM
Tengok apa jenis lymphoma juga. Ada jenis yg boleh dirawat dan patient sembuh sepenuhnya. Ada yg j ...
Rasanya 1 of my friend ada yg mcm ni..from limfoma ni boleh develop jd cancer lain ye? |
|
|
|
|
|
|
|
erm t la ada yrbaca kanser lymphoma ni ada yg boleh sembuh wlpn thp 4 dah. tgk jenis kot.. mcm elyana ni. nmpk jenis yg ada hrpn boleh sembuh rasanya..moga dia kuat |
|
|
|
|
|
|
|
Semangat dia nk hidup memang kuat.
Aku ada follow ig prayforaimi. Dia pun pesakit cancer jgk. Sama mcm elyana, kuat semangat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|